Friday 10 February 2012

MALAYSIA CATAT DAGANGAN RM1.3 TRILION



MALAYSIA mencatatkan jumlah dagangan paling tinggi tahun lepas iaitu RM1.3 trilion, naik 8.7 peratus daripada 2010, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau menyasarkan pertumbuhan antara lima dan enam peratus untuk jumlah dagangan Malaysia tahun ini.

Laporan Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2011 oleh Institut Pembangunan Pengurusan menempatkan Malaysia dalam kedudukan lima teratas dari segi perdagangan antarabangsa, selepas Singapura dan Hong Kong, melepasi Amerika Syarikat, Switzerland, Australia, Kanada dan United Kingdom.

Mustapa berkata eksport mengembang 8.7 peratus kepada RM694.55 bilion tahun lepas manakala import meningkat 8.6 peratus kepada RM574.23 bilion. Lebihan dagangan meningkat 9.4 peratus kepada RM120 bilion.

"Ini merupakan yang ke-14 tahun berturut-turut dicatatkan oleh negara sejak 1998," kata Mustapa.

Beliau berkata permintaan untuk pengeluaran dan barangan pengguna dari pasaran Asia telah merancakkan sumbangan sektor ini sebanyak 71.3 peratus daripada jumlah eksport Malaysia. Eksport ke Asia mengukuh 11.2 peratus kepada RM495.19 bilion dalam 2011.

"Dalam tempoh lima tahun, penguasaan eksport ke Asia meningkat lapan peratus daripada 63 peratus pada 2007, seiring dengan rantau ini menjadi pusat pertumbuhan ekonomi baharu dunia," kata Mustapa hari ini ketika mengumumkan prestasi perdagangan Malaysia untuk tahun lepas.

Barangan perkilangan sekali lagi menjadi penyumbang utama, menguasai 67.7 peratus atau RM470.3 bilion daripada jumlah eksport, kata beliau.

Mustapa juga berkata China, untuk kali pertamanya, muncul sebagai pasaran eksport terbesar Malaysia pada tahun 2011, dengan eksport ke negara itu mengembang 13.9 peratus kepada RM91.25 bilion.

Kira-kira 70 peratus daripada eksport ke China ialah barangan perkilangan dan ia terdiri terutamanya kimia dan bahan kimia, produk getah, produk elektrik dan elektronik, barangan perkilangan logam, makanan diproses dan produk petroleum.

Sementara itu, eksport ke Asean menguasai 25 peratus daripada jumlah eksport Malaysia dengan pertumbuhan 5.8 peratus dicatatkan pada 2011 kepada RM171.54 bilion.

Walaupun dengan ketidaktentuan di zon Euro, eksport Malaysia ke semua pasaran utama Kesatuan Eropah, kecuali Belanda dan United Kingdom, mencatatkan peningkatan tahun lepas.

Eksport ke EU menambah 4.7 peratus kepada RM71.95 bilion dengan minyak sawit menguasai eksport terbesar, mencatatkan peningkatan 31 peratus kepada RM6.88 bilion.

Mustapa berkata pasaran pertumbuhan utama pada 2011 ialah Indonesia, Nigeria, Bangladesh, Arab Saudi, Belgium dan Jerman di mana eksport mengembang lebih daripada RM1 bilion untuk setiap negara. (BERNAMA)

12 comments:

  1. Hope that the country will continue to achieve success in the trades and economy.

    ReplyDelete
  2. More exports will help bring in better profit from outside into our country.

    ReplyDelete
  3. Hopefully the international trade will further boost our state economy.

    ReplyDelete
  4. With the positive growth as well, this will draw in more investors that too will keep the motion of economy growth on track.

    ReplyDelete
  5. Ekonomi yang mantap dan berkembang diharap dapat memberi manfaat kepada rakyat M'sia dan bantuan kerajaan semakin berterusan kepada rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakyat juga akan mendapat manfaat daripada peningkatan ekonomi negara kita.

      Delete
  6. Ekonomi yang semakin berkembang pasti akan mengwujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

    ReplyDelete
  7. pencapaian yang cukup memberangsangkan. semoga pertumbuhan ekonomi Malaysia akan terus berkembang maju.

    ReplyDelete
  8. Malaysia perlu mengukuhkan lagi hubungan perdagangan dengan negara2 luar.

    ReplyDelete
  9. Tahniah kepada Malaysia kerana dapat mempertingkatkan dagangan pada tahun lepas.

    ReplyDelete
  10. pencapaian ini boleh dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.. apa agaknya respon pemimpin2 pembangkang bila Malaysia berada dirangking kelima tertinggi dari segi perdagangan antarabangsa??

    ReplyDelete
  11. saya harap, dibawah pimpinan Najib kita akan menyaksikan lebih banyak improvement dan pengiktirafan diperingkat antarabangsa dimasa2 akan datang..

    ReplyDelete