Sunday 26 February 2012

'LALUAN PEMBUNUH' AKAN NAIK TARAF



TAN SRI Muhyiddin Yassin berjanji akan menyokong usaha menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo yang merupakan jalan persekutuan yang terpanjang di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata Anggota Parlimen Miri yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui perlu membangkitkan perkara tersebut dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

"Anda (Chin) boleh membangkitkan tentang perkara ini dalam mesyuarat Kabinet aka datang dan saya akan menyokong anda," katanya pada majlis makan malam 1Malaysia di Miri, Sarawak.

Beliau berkata cadangan untuk menaik taraf lebuh raya tersebut mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk dilaksanakan, tetapi Kerajaan Persekutuan sanggup memperuntukkan dana untuk memperbaiki keadaan lebuh raya itu secara berperingkat-peringkat.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut berjanji untuk mengkaji permintaan membina lebih banyak sekolah rendah dan menengah di Miri.

Terdahulu, Chin mencadangkan agar lebuh raya sepanjang lebih 1,800 kilometer itu dinaik taraf di 95 laluan yang dikenal pasti oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak sebagai 'laluan pembunuh'.

Beliau berkata mungkin agar sukar bagi Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM10 bilion untuk menaik taraf keseluruhan laluan lebuh raya itu dari Semantan hingga Lawas sebagai laluan kembar, tetapi ia boleh mempertimbang untuk melebar 95 laluan dengan membina laluan untuk memotong.

"Ia akan menelan kos RM400 juta tetapi pelaksanaannya boleh dibuat secara berperingkat dengan RM400 juta diperuntukkan setiap tahun atau dalam tempoh Rancangan Malaysia sekarang," katanya.

Chin berkata berdasarkan pengalamannya memandu balik dari Bintulu ke Miri semalam, keadaaan jalan sangat memerlukan penambahbaikan. (BERNAMA)

11 comments:

  1. This will definitely make the connectivity between both Borneon states more easy compare to the existing one.

    ReplyDelete
  2. Perhaps simultaneously they should also take into account upgrading existing roads in Sabah and Sarawak as well

    ReplyDelete
  3. memang sukar untuk memajukan sesuatu kawasan sekaligus tapi dengan peruntukan yang berterusan pasti jalan tersebut dapat dinaiktaraf sedikit demi sedikit sehinggalah selesai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 kawasan yang dinaiktarafkan tu tidak lagi menjadi gelaran laluan membunuh tetapi selamat digunakan.

      Delete
  4. harap2 jalan di negeri Sabah juga dapat dinaiktaraf secara berperingkat2 walaupun sedia maklum kawasan pedalaman Sabah sangat besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree with Alexis, it is hoped that Sabah's roads will be upgraded as well. Hopefully more allocations will be allocated to us.

      Delete
  5. To upgrade the roads will require high cost and many years, hopefully it can be done systematically based on a specific timeline.

    ReplyDelete
  6. adalah baik juga ia dinaiktaraf, pasti ia memudah perjalanan di Sabah. moga projek ini berjalan lancar.

    ReplyDelete
  7. seram pula bila baca tajuknya.. kenapa tidak cakap saja "Lebuhraya Pan Borneo akan dinaik taraf"..

    ReplyDelete
  8. anyway, saya rasa Sabah juga patut menunjut jumlah peruntukkan sebanyak itu untuk menaiktaraf semua jalan di negeri ini..

    ReplyDelete
  9. Baguslah kalau peruntukan diberikan oleh kerajaan persekutuan. Harap perlaksanaan akan dilakukan dengan baik.

    ReplyDelete