Wednesday 22 February 2012

MAZLAN ALIMAN PATUT DIPECAT DARI ANAK



Oleh : AZMAN ARIFFIN

KENYATAAN bahawa Mazlan Aliman sebagai Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) gagal menghalang mesyuarat agung luar biasa (EGM) Koperasi Peneroka Felda (KPF) yang dijadualkan esok, sedikit sebanyak telah memalukan PAS dan peneroka Felda yang tidak bersetuju dengan cadangan penyenaraian tersebut.

Kita diberitahu bahawa majoriti besar dari keseluruhan 112,635 orang peneroka Felda di seluruh negara tidak bersetuju dengan penyenaraian itu tapi peliknya kenapa Mazlan Aliman gagal untuk mendapatkan 1/5 atau 100 orang peneroka pun untuk mengadakan satu mesyuarat khas bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia?

100 orang dari keseluruhan 112,635 orang pun susah mahu dikumpul? Persoalannya sekarang, benarkah maklumat yang disampaikan Mazlan Aliman kepada kepimpinan tinggi Pakatan Rakyat bahawa majoriti besar peneroka Felda menentang cadangan penyenaraian tersebut.

Penulis akui, baru-baru ini Mazlan Aliman berjaya mendapatkan perintah injuksi bagi menghalang KPF berbincang atau membuat keputusan untuk melupuskan ekuitinya kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH). Tapi adakah itu isu sebenarnya, menghalang KPF berbincang untuk melupuskan ekuitinya kepada FGVH?

Yang penulis difahamkan ialah usaha sebenarnya ANAK sebelum ini ialah menghalang penyenaraian FGVH itu sendiri, bukan soal pelupusan ekuiti KPF! Buktinya seperti dalam kenyataan Mazlan Aliman yang dipetik dari Keadilan Daily pada 16 Februari:-

"Ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) menuntut mesyuarat agung khas (EGM) bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

"Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata, peneroka berkenaan berhak berbuat demikian mengikut Fasal 29(1) undang-undang kecil koperasi tersebut.

Mazlan berkata, mensyuarat itu boleh diadakan oleh satu perlima daripada pemegang saham atau 100 perwakilan berdasarkan Seksyen 40(1) Akta Koperasi 1993."

-Keadilan Daily

Peliknya Mazlan Aliman dipetik Harakah Daily kelmarin sebagai berkata:-

“Kita tak halang EGM, tetapi isu-isu yang hendak dibincang itu adalah perintah mahkamah yang harus dipatuhi.”

-Harakah Daily

Apa masalah sebenarnya di sini? Sekejap menentang mesyuarat agung dari diadakan, sekejap tidak menghalang pula.

Ini belum lagi kita bercakap kebarangkalian tindak balas KPF yang boleh dikemukakan pada bila-bila masa, untuk menolak injuksi awal yang diperolehi 8 peneroka terbabit.

Semua pihak perlu faham, perintah injuksi ini dibuat secara sebelah pihak (ex-parte) dalam kamar Yang Arif Hakim, bukan perbicaraan sebenar di mahkamah.

Oleh itu, kebarangkalian untuk perintah injuksi ini dibatalkan setelah menerima jawapan balas defendan adalah tinggi.

Penulis suka nak mengingatkan kepimpinan tinggi Pakatan Rakyat, telah banyak wang, masa dan tenaga kerja parti dikorbankan untuk membiayai program dan kes-kes mahkamah membabitkan ANAK. Semuanya demi memastikan nasib dan tanah peneroka tidak tergadai untuk menjayakan inisiatif mengumpulkan dana pilihanraya UMNO dan BN.

Sedangkan, hasilnya masih lagi mengecewakan kita semua. Seolahnya, Mazlan Aliman telah memperdayakan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk menyalurkan dana kepada ANAK bagi menjayakan usaha yang seakan nampak sia-sia.

Sebelum masalah ini berterusan dan menjadi ‘bala’ kepada Pakatan Rakyat, penulis ingin menggesa supaya Mazlan Aliman dipecat dari mengendalikan ANAK dan seorang tenaga muda baru dipilih bagi memimpin organisasi tersebut dengan arah tuju perjuangan yang betul.

10 comments:

  1. Mazlan Aliman should be able to gather at least 100 of the Felda Dwellers to hold this special meeting in order to stop Felda from being listed in Bursa Malaysia.

    ReplyDelete
  2. So does it mean that Felda was able to be listed successfully under the Bursa Malaysia since no one was able to prevent it?

    ReplyDelete
  3. Clearly Mazlan Aliman failed to insert this authority as the chairman to prevent such meeting from gaining momentum.

    ReplyDelete
  4. Indeed he should relinquish his chairmanship

    ReplyDelete
  5. Sekiranya macam tu bagaimana mahu adakan mesyuarat bagi perkara tu.

    ReplyDelete
  6. bagaimana MAzlan boleh gagal, mcm mana mau jadi pengerusi klu begini.

    ReplyDelete
  7. inilah kelemahan pemimpin2 Pakatan.. yang diperjuangkan memang betul sudah, tapi masalahnya pantang nampak mic atau krew media, semua dia bedal tanpa guna otak..

    ReplyDelete
  8. memang patut Mazlan Aliman dipecat..gantikan saja dengan orang baru.. takkan dalam ramai2 pemimpin Pakatan, tidak ada yang lebih layak mengantikan tempat Mazlan Aliman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susahlah kalau Pakatan kekurangan pemimpin yang ada kredibiliti..oho

      Delete
  9. Inilah kalau sesuatu perkara sukar dijangka.

    ReplyDelete