Friday 10 February 2012

KUTUK KERAJAAN TETAPI TERIMA BR1M

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) yang diberi mandat oleh rakyat sebagai tampuk pemerintahan di negara ini khususnya di Sabah memang sentiasa prihatin terhadap kebajikan semua kaum; tidak kira bangsa, termasuk mereka yang tidak menyokong kerajaan turut mendapat pembelaan yang saksama.

Ini jelas ramai juga para penyokong pembangkang telah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 ini telah membuktikan keikhlasan kerajaan BN membantu rakyatnya, tidak kira mereka itu siapa, asalkan mereka itu warga negara Malaysia yang layak terus mendapat kemudahan seumpama ini.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Hj Juslee Hj Ajirul berkata demikian pada majlis penyerahan Baucer BR1M seramai 733 orang penerima untuk fasa kedua bagi DUN Gum-Gum yang diadakan di Dewan Serbaguna Gum-Gum, kelmarin.

Walaupun kerajaan membuat yang terbaik untuk rakyatnya, namun parti pembangkang sentiasa memutar belitkan fakta yang sebenar dan mendakwa bahawa BR1M RM500 sebagai umpan pilihanraya raya umum ke 13.

Dalam pada itu Juslee menasihatkan kepada penerima BR1M supaya menggunakan wang tersebut dengan bijak walaupun jumlahnya tidak sebesar mana, tetapi masih boleh dimanfaatkan secara bestari.

“Bagi mereka yang belum dapat, saya harap mereka bersabar kerana akan sampai juga giliran mereka. Yang sudah dapat, jangan kelam kabut menunaikannya sehingga berpusu-pusu pergi ke bank sehingga mencetuskan pergaduhan sedangkan tempoh laku BR1M sehingga 15 April 2012. Masanya masih lagi panjang,” ujar Juslee.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum Datuk Hj Zakaria Hj Eddris dan ketua-ketua masyarakat setempat.

13 comments:

  1. Those who are qualified will be able to gain approval no matter their skin color or which party they supported.

    ReplyDelete
    Replies
    1. as long as they're Malaysia citizen..

      Delete
  2. The welfare department must continue to distribute the BR1M vouchers to successful applicants.

    ReplyDelete
  3. This is one example where there are no favoritism when it comes to the BR1M distribution

    ReplyDelete
  4. Selection is based on the conditions that has been pre-determined. Political as well as social affiliations are NOT among these conditions

    ReplyDelete
  5. Bantuan adalah untuk rakyat tidak mengira apa ideologi politik.

    ReplyDelete
  6. Jangan politikkan bantuan kerajaan. harap bantuan berterusan akan diberikan kepada rakyat yang benar2 memerlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pihak pembangkang janganlah menghasut rakyat. rakyat tahu apa yang terbaik.

      Delete
  7. bantuan yang diberikan haruslah kita hargai.

    ReplyDelete
  8. BR1M tidak mengira siapa mereka pro atau anti kerajaan semua pasti dapat. yang penting syarat perlulah lengkap.

    ReplyDelete
  9. jikan bantuan BR1M ini berunsur politik, kenapa hanya yang berpendapatan kurang rm3k sahaja yang dibenarkan memohon?? kenapa tidak semua rakyat Malaysia yang layak mengundi??

    ReplyDelete
  10. saya harap bantuan ini bukan sahaja berlaku pada tahun ini, malah tahun2 seterusnya.. jika ekonomi negara semakin baik, nilai bantuan juga perlu dinaikkan..

    ReplyDelete
  11. Duit bantuan ini adalah duit rakyat juga. Kenapa mahu kutuk2 bila ia dikembalikan semula kepada rakyat? Come on lah..

    ReplyDelete