Friday 3 February 2012

KURSUS INDUSTRI BURUNG WALIT



Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

BAGI para usahawan, bakal usahawan dan juga individu yang berminat untuk menceburi perusahaan industri sarang burung walit, mereka berpeluang menimba serta menambah pengalaman dalam perusahaan tersebut melalui satu kursus yang dianjurkan Faiz Grop Sdn Bhd, dengan kerjasama Rimaforce Sdn Bhd dan Koperasi Rezeki Walit Sabah Berhad dari 11 hingga 12 Feb ini.

Urursetia Penganjurnya, Ahmad Barawi Haji Mokhtar berkata kursus yang berjalanan selama dua hari itu akan di adakan di Tang Dynasty Wawasan Plaza dan dibimbing oleh pengasas prodak burung walit yang berpengalaman luas dalam industri burung walit Dr. Faiz Hashim

Menurut Ahmad Barawi, antara lain objektif kursus tersebut memberikan pendedahan kepada para usahwan atau individu yang berminat untuk menceburi industri sarang burung walit di Sabah yang kini semakin mendapat perhatian untuk menjana sumber ekonomi

“Melalui kursus ini para peserta akan diberikan info yang lengkap dan pratikal untuk mendirikan rumah burung walit pada kos yang minimum berbanding dengan pelbagai maklumat yang kurang tepat mengenai industri sarang burung walit sebelum ini yang memerlukan kos yang tinggi bagi mereka yang ingin menceburinya” katanya ketika ditemui di Kota Kinabalu, kelmarin

Tambah Ahmad Barawi, selain memberikan pendedahan para peserta juga turut memperolehi sijil dari penganjur kursus yang boleh digunapakai bagi menyokong permohonan pinjaman apabila mereka ingin membuat pinjaman dari institusi kewangan atau agensi kerajaan untuk memulakan perusahaan mereka.

“Selepas kursus ini, para peserta juga akan terus menerima bimbingan serta khidmat nasihat dari pengendali kursus bagi membantu peserta mampu melaksanakan sepenuhnya industri sarang burung walit sehingga berjaya,” tambah Ahmad Barawi.

Peserta yang berminat menyertai kursus ini mereka akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM750 seorang bagi menampung kos makan, minum dan penginapan peserta; sementara bagi peserta yang tidak menginap di hotel yang disediakan mereka dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM600 seorang.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai kursus ini, pendaftaran dan yuran penyertaan boleh di buat di Ahba Niaga Likas Plaza Kota Kinabalu dengan menghubungi Ahmad Barawi di talian 088-388320 HP 01980332611 atau email ke rezekiwalit@gmail.com.

Bagi peserta dari daerah Beaufort mereka juga boleh mendaftar di Kedai Ahba Sports& Souvenirs Cawangan Beaufort di mana penyertaan kursus ini terhad kepada para peserta yang mendaftar lebih awal.

“Pada majlis perasmian kursus ini juga akan dilancarkn Koperasi Rezeki Walit Sabah Berhad yang berperanan sebagai palatfrom bago para peserta kursus untuk bernaung apabila mereka menceburi industry sarang burung Walit selepas mengiktui kursus ini “ jelas Ahmad Barawi

No comments:

Post a Comment