Thursday 9 February 2012

KITA TERUS BERJUANG TANPA ZAID

Oleh: THAMPPAREQ KITOES

PENYELARAS Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Parlimen Tenom Sylvester Mutang Dawat (gambar), menggesa pihak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar melaksanakan RCI sebelum Pilihanraya Umum kali ke-13 diadakan kerana untuk mempastikan kesahihan kad pengenalan yang meragukan dapat disiasat dengan terperinci.

Katanya, isu RCI sudah berulang kali diutarakan sebelum ini malah setakat ini tidak terdapat mana mana parti termasukUMNO diSabah membantah pelaksanaan RCI walaupun terdapat segelintir kumpulan kecil NGO cuba menghalangnya.

“Parti KITA memandang serius masalah tersebut dan meminta pihak berkenaan tidak memberi kesempatan kad pengenalan yang meragukan untuk membuang undi pada PRU13,” kata beliau.

Mutang seterusnya berkata, tidak ada maknanya pilihanraya diadakan sekiranya masalah yang melibatkan dokumen yang meragukan kesahihannya tidak dibanteras dengan sewajarnya kerana apa yang rakyat kehendaki ialah ketelusan dan keadilan semasa pilihanraya diadakan.

Selain itu, beliau turut menggesa pihak tertentu supaya kes Datu Akjan disegerakan penyelesaiannya berhubung tindakannya menabalkan diri beliau sebagai 'Sultan' yang jelas telah mencemar kedaulatan institusi Kesultanan dan Raja Raja di Negara ini.

“Kita tidak nampak pun tindakan kerajaan berhubung perkara tersebut dimana rakyat kini semakin tertanya-tanya apakah kesudahannya?” tegas Mutang.

Ketika ditanya berhubung isu dalaman Parti KITA yang rancak dilaporkan media nasional kononnya kemungkinan akan dibubarkan Presidennya, Dato' Zaid Ibrahim Mutang berkata;

“Selain Dato' Zaid, ahli-ahli KITA sudah mengambil ketetapan termasuk di Sabah tidak bersetuju parti ini dibubarkan malah Parti KITA terus berjuang tanpa Zaid. Zaid boleh keluar parti, tapi beliau tak boleh bubar parti tanpa persetujuan ahli-ahli Parti KITA. (Jadi) perjuangan KITA masih berterusan,” tegas Mutang.

“Perjuangan parti bukan boleh dipermainkan kerana melibatkan persetujuan ahli. Lainlah kalau panggung wayang kita boleh keluar masuk berapa kali pun boleh yang penting mampu beli tiket,” tambahnya sambil berseloroh.

14 comments:

  1. It's not Zaid Ibrahim who abolish the party, the party abandoned him. That's what happens when Zaid is insincere with Kita.

    ReplyDelete
  2. For trying to suck up to Anwar, Zaid has only succeeded in pleasing no one.

    ReplyDelete
  3. Katanya, isu RCI sudah berulang kali diutarakan sebelum ini malah setakat ini tidak terdapat mana mana parti termasukUMNO diSabah membantah pelaksanaan RCI walaupun terdapat segelintir kumpulan kecil NGO cuba menghalangnya.

    -The PM has given his support for this matter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Implementation may be slow on this matter, but at least we're on the right track.

      Delete
    2. Pasti RCI akan dilaksanakan di Sabah. pihak Federal setuju setting up RCI.

      Delete
    3. pemimpin sendiri pun ada yang tidak setuju dengan penubuhan RCI ni. sepatutnya mereka sama2 menyokong, bukan menentang.

      Delete
  4. Parti KITA ni hanya membazir masa. Dan lagi mustahak, ianya tidak diperlukan di Sabah!

    ReplyDelete
  5. KITA sudah kena bubar, nak perjuangkan apa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya KITA sudah dibubarkan.

      Delete
    2. sia2 saja mereka nak teruskan. lebih baik sertai parti lain. banyak lagi parti di Sabah ni.

      Delete
  6. Bagsulah kalau kita akan terus berjuang walaupun Datuk Zaid tidak menyertainya lagi.

    ReplyDelete
  7. kalau mahu berjuang pun, join saja mana2 parti politik pembangkang di Sabah.. kewujudan KITA di negeri ini hanya merosakkan undi pembangkang..

    ReplyDelete
  8. bercakap soal RCI, parti KITA agak kebelakang dalam memperjuangkan isu ini..

    ReplyDelete
  9. KITA tidak relevan di Sabah.

    ReplyDelete