Monday 13 February 2012

'KITA' DESAK TRIBUNAL NCR DISEGERAKAN

Oleh: THAMPPAREQ KITOES

TIMBALAN Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Zon Pedalaman, Sylvester Mutang Dawat (gambar), menggesa kerajaan agar menyegerakan penubuhan Tribunal Penyiasatan Tanah Anak Negeri (NCR) sepertimana yang dijelaskan Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum ketika menyampaikan ceramahnya di Simposium Tanah Anak Negeri (NCR) di UMS baru-baru ini.

Katanya, isu tersebut perlu diselesaikan segera supaya rakyat bumiputera khususnya masyarakat KDM yang menduduki kawasan yang dikategorikan sebagai tanah NCR di Pedalaman mendapat gambaran jelas berhubung perkara tersebut.

“Kita minta kerajaan agar tidak melengah-lengahkan penubuhan itu untuk mempastikan hak anak negeri terbela dan berada di pihak yang benar supaya tidak akan berlaku pengusiran dan penganiayaan kerana pendakwaan mengikut undang- undang yang ada sepertimana berlaku di masa lalu,” kata beliau.

Mutang berkata demikian sejurus selepas mesyuarat penubuhan Parti Kita zon Pedalaman yang merangkumi kawasan Parlimen Keningau, Pensiangan dan Tenom kerana dalam mesyuarat itu, Mantan Adun Bingkor yang juga merupakan Penyelaras Parti Kita Keningau, Thomas Anggan telah dilantik sebulat suara oleh hadirin kira-kira 100 perwakilan sebagai Pengerusi Zon.

Beberapa hari lalu, Presiden UPKO yang juga merupakan Menteri Kabinet Persekutuan, Tan Sri Bernard Giluk Dompok turut menyokong kenyataan Malanjum sambil menggesa kerajaan agar segera menubuhkan Tribunal Penyiasatan Tanah Anak Negeri (NCR).

Mutang berkata, Parti Kita memandang serius perkara tersebut malah sealiran dengan cadangan Dompok untuk tujuan itu kerana beliau (Mutang) sudah serik dengan beberapa insiden yang berlaku di Kg Dalit, Imahit dan Rundum pada masa lalu selain diusir dan penduduk didakwa di Mahkamah.

“Menyedihkan lagi, apabila mereka juga kehilangan rumah kerana diroboh dan dibakar oleh penguatkuasa kerajaan tanpa peri kemanusiaan,” tegas Mutang.

Mutang yang juga merupakan Penyelaras Parti KITA Parlimen Tenom berkata, sudah tiba masanya undang-undang berkaitan tanah anak negeri yang sudah usang perlu dikaji semula untuk pembetulan supaya hak anak negeri tidak akan terhakis.

Sementara itu, ketika menyentuh pendirian Parti Kita zon Pedalaman dalam mesyuarat tersebut menegaskan bahawa zon itu menyokong penuh Presiden Kita Dato' Zaid Ibrahim dikekalkan memimpin Parti Kita sehingga Perhimpunan Agung Perwakilan Parti Kita pada akan datang.

14 comments:

  1. hopefully the setting up of the tribunal will commence as soon as possible.

    ReplyDelete
  2. This is to ensure that any issue pertaining to land dispute can be resolve and the rights of the natives can be protected.

    ReplyDelete
  3. The government is currently discussing the establishment of the NCR Tribunal, hope to hear good news from them soon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap kita mampu mencapai kelulusan untuk penubuhan Tribunal Tanah Adat ini.

      Delete
  4. Hope that the people's land rights will be protected by the government.

    ReplyDelete
  5. KITA sudah dibubarkan. masih lagi teruskan perjuangan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. setahu saya KITA dah dibubarkan, rasanyaSylvester Mutang Dawat tidak dpt terima hakikat pembubaran KITA,.

      Delete
  6. kalau Tribunal NCR ni dapat menyelesaikan masalah tanah penduduk, apa salahnya ia ditubuhkan.

    ReplyDelete
  7. sebaiknya Tribunal ini di tubuhkan segara, ia perlu bagi selesaikan isu tanah di Sabah.

    ReplyDelete
  8. Perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dan mencari penyelesaian yang terbaik dan menguntungkan semua.

    ReplyDelete
  9. Perkara tu perlu dirujukkan kepada mereka yang pakar mengenai tanah.

    ReplyDelete
  10. Cadangan Tribunal ini satu cadangan yang disokong untuk menyelesaikan masalah Tanah Adat yang berlaku.

    ReplyDelete
  11. cukup la sekadar kerajaan menerima cadangan ketua hakim sabah/sarawak itu.. tidak perlulah mendesak kerajaan untuk mempercepatkan pelaksanaan cadangan itu..

    ReplyDelete
  12. Setiap cadangan yang diusulkan perlulah dipertimbangkan terlebih dahulu, kena ada perancangan. Bukan terus-terus boleh diluluskan.

    ReplyDelete