Friday 24 February 2012

LORI ROSAKKAN JALAN TAMAN FAJAR

Saudara Pengarang,

KAMI memohon jasa pihak berkuasa terutama Majlis Perbandaran Sandakan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kerjaraya, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, PDRM dan sebagainya mengambil tindakan terhadap lori-lori yang dipandu laju dan membawa lebih muatan melalui kawasan perumahan Taman Fajar Sandakan dan meletakkan lori di bahu jalan sehingga menyebabkan jalan rosak dan berdebu.

Sebagai penduduk Taman Fajar, kami terganggu oleh kegiatan lori yang kebanyakannya tidak mempunyai permit (lori hantu) yang membahayakan penduduk dan merosakkan jalan serta menganggu kualiti hidup kami.

Salam Hormat,

MANGSA DEBU

10 comments:

  1. Pemandu yang tidak mempunyai permit ini sepatutnya tidak dibenarkan membawa lori dan muatan. Harap pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  2. Kerosakan yang berpunca oleh lori yang melebihi muatan perlulah dibaiki semula, harap ada cara penyelesaian yang lebih sesuai untuk menangani masalah ini daripada berulang.

    ReplyDelete
  3. kegiatan lori hantu ini kena dipantau, jgn biarkan mereka membahayakan nyawa penduduk.

    ReplyDelete
  4. pihak2 yang berkenaan diharap dapat mengambil tindakan yang segera demi untuk kebajikan penduduk Taman Fajar. bertindak sebelum apa2 kejadian yang buruk berlaku.

    ReplyDelete
  5. majikan kepada pemandu lori hantu ini wajar juga dikenakan tindakan kerana membenarkan mereka memandu lori tanpa mempunyai lesen.

    ReplyDelete
  6. perlu ada tindakan yang dikenakan terhadap syarikat pemilik lori2 itu.. arahkan mereka membaikpulih jalan2 yang mereka rosakkan dengan semua kos ditanggung oleh syarikat itu..

    ReplyDelete
  7. inilah salah satu punca kenapa masalah jalan di Sabah tidak pernah selesai.. belumpun jalan yang lain dinaik taraf, jalan yang sudah dinaik taraf telahpun rosak.. terlalu banyak lori2 di negeri ini yang suka mengangkut muatan melebihi had muatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan harus menyelesaikan masalah jalan raya dan lori tu.

      Delete
  8. Mana JKJR, JPP dan pihak yang menyelesaikan masalah lori hantu tanpa permit ini.

    ReplyDelete
  9. Ignorant act by the company and drivers which caused so much troubles to the villagers!

    ReplyDelete