Saturday 18 February 2012

'KLIK-KLIK' LONJAK NAMA AFFENDY



JOHAN…….Abdul Rahman (dua dari kiri) menyampaikan hadiah berupa sebuah kamera berjenama Nikon D7000 bernilai RM4,200 kepada Affendy Hajad (kanan sekali) sebagai Johan dalam pertandingan fotografi ‘Klik-Klik Bersama Ahli Parlimen 169 Kota Belud‘ melalui laman sosial Facebook sambil disaksikan oleh Bukhari (kiri sekali), Awadnir (dua dari kanan) pada majlis itu.

Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

AFFENDY Hajad dipilih sebagai Johan dalam pertandingan fotografi ‘Klik-Klik Bersama Ahli Parlimen 169 Kota Belud‘ yang telah dipertandingkan menerusi laman sosial Facebook.

Affendy, 48 tahun, seorang guru yang sedang bertugas di SK Taun Gusi, Kota Belud telah menerima hadiah sebuah kamera berjenama Nikon D7000 bernilai RM4,200.

Sejumlah RM14,000 hadiah keseluruhan untuk pertandingan fotografi ‘Klik-Klik Bersama Ahli Parlimen 169 Kota Belud‘ itu telah disumbangkan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan.

Majlis penyampaian hadiah itu telah disampaikan oleh Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah di Majlis Pelancaran Karnival ‘Syok Bah Broadband’ yang telah diadakan di padang pekan Kota Belud, baru-baru ini.

Pertandingan itu telah dianjurkan oleh Arkid Print sejak bulan Oktober 2010 dan telah disertai seramai 75 orang peserta dari seluruh daerah Kota Belud.

Sementara Naib Johan dalam pertandingan yang sama telah dimenangi oleh Norhanieh Saidi, 17 tahun dari Kg. Taun Gusi Padang, Kota Belud yang sedang menunggu keputusan SPM membawa pulang hadiah kamera Nikon D90 bernilai RM2,900.

Manakala tempat ketiga telah dimenangi oleh Susan Famela Cheridik, 23 tahun dari Kg. Timbang, Kota Belud, seorang Kerani di syarikat swasta turut menerima hadiah sebuah kamera Nikon D3100 bernilai RM1,900.

Tujuh orang pemenang hadiah saguhati berupa kamera Nikon Coolfix setiap satu bernilai RM550 telah dimenangi oleh Abdul Kalam Mukim, Abdul Hafiz D.Abdullah, Caroline, Tan Eng Fatt, Norlidin Saidi, Samsudin Sirin dan Hezron Pensil.

Terdahulu, dalam ucapan Abdul Rahman berkata ilham pertandingan fotografi menerusi laman sosial Facebook ini lahir bilamana beliau mendapati kebanyakan aktivis Facebook di daerah itu dilihat sering memuat turun pelbagai gambar yang menarik di laman popular itu.

Menurutnya, dengan wujud pertandingan seumpamanya di lama Facebook dapat mencungkil dan memberi peluang kepada pengemar-pengemar fotografi di daerah ini menggilap kemahiran mereka lebih jauh lagi.

“Tahniah kepada pihak penganjur dan tahniah juga kepada pemenang-pemenang pertandingan ini, pertandingan ini merupakan satu penghargaan kepada peminat-peminat fotografi di daerah Kota Belud. “ tambahnya lagi.

Hadir sama pada majlis itu antaranya Pengarah Komunikasi dan Multimedia Wilayah Sabah/Wilayah Persekutuan Labuan, Bukhari Yahya; Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, Awadnir Matanggal; Pengarah Urusan Arkid Print, Tantara Gulang serta para pemimpin setempat yang lain.

10 comments:

  1. Good job to the organizers and congratulations to the Winner- Affendy Hajad.

    ReplyDelete
  2. This sort of program is good for the local photography lovers in Kota Belud. Hope that more programs like this will be held throughout the state.

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada Affendy dan para peserta lain yang mendapat tempat.

    ReplyDelete
  4. bagus juga pertandingan seumpama ni. dapat merapatkan lagi rakyat dengan wakil rakyat Kota Belud. mungkin di masa akan datang, pertandingan seperti ini boleh dilaksanakan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat juga beramah mesra dengan rakyat. harus banyak aktiviti seperti tu.

      Delete
  5. tahniah kepada yang menang.

    ReplyDelete
  6. boleh jadi usaha mendekati rakyat juga ni.. syabas kepada penganjur dan juga pemenang..

    ReplyDelete
  7. Daerah lain tidak mahu buat pertandingan macam inikah?

    ReplyDelete