Saturday 11 February 2012

KHALID PERLU JAWAB SKANDAL PASIR

Oleh : AZMAN ARIFFIN

PADA 5 Januari lepas, penulis telah menggesa kerajaan negeri Selangor agar mengambil langkah menyiasat dakwaan Raja Petra Kamarudin (RPK) akan kewujudan isu rasuah dan salahguna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri yang dibuat di laman portalnya, Malaysia-today.net.

Tapi keengganan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Samad mengambil tindakan segera malah memperlekehkan pula dakwaan RPK telah mula mendatangkan masalah kepada PKR dan kerajaan negeri kini.

Semalam, RPK tampil dengan beberapa dokumen untuk membuktikan bahawa wujudnya salah guna kuasa dalam soal pemberian kontrak pasir di Selangor kepada syarikat di mana 2 orang ADUN PKR mempunyai kepentingan langsung.

ADUN yang dimaksudkan ialah ADUN Batu Caves, Amirudin Shaari dan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie.

Penulis telah mengambil inisiatif dengan memeriksa sendiri dakwaan tersebut di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati memang benar nama kedua-dua ADUN tersebut berada di dalam senarai pengarah Syarikat seperti dakwaan RPK.

Walaupun Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) menafikan syarikat Double Dignity Sdn Bhd terlibat dalam industri pasir di negeri tersebut, tetapi ia tetap tidak boleh menafikan hakikat bahawa salah seorang dari 2 ADUN yang disebutkan di atas ada mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat di mana dia sendiri mempunyai kaitan secara langsung.

Keadaan ini sahaja telah menjejaskan PKR dan pentadbiran negeri Selangor secara keseluruhannya.

Isu ini menarik kerana ia bukan berkisar kepada skandal penyelewengan pasir sahaja, malahan ia juga dikaitkan dengan kematian seorang usahawan Cina, Datuk Patrick Wong pada tahun 2009 kerana dikatakan Datuk Patrick telah bersedia untuk mendedahkan soal penyelewengan penjualan pasir ini kepada umum sebelum kematiannya.

Penulis sedikit kecewa dengan jawapan Pejabat Menteri Besar Selangor melalui Sekretariat Akhbarnya yang menyatakan:-

“Malangnya apa yang ditulis beliau lebih kepada rassa curiga beliau tanpa sebarang petunjuk, sokongan yang boleh diguna pakai”.

Apa maksudnya itu? Penulis boleh faham kalau ia berkaitan dengan pembunuhan Datuk Patrick tapi bagaimana pula dengan salahguna kuasa berhubung kontrak pasir?

Tidakkah dua dokumen yang dikemukakan sudah layak untuk dijadikan alasan memulakan siasatan ke atas dakwaan tersebut?

Sekurang-kurangnya demi menjaga integriti kerajaan Selangor, perlulah diadakan siasatan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kenyataan yang kurang matang.

Dalam masa yang sama, penulis juga menyeru agar kedua ADUN terbabit tampil memberikan kenyataan kepada media untuk membersihkan nama masing-masing dan PKR sebagai sebuah parti yang memperjuangkan kerajaan yang bersih dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

12 comments:

  1. The allegations raised by Raja Petra should be investigated to prove the truth behind those claims. We shouldn't just ignore or dismiss without a probing.

    ReplyDelete
  2. It is not surprising if the PKR government are involved in corruption, no government is clean and corruption does exist in any country.

    ReplyDelete
  3. PKR pun terlibat dalam rasuah. Bukan la bersih sangat pun. mesti mereka bagi untuk kroni2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasuah boleh berlaku di mana2. negeri tadbiran pembangkang pun banyak juga kelemahannya. tidak mustahil wujudnya skandal2 seperti ini.

      Delete
  4. Tidak perlula fikir panjang. Bukti sudah ada. apa mahu sembunyikan lagi

    ReplyDelete
  5. Khalid sebagai Menteri besar Selangor perlu menjelaskan isu skandal pasir yang berlaku si Selangor. Selangor berada di bawah seliaannya.

    ReplyDelete
  6. pembangkang banyak buat kritikan terhadap kerajaan tapi negeri tadbirannya sendiri banyak masalah.

    ReplyDelete
  7. Nampak sendiri PKR sendiri pun tidak pernah sedar dengan rasuah tapi mahu menyalahkan BN pula dengan kes rasuah.

    ReplyDelete
  8. Sebelum menjaga tepi kain orang jaga dulu kain sendiri. Adakah benar-benar baik akan lebih teruk dari orang yang ditegur.

    ReplyDelete
  9. pendedahan ini membuktikan bahawa PKR tidaklah bersih sangat.. ini baru kerajaan negeri, belum lagi rampas kerajaan persekutuan..

    ReplyDelete
  10. saya cadangkan semua pemimpin2 PKR supaya mengistiharkan harta mereka..

    ReplyDelete
  11. PKR sibuk jaga tepi kain pihak musuh sedangkan kain sendiri tidak terjaga..alahai

    ReplyDelete