Saturday 18 February 2012

KK CITY BOARDWALK BAKAL TARIKAN POPULAR

LALUAN pejalan kaki iaitu 'KK City Boardwalk' yang terletak di tepi laut di bandar raya ini bakal menjadi tempat kunjungan terkemuka, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata laluan itu boleh menjadi tempat untuk bersantai sambil pengunjung menikmati suasana matahari sedang terbenam di Laut China Selatan.

Beliau melancarkan laluan tersebut di Dataran Bandaraya di sini Jumaat. Masidi juga berkata Sabah mencatat peningkatkan ketibaan pelancong sebanyak 13.6 peratus kepada 2.84 juta orang tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir pula berkata kemudahan tersebut merupakan sebahagian daripada Projek Pinggir Laut Bandaraya Kota Kinabalu yang dirancang sejak beberapa tahun lalu. (BERNAMA)

12 comments:

  1. Hope that the KK City Boardwalk will become a tourist attraction in the city. That would be great to boost our tourism sector.

    ReplyDelete
  2. Good job from the tourism ministry as well as the KK mayor for starting this Boardwalk project.

    ReplyDelete
  3. suatu perkembangan yang memberangsangkan buat industri pelancongan Sabah. tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Industri pelancongan nampaknya semakin meningkat maju. Diharap pelancongan di Sabah akan sentiasa meningkat.

      Delete
  4. Bandaraya Kota Kinabalu sudah pasti destinasi yang pasti akan dikunjungi pelancong. apapun, DBKK kena pastikan kebersihan KK akan sentiasa terjaga agar tidak membawa imej yang negatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemudahan asas juga penting untuk disediakan dan pastikan ia sentiasa dalam keadaan yang baik.

      Delete
  5. tempat tersebut mmg sgt cantik dan sesuai untuk bersantai, setiap hari ia menerima pengunjung yang ramai.

    ReplyDelete
  6. Kawasan itu mula menjadi tumpuan orang ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasti ramai pelancong yang berkunjung di sana.

      Delete
  7. Maka teruskan usaha mencantikan lagi beberapa kawasan bagi memastikan dapat menjadi antara tarikan untuk pelancong.

    ReplyDelete
  8. pastikan laluan pejalan kaki itu tidak dicemari oleh sebarang kegiatan tidak bermoral remaja, sampah sarap, kutu sampah, dan sebagainya..

    ReplyDelete
  9. Pastikan PATI tidak berpeleseran di kawasan ini sehingga menyebabkan ketidakselesaan pengunjung.

    ReplyDelete