Wednesday 29 February 2012

KSK PERKASA MUTU KESUKANAN

UCAPAN.....Chan ketika memberikan ucapan di majlis tersebut.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KELAB Sukan Komuniti Elopura (KSK) akan mengorak langkah ke hadapan untuk menyusun aktivitinya dalam beberapa kategori sukan seperti Futsal, Bola keranjang, Bola sepak, Badminton, dan Sepak Takraw di sepanjang tahun 2012.

Kelab tersebut yang berusia lebih kurang 10 tahun banyak menyumbang kemajuan dalam aspek dunia kesukanan, khususnya di peringkat Zon dan daerah.

Demikian dijelaskan oleh Pengerusinya, Chan Tzun Hei dalam satu majlis Makan Tengah Hari bersama ahli-ahli kelab tersebut di Kelab Rekreasi Indah Jaya, Sandakan, kelmarin.

Turut Hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Au Kam Wah, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Mohd Hj Utung dan Pemaju Mukim Elopura Mohd Abdul Khafid dan Osman Hj Ibrahim.

Chan berkata, Kelab ini adalah di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan yang memberikan peruntukan untuk meningkatkan mutu kesukanan tanah air.

Katanya lagi, setakat ini KSK mempunyai keahlian berjumlah seramai lebih 70 orang yang terdiri daripada Masyarakat Cina dan Bumiputera.

ALBUM.... Au Kam Wah bergambar bersama ahli-ahli KSK Elopura.

No comments:

Post a Comment