Saturday 18 February 2012

'MONDUSIA' BAND UNIK LANCAR ALBUM SULUNG



Oleh : BELIA PERDANA

BAGI menyahut Wawasan 2020, galakan dan sokongan daripada pihak kerajaan amat penting bagi menjayakan program Belia sebagai pencetus generasi baru ke arah impian Negara maju.

Satu kumpulan belia, M.o.N (Memory of Natache) atau ‘MONDUSIA’ dari Semporna, Sabah yang berbakat besar dalam dunia hiburan telah mengorak langkah dengan corak persembahan tersendiri dan akan melancarkan album pertama mereka dalam masa terdekat.

Kumpulan MONDUSIA yang dianggotai oleh beberapa orang pelajar dan belia IPTA ini adalah kumpulan Band Pertama yang melancarkan albumnya dari Daerah Semporna.

Kumpulan ini memiliki keistimewaan mereka sendiri yang jarang ada di kalangan kumpulan Band serta pemain muzik tanah air. Difahamkan mereka adalah anak-anak muda yang langsung tiada latar belakang muzik dan tidak boleh membaca kod muzik seperti mana kebiasaan kumpulan pemuzik lain.

Namun atas kehendak dan keinginan yang besar memiliki album mereka sendiri, mereka adalah antara belia yang mempunyai jatidiri yang tinggi dan yakin bahawa di mana ada kemahuan disitu ada impian.

Jesteru itu mereka memaklumkan bahawa tanpa usaha yang keras dan kerjasama yang jitu di kalangan kumpulan, mereka tidak akan dapat melancarkan mini album yang ulung ini.

Mereka hendak membuktikan bahawa Malaysia adalah ‘Land of Promise‘ atau pun tanah impian bagi belia Negara untuk Berjaya. Bagi mereka belia boleh berjaya jika ada usaha keras, walaupun tidak mendapat bantuan dan galakan secara besar-besaran dari pihak berkuasa.

"Kami hendak menyumbangkan apa yang baik untuk belia dan Negara," jelas Aby, salah salah seorang gitaris ahli kumpulan itu.

Kata Aby, jangan tanya apa sumbangan Negara kepada kita (Belia), tetapi tanyalah apa sumbangan kita kepada Negara yang kita cintai ini bagi membantu Negara melahirkan belia sihat untuk masa Negara.

Kumpulan Band belia ini akan melancarkan mini album mereka pada 19 Februari 2012 (Ahad) di salah sebuah hotel pelancongan di Daerah Semporna bertempat di Dewan Sambulayang.

Selain itu mereka juga ada menjemput pihak RTM, TV3, Saluran Radio dan beberapa akhbar bagi menyokong industri muzik Negara dan seterusnya menyokong aktiviti belia di Negara ini.

Selain pelancaran mini album ini, mereka turut mendapat sokongan dari beberapa Band tempatan yang akan hadir dan memberi persembahan di majlis itu pada hari pelancaran mini album berkenaan.

Di antaranya Kumpulan Band The Mines dari Sandakan, Kumpulan Band Shothimday dari Kota Kinabalu dan persembahan akustic dari Troy yang terkenal dengan lagunya ‘Patay Ladjikih’.

Majlis pelancaran ini juga akan disertai oleh persembahan Shutle dari Belia kampung Ayer Semporna iaitu Belia Perdana yang akan dipimpin oleh Mohd Hisham Zulkipli.

Pelancaran mini album ini mendapat sokongan kuat dari Belia Perdana Semporna di samping keluarga ahli kumpulan muzik masing-masing dan beberapa penderma ikhlas yang ingin menyokong aktiviti belia untuk kepentingan Negara.

Kumpulan Mondusia ini dianggotai oleh 4 orang terdiri daripada Aby Zeehad AS, Kahal Muzakkal, Datu Muhammad Shah dan Hapis; kesemuanya berasal dari Semporna.

No comments:

Post a Comment