Wednesday 29 February 2012

MARCUS PEHANG 'TUAN BESAR' DI MDLD?



Saudara Pengarang,

JAWATAN Penolong Pegawai Inspektor kesihatan (IK) menjadi titik tolak seorang pegawai kerajaan yang bertugas di Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) sebagai tiket untuk menjadi 'Taiko' bagi memenuhi kerakusannya, mengumpul harta kekayaan yang bukan sepatutnya dilakukan di negara suci 1 Malaysia.

Sebagai seorang IK di Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD), Marcus Pehang yang hanya berstatus 'pinjaman' daripada Pejabat Kesihatan Lahad Datu kini telah menjadi 'TUAN BESAR' di MDLD sehingga boleh diumpamakan sebagai 'barah dalam daging'.

Pendapatan bulanan Marcus melebihi pendapatan seorang wakil rakyat adalah bukti bahawa beliau mampu mengubah nasib para peniaga di Lahad Datu. Sebagai contoh, jika sesebuah premis menghadapi masalah memperbaharui lesen perniagaan atau premis yang tidak bersih; ia hanya adalah perkara remeh bagi Marcus.

Semua masalah selesai jika dihulurkan 'Gambar Agong' dan 'Amoi' (rasuah wang dan seks). Premis-premis yang menjadi sasaran buli Marcus ialah salon rambut, warung-warung kecil, restoran atau café, pub dan club house.

Ada maklumat mengatakan bahawa Marcus pemilik sebenar 'Bukit Karaoke' kerana pub tersebut boleh beroperasi tanpa lesen dan Marcus sering didapati mengunjungi tempat tersebut bagi mendapatkan minuman memabukkan dan perempuan dengan percuma.

Sejak kebelangkangan ini, Marcus sering sibuk dengan urusan membuli para peniaga (mengatur urusan peribadi dan HARAM) sehinggakan beliau jarang berada di pejabat.

Keadaan ini boleh dilihat setiap hari apabila ramai 'taukeh' yang menjadi mangsa beratur panjang di luar pejabatnya di Tingkat Bawah, Bangunan MDLD di Fajar Centre dan ramai daripada mereka kecewa dan pulang dengan hampa kerana tidak dapat berjumpanya.

Menurut mereka, sebagai pembayar cukai 'tersurat dan tersirat' amat jengkel dengan sikap Marcus dan menggesa agar MDLD menukarkan dan mengambil tindakan disiplin termasuk pemecatan; malah sedia memberikan bukti jika SPRM mahu menyiasat aduan mereka.

Sebagai pemilih berdaftar dan pembayar cukai, saya turut kecewa kerana harta tetap (Fixed Asset) MDLD seolah-olah telah 'dipindah milik' kepada Marcus kerana pungutan sewa milik kerajaan tempatan MDLD dikutip oleh Marcus sendiri.

Memang benar terdapat perjanjian sewa premis dibuat antara penyewa dan MDLD iaitu untuk menyewa premis bahagian tingkat bawah. Akan tetapi adakah Marcus ataupun Pegawai Eksekutif MDLD boleh membuktikan perjanjian sewa antara MDLD untuk premis tingkat 1, 2 dan seterusnya dibuat antara siapa dengan siapa?

Pengakuan penyewa Tingkat 1, 2 dan 3 membuktikan bahawa perbuatan sebenar 'along amuk' sangat ketara melampaui batas dan boleh dikatakan sudah jadi seeperti motel asmaradana.

Penyewa gagal menunjukkan bukti bayaran atau resit rasmi MDLD. Persoalannya, adakah tindakan memberi sewa ini mengikut prosedur dan syarat-syarat rujukan (term of reference) yang sebenar? Mengapakah situasi sedemikian boleh dibiarkan berlarutan sehinggakan timbul persoalan bagaimana Marcus boleh memiliki banyak harta milik peribadi seperti kenderaan (di atas nama proksi), rumah dan tanah di kawasan daerah Lahad Datu?

