Thursday 16 February 2012

NAJIB DI BATU CAVES TIDAK LANGGAR HUKUM SYARAK

KEHADIRAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.

"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Profesionalisme Penceramah Agama Umno Bahagian Pekan 2012 oleh perdana menteri hari ini.

Harussani yang hadir pada seminar itu berkata perdana menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves.

Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik.

Mengenai Najib yang memakai Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India pada sambutan itu, beliau berkata ia hanya budaya sahaja kerana orang Islam di India pun memakai pakaian yang sama.

Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh menjadi fitnah.

"Masalahnya dalam keadaan sekarang orang Melayu berpecah, masing-masing mencari peluang untuk menghentam orang lain terutamanya menghentam sesama bangsa, pantang silap sikit.

"Saya harap semua orang kita (Melayu) balik pada asal, balik pada musyawarah...soal politik berbeza itu bukan menjadi masalah," katanya.

Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan PAS di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera PAS seolah-olah menyokong dan redha dengan orang yang melakukan kufur. (Bernama)

12 comments:

  1. Baguslah juga dah dibuktikan bahawa perbuatan Najib itu tidak melanggar Hukum Syarak. Harap isu ini tidak akan dipolitikkan lagi.

    ReplyDelete
  2. Jangan sekali mencampur aduk isu Politik dengan isu Agama kerana dua-dua ini sudahlah sensitif.

    ReplyDelete
  3. What the PM did was just practicing what he preached.

    ReplyDelete
  4. Even this matter become an issue. This is really gone out of hand.

    ReplyDelete
  5. ada pihak yang segaja ingin memperbesarkan isu dalam kunjungan/penyertaan Najib dan isterinya semasa Thaipusam. pasti ada niat di sebaliknya.

    ReplyDelete
  6. Najib hanya menunaikan tanggungjawabnya sebagai PM. perkara ni tak patut jadi isu. pasti Najib sendiri pun tahu apa yang dilakukan beliau melanggar hukum syarak ataupun tidak.

    ReplyDelete
  7. Najib hnya menghadiri tapi tak sertai apa2 upacara dn ritual, jadi tak ada isu.

    ReplyDelete
  8. Benar...Saya sokong juga..Itu adalah tanggungjawab sebagai PM. Maka perlulah tahu dan mendekati rakyat walau apapun agama dan budaya mereka. Namun niat itu yang penting dalam hal ini.

    ReplyDelete
  9. bila Najib menghadiri sambutan Thaipusam, ramai pihak yang mengkritik beliau.. tapi bila Anwar yang menghadiri upacara keagamaan penganut Hindu di Kuil Sri Maha Marriaman pada 29.01.2012, tidak ada pula pihak yang bising..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu namanya double standard. Mereka yang suka spekulasikan isu ini memang bermotifkan politik semta-mata.

      Delete
  10. Bagi saya niat tu yang penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Manusia sekarang terlalu suka menghakimi dan mengkritik orang lain.

      Delete