Wednesday 1 February 2012

KG LINGKUDAU BARU KAMPUNG HARAM?

Oleh : MARUTIN ANSIUNG

BEBERAPA perkampungan baru yang diwujudkan oleh penduduk setinggan terdiri rakyat asing memiliki Mykad di sini amat diragui kesahihannya terutama pewartaan dari kerajaan, kata Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Keningau, Paul Kadau di sini kelmarin.

“Yang menyedihkan perkampungan ini turut mendapat kemudahan daripada kerajaan yang disalurkan oleh pemimpin kerajaan,” Katanya dalam kenyataannya di sini.

Beliau ingin tahu sama ada tanah yang diduduki dan diwujudkan perkampungan baru itu milik penduduk tempatan yang disewakan dan minta pihak yang berkuasa agar dapat menyiasat perkara ini terutama status tanah tersebut.

“Amanah Keningau menerima aduan daripada penduduk Kampung Lingkudau di sini mengenai dengan tanah yang dipercayai dimiliki seorang bekas pemimpin telah diwujudkan sebagai sebuah perkampungan baru di Kampung Lingkudau yang dinamakan ‘Kampung Lingkudau Baru’,” katanya.

Paul berkata, pemimpin berkenaan telah membenarkan penduduk yang dipercayai rakyat asing menduduki tanah tersebut yang memiliki Mykad meragukan.

“Persoalannya, adakah kampung Lingkudau Baru telah diwartakan oleh kerajaan? Sedangkan tanah tersebut termasuk dalam kampung asal, Lingkudau.” Katanya.

Beliau memberitahu, Amanah Keningau meminta kerajaan terutama Pejabat Daerah dan Jabatan Tanah dan Ukur serta pihak berkuasa yang berkenaan supaya menyiasat isu ini seperti status tanah tersebut kerana kawasan tanah difahamkan adalah kawasan pertanian dan bukan penempatan setinggan.

Menurut beliau, kampung Lingkudau adalah kampung asal dan tulen dan diwartakan oleh kerajaan dan mempunyai Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilantik oleh kerajaan.

“Amanah ingin bertanya apakah motif kerajaan serta pemimpin tertentu mewujudkan kampung Lingkudau Baru? Yang menghairankan pada November tahun lalu penduduk Kampung Lingkudau Baru mendapat peruntukkan daripada kerajaan untuk memasang tiang elektrik serta jalan raya sedangkan kampung tersebut masih dipersoalan kesahihannya,” katanya.

Paul berkata, Amanah menggesa kerajaan supaya apabila mengagehkan peruntukkan wang rakyat hendaklah mengutamakan kampung-kampung yang telah diwartakan dahulu.

Katanya, amanah menganggap bahawa terdapat kampung yang dijadikan ‘fixed deposit’ dan ada kampung yang dianaktirikan terutama sekali Kampung Tuarid Liawan sejak kejadian Tropika Greg pada 1996, penduduk kampung ini belum merasai sentuhan kasih sepertimana yang dikatakan oleh Ketua Menteri.

“Bagi penduduk kampung Lingkudau amat kecewa dalam perkara ini kerana masih ramai penduduknya yang memerlukan bantuan dan perhatian dari kerajaan,” katanya.

36 comments:

  1. Can we be sure that these Kampung Baru are approved by the government? Or does these illegals form their own kampung without permission?

    ReplyDelete
  2. Hope that the government will put the locals first in developments, they deserves it more.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaiknya pekara ini disiasat untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

      Delete
  3. status kampung tersebut harus disiasat, adakah ia sah atau tidak.

    ReplyDelete
  4. jika ia tidak sah, perlu ambil tindakan segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. immediate action toward them is definitely needed if found they are not approved by the government.

      Delete
    2. Betul, jika tidak sah, segera ambil tindakan.. agar dapat diselesaikan dengan segera.

      Delete
    3. musnahkan saja perkampungan ini jika benar ia perkampungan haram.

      Delete
    4. ya..jika benar kampung tersebut tidak sah, maka tindakan yang bersesuaian perlu diambil.

      Delete
  5. Whatever it is, the locals should always be prioritize first.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang sepatutnya dilakukan dari dulu lagi. Moga ada penjelasan dan penyelesaian dalam isu ini.

      Delete
    2. ya..penyelesaian terhadap isu ini harus dicari dengan segera.

      Delete
  6. an immediate investigation must be done before election comes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Otherwise this issue will be speculated more and more..

      Delete
  7. hopefully this matter will be look into by the relevant authority and find the root of this matter.

    ReplyDelete
  8. If this matter is left unchecked, sooner or later there will be more similar kampung that will crop up elsewhere.

    ReplyDelete
  9. PATAI get more privileges than the locals? No wonder they have become so arrogant.

    ReplyDelete
  10. Yes, they have their rights. But the authority also need to protect the natives rights. After all, the power and decision in their hand. The natives can only hope.

    ReplyDelete
  11. Harap isu ini dapat di selesaikan dengan segera..siasat perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kita tidak mahu hak kita sebagai rakyat tulen sabah dicabuli oleh rakyat express..

      Delete
  12. warga asing ni lama kelamaan pasti akan mengikis semua hak2 dan keistimewaan penduduk tempatan Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itulah hal ini perlu diselesaikan segera. Jnagan dilengahkan lagi nanti orang tempatan pula yang tanggung akibatnya.

      Delete
  13. Kalau benar dakwaan ini perlu disiasat dan penjelasan mengenai kampung Lingkudau baru yang tiba-tiba ada ini.

    ReplyDelete
  14. Buatlah aduan rasmi dan panjangkan hal ini kepada pihak yang berkenaan supaya tindakan lanjut dapat diambil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..buatlah aduan rasmi kepada pihak yang berkaitan.

      Delete
  15. Jika benarlah sebagaimana yang didakwa, maka tidak hairan jugalah jika ramai yang mahu RCI ditubuhkan.

    ReplyDelete
  16. Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya dan segeralah bertindak sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  17. Sementara itu, kita tunggu sajalah perkembangan seterusnya. Saya yakin hal ini pasti akan ditanggani dengan baik.

    ReplyDelete
  18. Amanah sendiri perlu menyiasat benarkah penduduk kampung lingkudau baru ini adalah dikalangan PATI atau penduduk yang memiliki dokumen kerakyatan yang meragukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..kalau ada bukti kukuh, maka laporan rasmi harus dilakukan agar tindakan dapat diambil..

      Delete
  19. kalau tiada pewartaan dari kerajaan, maka kampung tersebut adalah setinggan haram dan wajib dibersihkan...mana yang lebih berkuasa, bekas pemimpin atau kerajaan? diharap pihak pejabat daerah keningau tidak bersikap sambil lewa dan menyiasat perkara ini..

    ReplyDelete
  20. RCI harus ditubuhkan segera...diharap AMANAH menyatakan pendirian mereka dalam isu ini...

    ReplyDelete
  21. semoga isu ini akan dapat disiasat dan diberikan penjelasan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  22. Kg Lingkudou Baru is more special than the local. Now the new Rakyat is more majority than the locals. Democratic country majority decides the rules of the majority and minority follows. The new rakyat may question AMANAH loyalty to the New Rakyat and the new Rakyat may banish AMANAH for their rudeness to the majority. Please understand democracy or AMANAH may face the consequences said Pagal one of the resident once before originated from Sulawesi.

    ReplyDelete