Saturday 11 February 2012

NAJIB DIJANGKA UMUM RCI MINGGU DEPAN

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat pengumuman mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah ketika lawatannya ke sini minggu depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata mesyuarat kabinet terkini telah membincangkan perincian mengenai cadangan RCI itu.

"Memang tidak mustahil beliau akan buat pengumuman itu jika anda semua bertanya kepada beliau mengenainya," katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.

Beliau yang ditemui selepas taklimat perkembangan Koridor Pembangunan Sabah diminta mengulas status terkini cadangan RCI yang menjadi topik hangat pemimpin di Sabah baik dari Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang.

Katanya beliau yakin Perdana Menteri akan membuat pengumuman mengenai perkara itu yang sememangnya ditunggu-tunggu rakyat Sabah, secepat mungkin. Najib dijangka mengadakan lawatan dua hari ke Sabah bermula 16 Feb ini.

Ongkili yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah berkata semua pemimpin parti komponen BN Sabah mahu isu tersebut diselesaikan.

"Kami mahu RCI yang bukan sekadar menghasilkan keputusan terbuka tetapi lebih daripada itu dalam menangani isu pendatang tanpa izin ini. Bagaimana ini berlaku, siapa yang terlibat dan apakah tindakan ke atas mereka yang terlibat. Ini RCI yang tipikal, selalunya dengan keputusan terbuka," katanya.

Ditanya mengenai penambahbaikan proses pilihan raya, Ongkili yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC), berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima enam daripada 10 usul yang dikemukakan PSC.

"Satu daripada cadangan itu ialah penggunaan dakwat kekal dalam semua pilihan raya. Jika semua berjalan dengan baik, langkah ini akan diwartakan pada 15 Feb ini, boleh diguna pakai jika Perdana Menteri umum adakan pilihan raya lebih awal tahun ini," katanya.

Katanya menurut SPR, tempoh tiga hari yang diberi kepada calon untuk menarik diri selepas hari penamaan calon juga sudah dimansuhkan dan peraturan tersebut akan diwarta pada minggu pertama April ini. (BERNAMA)

15 comments:

  1. This is the moment all Sabahan has been waiting for.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope this time Sabahan will not disappointed.

      Delete
  2. Hopefully it can clear the issue of illegal immigrants at earnest

    ReplyDelete
  3. Can't wait for the moment that Najib finally announce the implementation of the RCI.

    ReplyDelete
  4. I hope the RCI will be able investigate the root of the Illegal Immigrant problems so that the best solutions can be taken to resolve it.

    ReplyDelete
  5. amat diharap RCI akan diumumkan segera. ia penting bagi penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  6. dgn adanya RCI pasti masalah PATI di Sabah akan dpt diselesaikan.

    ReplyDelete
  7. masalah PATI sudah lama membelenggu Sabah. memang wajarlah tuntutan RCI diluluskan kali ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau RCI diluluskan pasti masalah PATI dan isu kerakyatan dapat ditangani.

      Delete
  8. Harap pengumunan tu tidak mengecewakan rakyat tulin Sabah.

    ReplyDelete
  9. Nampaknya RCI akan menjadi kenyataan untuk Sabah.

    ReplyDelete
  10. RCI adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah projek IC yang berlaku di Sabah. Maka dengan adanya RCI ini nanti dapat menyiasat mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  11. ba, tidak lama lagi akan ada berita gembira dari Najib.. tidak mustahil RCI akan ditubuhkan di negeri ini sebelum PRU..

    ReplyDelete
  12. kalau benar RCI dapat ditubuhkan, saya yakin bahawa peluang pembangkang semakin tipis untuk merampas negeri ini..

    ReplyDelete
  13. Rakyat Sabah sangat mengaharapkan RCI dijalankan dengan ketelusan yang tinggi serta berintegriti.

    ReplyDelete