Saturday 18 February 2012

NAJIB BERI BAYANGAN PRU-13 MAKIN DEKAT

MESKIPUN tidak secara langsung menyatakan bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan tidak lama lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin BN Sabah di Kota Kinabalu malam semalam terus memberi bayangan bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

Menurut Bernama, Ahli Parlimen Kudat Datuk Abdul Rahim Bakri yang ditemui selepas perjumpaan itu dipetik berkata pada pertemuan itu Najib mengingatkan para pemimpin dan semua anggota parti supaya bersiap sedia.

"Najib berkata ia boleh menjadi satu lagi lawatan atau tiada lagi lawatan... jadi ia boleh jadi sangat dekat. Tetapi, adalah penting bagi semua anggota parti untuk bersiap sedia," kata Abdul Rahim yang juga adalah Timbalan Menteri Pengangkutan dipetik agensi berita nasional itu.

Penggal lima tahun kerajaan sekarang akan tamat pada Mac tahun depan. Menurut beliau, Presiden Umno itu juga mengingatkan ahli-ahli dan pemimpin parti bahawa tiada ruang untuk mereka yang tidak menunjukkan taat setia.

"Ia bukan mengenai Najib atau para pemimpin parti tetapi ia mengenai parti dan juga masa depan BN. Saya percaya ia satu mesej kuat bahawa kita akan pergi 'berperang' (pilihan raya umum)," katanya lagi.

Perjumpaan kira-kira dua jam itu turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok.

Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong; Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis.

Terdahulu, Najib diiringi Musa mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin selama kira-kira 45 minit di Istana Negeri.

12 comments:

  1. In that case, everyone should be prepared to face the next general elections whenever the announcement is made.

    ReplyDelete
  2. The meeting between Najib and the rest of the Sabah state government might not be discussing about the general elections, it could be because of issues such as RCI? Who knew, just wait and see.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It would be gladly to know if they were discussing about RCI.

      Delete
  3. PRU-13 mungkin akan diadakan tidak lama lagi. semua kena sentiasa bersiap sedia.

    ReplyDelete
  4. dalam saat2 yang semakin menghampiri pilihanraya, diharap khabar2 angin tentang ahli2 yang ingin keluar parti tidak akan kedengaran lagi. sekarang masa untuk bersedia dan bukan untuk mengubah halatuju perjuangan/pendirian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persiapan tu penting dalam menghadapi PRU13. semua parti pun bersiap sedia

      Delete
  5. asyik2 PRU makin dekat.. tapi tarikh PRU pun belum tau lagi bila, baik tunggu ja pengumuman dari Najib.

    ReplyDelete
  6. Walaupun bayangan PRU masih belum kelihatan namun semau itu terpulang kepada PM sendiri untuk mengumumkannya.

    ReplyDelete
  7. Yang penting sekarang ini pastikan semua calon telah melakukan tanggungjawab mereka.

    ReplyDelete
  8. lambat atau cepat, yang pasti PRU tetap akan berlaku.. jadi tidak perlulah persediaan itu hanya dilakukan bila tarikh PRU diumumkan..

    ReplyDelete
  9. Selesaikan isu RCI dahulu.

    ReplyDelete