Friday 10 February 2012

KETUA SINDIKET PENIPUAN INTERNET RM10B DIBERKAS

Oleh : MOHD RAZMAN ABDULLAH

KETUA sindiket penipuan antarabangsa terbesar menggunakan internet berpangkalan di Pulau Pinang, yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM10 bilion, dikenali sebagai Huang berjaya diberkas Polis Taiwan.

Difahamkan Huang Guang Yu (gambar) ditahan di lapangan terbang Tai Joo, Taiwan pada 22 Januari lepas sebaik tiba dari China setelah polis Taiwan menggunakan 10 warga Taiwan, yang ditahan di Malaysia, untuk memujuk Huang pulang ke negara itu.

Kejayaan penangkapan Huang ekoran satu serbuan ke pangkalan pusat penipuan internetnya di Pulau Pinang pada 6 Januari lepas hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis Taiwan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan ia merupakan kejayaan polis dalam membanteras penipuan melalui internet melibatkan sindiket antarabangsa.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, katanya.

Pada 6 Jun lalu, polis berjaya menahan 37 orang dalam dua serbuan serentak di Pulau Pinang yang dipercayai terbabit dengan sindiket yang lebih dikenali sebagai 'Penipu Macau' dan diketuai seorang warga Taiwan.

Tempat tersebut dijadikan pusat membuat panggilan kerana polis menemui beberapa peralatan khidmat komunikasi termasuk, komputer riba, moderm, penyambung panggilan, telefon dan telefon bimbit di situ.

Media melaporkan mereka yang ditahan dalam serbuan itu ialah lima orang rakyat Malaysia, 22 warga China dan 10 rakyat Taiwan. Cara penipuan dilakukan sindiket itu ialah dengan menghubungi mangsa menyamar sebagai pegawai polis atau bank.

Sindiket itu, yang beroperasi sejak 2010, telah berjaya menipu ramai warga China secara memperdayakan mereka supaya memasukkan wang ke dalam akaun pihak ketiga.

Mereka memberitahu mangsa bahawa akaun bank atau kad kredit mereka (mangsa) telah diceroboh oleh pihak ketiga dan wang dalam akaun akan dicuri oleh penipu sekiranya tidak dipindahkan ke akaun lain.

Difahamkan kesemua warga Taiwan yang ditahan itu telah diekstradisi ke negara mereka oleh Polis Taiwan untuk membantu siasatan.

9 comments:

  1. Hope that the people will be wise when judging this sort of syndicates, be wary of phishing scams that pretended to be banks to try to steal passwords, pin numbers or credit card numbers.

    ReplyDelete
  2. One less scammer to worry about

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully he doesn't has his apprentice!

      Delete
  3. kita semua kena berhati-hati agar tidak jadi mangsa penipuan.

    ReplyDelete
  4. bisnes besar juga mereka ni buat penipuan. syabas kepada PDRM dan polis Taiwan sebab akhirnya dapat memberkas penipu besar ni!

    ReplyDelete
  5. Penipuan Internet sangat mudah disebarkan. Apa pun tahniah kepada pihak berkuasa kerana dapat menangkap ketua tersebut.

    ReplyDelete
  6. syabas kepada PDRM.. rampas juga semua kekayaan mereka dan dermakan kepada badan2 kebajikan..

    ReplyDelete
  7. kepada mana2 mangsa yang rasa2 ditipu oleh sindiket ini, tampillah tuntut balik hak anda.. kini giliran mereka pula berputih mata..

    ReplyDelete