Saturday 11 February 2012

LATIH KETUA KAMPUNG DENGAN ICT

WAWANCARA....Ketua Kampung KK Ali Ahmad sedang diwawancara oleh Sabahkini.net mengenai perkembangan ICT.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto: SAFFIE S JUMADI

TIMBALAN Presiden Pertubuhan Hal-Ehwal Pengguna Sabah (CAPS), Ali Ahmad menyuarakan cadangannya supaya setiap Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), khususnya di Parlimen Batu Sapi dibekalkan dengan sebuah komputer riba.

Menurut beliau, apabila kemudahan seumpama itu dapat diberikan kepada pemimpin masyarakat terbabit, maka sudah pasti memudahkan mereka menjalankan kerja-kerja mengurus tadbir dengan lebih mudah sekali gus mendalami ilmu pengetahuan tentang penggunaan teknologi terkini.

Ini katanya, beberapa wakil rakyat kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk di negeri Sarawak sudah pun membekalkan komputer riba dan sewajarnya menjadi contoh supaya dapat diteruskan di kawasan lain.

"Saya berharap pada wakil rakyat di sini supaya mencontohi wakil-wakil BN yang lain, khususnya di Sarawak yang telah membekalkan komputer riba kepada setiap Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK," kata Ali yang mengakui ia merupakan satu langkah wajar yang bukan sahaja memudahkan mereka dapat menjalankan kerja-kerja dengan lebih senang; tetapi pada masa sama memberi peluang untuk mereka mempelajarinya sekali gus meningkatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan teknologi canggih seumpama itu.

Ali berkata, penggunaan komputer riba mampu meningkatkan kecekapan dan kemahiran seseorang dalam mentadbir urus, sejajar dengan perkembangan semasa yang menuntut setiap rakyat Sabah, tanpa mengira apa jua kedudukan serta latar belakang memiliki ilmu pengetahuan sesuai tuntutan zaman.

Dalam konteks ini, sudah tiba masanya Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK diberikan komputer riba setiap seorang supaya memudahkan mereka melaksanakan kerja-kerja pentadbiran sebagai pemimpin masyarakat di kampung-kampung dan taman perumahan yang diwakili.

Ali yang juga Ketua Kampung Lupak Meluas, Sekong berkata, sejajar dengan kepesatan dan perkembangan ICT, adalah wajar pengerusi-pengerusi JKKK dan Ketua-Ketua Kampung diberikan pendedahan bagi penggunaan komputer.

“Saya mencadangkan ahli-ahli Parlimen dan ADUN yang ada di daerah Sandakan menganjurkan kursus asas komputer kepada semua pengerusi JKKK dan Ketua Kampung agar mereka mempunyai sedikit kemahiran dalam menggunakan komputer, sama ada di pejabat, mahupun di rumah; khususnya untuk mengeluarkan surat-surat sokongan kepada penduduk setempat,” ujarnya.

Tidak dinafikan, memang ramai Ketua Kampung dan Pengerusi yang dilantik oleh kerajaan yang ada sekarang tidak mempunyai kelayakan akademik, tetapi kerajaan tidak harus menafikan hak mereka untuk mempelajari ilmu ICT.

"Sekurang-kurangnya, mereka yang masih boleh membaca dan menulis masih ada ruang dan peluang keemasan untuk belajar dan mengikuti kursus asas komputer supaya mereka tahu serba sedikit menguasai penggunaan komputer, selanjutnya melayari internet," kata Ali yang mengakui betapa pentingnya dunia internet dalam pembangunan kampung kerana semua maklumat berada di hujung jari.

Di zaman sekarang, kata Ali, jika Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK tidak tahu menggunakan internet, maka mereka sudah ketinggalan zaman kerana kanak-kanak tadika sudah tahu apa itu Facebook dan Twitter.

17 comments:

  1. A good suggestion to have the Village Chief to be trained in ICT so that they can improve their work efficiency with the use of computers and Internet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. indeed, they should make full use of ICT.

      Delete
    2. That way they are connected and able to get the most recent updates pertaining their role as well as function

      Delete
  2. Bringing Internet Connections and Computers into the rural areas can help develop the people at the same time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. But first there nust be a broadband penetration in those areas

      Delete
    2. Hopefully Broadband service provider such as Digi, Maxis ect can work hand to hand with the government on this

      Delete
  3. Mungkin pengetahuan tu akan memudahkan mereka untuk berhubung terus dengan pemimpin2.

    ReplyDelete
  4. Cadangan yang bagus. Kemudahan ICT memang banyak kegunaan. Kemudahan tu membolehkan kita berhubung secara direct dengan orang lain.

    ReplyDelete
  5. bgs jg cadangan ini, dgn ini ia dpt memudahkan kerja2 Ketua kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..takkanlah kalau nak menaip pun masih guna typewriter pula. janganlah ketinggalan zaman. ikuti perkembangan teknologi.

      Delete
  6. selain itu, ia jua membantu ketua kampung dalam ilmu ICT.

    ReplyDelete
  7. seorang pemimpin memang perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu termasuklah ICT. cadangan tersebut disokong sepenuhnya.

    ReplyDelete
  8. Itu satu cadangan yang baik. Kerana mereka ketua kampung ini mungkin belum begitu mengenali lebih mengenai ICT maka perlulah didedahkan.

    ReplyDelete
  9. Ini akan dapat membantu memudahkan pengurusan yang dilakukan oleh mereka.

    ReplyDelete
  10. selesaikan dulu masalah capaian internet di semua kawasan luar bandar di negeri ini.. kemudian bolehlah fokus kepada latihan ICT kepada ketua kampung dan JKKK.

    ReplyDelete
  11. namun saya yakin kerajaan tidak akan mengabaikan negeri ini dalam pembangunan ICT memandangkan telah banyak program kerajaan atau usaha kerajaan dalam memastikan negeri ini mendapat pembangunan ICT setaraf dengan negeri2 lain di Malaysia..

    ReplyDelete
  12. Perlu ada had umur untuk KK dan JKKK supaya mereka masih mampu proaktif dalam tugasan mereka dan mampu belajar ICT.

    ReplyDelete