Thursday 23 February 2012

KERAJAAN KELANTAN DITUNTUT TUNAI 22 JANJI



GERAKAN TUKAR, sebuah badan yang menggabungkan sekumpulan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Kelantan, Rabu menuntut kerajaan negeri pimpinan Pas supaya menunaikan 22 perkara yang dijanjikan kepada rakyat sebelum ini.

Pengerusi Gerakan TUKAR, Kamarudin Mohd Kasim, berkata 19 daripada 22 perkara yang dituntut itu adalah janji Pas yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum parti itu yang lepas manakala tiga lagi adalah berkaitan isu politik semasa.

"Kesemua tuntutan tersebut akan diserahkan kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat ini dan jika masih gagal menunaikan janji, kami bersepakat memberi mandat kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Kamarudin berkata penduduk Kelantan telah memberi tempoh 22 tahun kepada Pas untuk memerintah tetapi tidak ada perubahan besar dilakukan malah masalah asas pun masih tidak dapat diselesaikan.

Beliau berkata antara janji yang dituntut untuk ditunaikan ialah anak negeri Kelantan diberi keutamaan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan semua wakil rakyat di negeri itu hendaklah daripada kalangan anak-anak tempatan manakala barisan kepimpinan kerajaan Pas dikehendaki mengiystiharkan harta. (BERNAMA)

23 comments:

  1. Perjanjian buat rakyat perlulah dikotakan, harap kerajaan akan melaksanakan janji 22 perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kegagalan menunaikan janji yang dibua tcuma mendatangkan impak negatif di PRU akan datang.

      Delete
    2. kerjaan negeri Kelantan harus menunaikan janji-janji yang telah mereka berikan.

      Delete
  2. Nampaknya ada juga negeri di bawah PAS yang tidak bersetuju bahawa negeri PR lebih baik berbanding negeri BN. Inilah pendapat orang Kelantan terhadap kerajaan mereka sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya kerajaan Kelantan harus mengambil perhatian terhdap isu ini.

      Delete
  3. dah begitu lama PAS memerintah Kelantan, seharusnya janji2 mereka dpt ditunaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelantan masih mundur lagi, belum banyak pembangunan di buat oleh PAS.

      Delete
    2. What about the economy status?

      Delete
    3. Pas sudah lama mentadbir Kelantan, prestasi mereka sudah dapat dinilai samaada baik atau sebaliknya.

      Delete
  4. kerajaan kelantan harus tunaikan janji2 mereka, jika tidak rakyat akan berpaling kepada BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak hairan jika rakyat Kelantan akan berubah sokongan selepas ini.

      Delete
  5. PAS sibuk berkempen di negeri2 lain tapi negeri sendiri diabaikan.. agaknya memang betul lah negara berkebajikan PAS ini hanya melambatkan proses pembangunan atau mungkin membankrapkan negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS lebih banyak bercakap dari bertindak, suka menjatuhkan kerajaan.

      Delete
    2. PAS seharus menguruskan Kelantan dengan baik dan menjadi teladan kepada parti lain dimana parti pembangkang juga berkebolehan memimpin.

      Delete
  6. sebelum ini PAS membangga2kan kononnya pentadbiran Pakatan bersih dan telus hanya kerana exco DAP emngistiharkan harta.. tapi dipihak mereka tidak ada pula yang mengistiharkan harta.. takkan Nik Aziz takut dedahkan yang anak beliau memiliki stesen Petronas bernilai 1 juta??

    ReplyDelete
  7. Janji yang diberi harus di tunaikan, jangan berjanji jika tidak dapat di tunaikan.

    ReplyDelete
  8. I think Kelantan people are well being and please to what they have now?

    ReplyDelete
  9. Apakah perjanjian 22 perkara tersebut? Kenapa PAS gagal menunaikannya?

    ReplyDelete
  10. Apa kata pemimpin PAS? Bukankah PAS parti yang baik. Kenapa 22 perkara tidak dilaksanakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS kena tumpuh perhatian kerajaan berkebajikan.

      Delete
  11. tunggu dan lihat apa reaksi pemimpin pas mengenai pekara ini.

    ReplyDelete
  12. It is the norm for opposition parties to make all kinds of promises because they know they are not the ruling party and all their promises remain false promises

    ReplyDelete
  13. How about if the Kelantanese change their govt and see how can they be better without PAS.

    ReplyDelete