Mengapakah Marcus sering dilihat turun naik beberapa premis tersebut berulangkali? (gambar bakal menyusul). Berapa lamakah sudah perkara ini berlarutan? (Siapa berani jawab?) dan siapakah akan bertanggungjawab ke atas pecah amanah yang keji ini?

Rakyat Lahad Datu sering tertanya-tanya berapakah gaji Marcus sehingga hidup terlampau mewah? Belum lagi diambil kira gaji anaknya yang menjaga Terminal Bas MDLD atas arahan Marcus atau direstui oleh Pegawai Eksekutif MDLD.

Memang hebat Marcus kerana berjaya mentadbir urus harta MDLD seperti harta pusaka ibu bapanya yang dipercayai Warga Asing, Timor + Jawa). Adakah MDLD sanggup diaudit oleh badan bebas ataupun pernah diaudit oleh Jabatan Audit Negara?

Sungguhpun MDLD memiliki Terminal Bas, tetapi pada dasarnya ditadbir urus oleh seorang 'Pakar Logistik' iaitu Tuan Haji (bukan nama sebenar) di bawah payung Persatuan Bas.

Bila cukup bulan, beliau akan membayar sewa tapak MDLD ke kaunter hasil bagi mengelakkan kekeliruan atau didenda di atas kelewatan membayar sewa.

Menurut Tuan Haji, pendapatan terminal bas tersebut tidak kurang RM20,000 sebulan. Apa yang mencuit hati warga Lahad Datu, apabila MDLD mengambil alih 'tampuk pemerintahan' Terminal Bas tersebut, pendapatan yang diterima oleh MDLD hanya sebanyak RM3,500 sahaja. Tahniah kepada Marcus dan Anak-Anak.

Dalam situasi begini, bagaimanakah MDLD boleh mencapai taraf Majlis Perbandaran Lahad Datu jika perkara sedemikian bermaharajalela? Tidak heran jika statistik pendapatan bersih MDLD adalah di antara yang tercorot di Negeri Sabah.

Berapa ramaikah lagi yang berperangai sedemikian di MDLD? Berapa ramai lagi yang mendapat imbuhan daripada kegiatan pecah amanah ini? Sehinggakan Marcus sangat berani dan kebal melakukan perbuatan HARAM ini? Perlukah lagi kami biarkan duit cukai kami disalahgunakan oleh Marcus dan dalang-dalang di sebaliknya?

Edisi seterusnya akan menyusul selepas ini. Kita tunggu dan lihat apakah tindakan Marcus seterusnya selepas mendapat tahu hal ini. SPRM tunggu apa lagi? Siasatlah kerana aduan ini memang ditujukan kepada anda dan hanya disalinkan kepada Sabahkini.net.

Salam Hormat,

PEMBAYAR CUKAI TEGAS

8 comments:

  1. If these allegation has it's basis, perhaps this matter be referred to the police as well as SPRM.

    ReplyDelete
  2. A civil official should perform his duty with the utmost integrity as well as honor.

    ReplyDelete
  3. The misconduct that has been highlighted within this article is the most vile as well as serves only to fulfill one's personal interest rather than of the general public

    ReplyDelete
  4. tuduhan ini perlu disiasat terlebih dahulu. jika kebenaran dapat ditemui maka wajarlah Marcus dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  5. Seharusnya orang sebegini sememangnya perlu disiasat.

    ReplyDelete
  6. buat la laporan terus kepada sprm.. kenapa perlu siarkan di media yang boleh dilihat oleh tertuduh.. belum pun beliau disiasat, semua bukti sudah dihapuskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. True said. Marcus is not that naive to trap himself if he really had committed the crime as per alleged.

      Delete
  7. Maaf sbelumnya ya admin .. jika encik Marcus adalah pesalah bgi kamu .. apa perkara yang buat kamu sehinggah berani menyebarkan maklumat palsu bgini di media sosial .. adakah kamu bermasalah dengan dia atau dengki akan kenaikan nya .. jika dia pesalah seharusnya yang mngambil tindakan adalah pihak yang berpatutan Dan bukan orang sperti anda .. daripda bhasa admin di atas saya dpat rasa kamu itu berdengki .. sekian admin

    ReplyDelete