Tuesday 14 February 2012

NAJIB LANCAR PROJEK SAMUR RM4.6 BILION

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan acara pecah tanah bagi projek kilang baja urea ammonia Sabah (SAMUR) yang bernilai US$1.5 bilion (RM4.6 bilion) di Sipitang Khamis ini milik Petronas Chemicals Group Bhd.

Pengurus Besar pejabat Petronas Wilayah Sabah dan Labuan, Joseph Podtung berkata kehadiran SAMUR bertaraf dunia di Sipitang akan mewujudkan kesan positif ke atas industri kimia dan berkaitannya, termasuk pertanian, hotel dan katering, penyenggaraan kilang dan pengangkutan.

"Ia juga akan menyediakan syarikat dan para usahawan prospek perniagaan yang meluas dan menjana pekerjaan untuk tempatan, sekali gus menyemarakkan pertumbuhan ekonomi, terutamanya untuk komuniti tempatan di Sipitang," kata beliau pada satu majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh Petronas Chemicals Group.

Podtung berterima kasih kepada media yang telah mengetengahkan pelbagai projek dan program Petronas termasuk projek SAMUR.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman baru-baru ini berkata yang syarikat-syarikat di Sabah akan diberikan projek bernilai sehingga RM600 juta dalam kilang SAMUR.

Beliau berkata sekutu konsortium yang baru dilantik, Sabah Energy Corporation, akan mengagihkan projek itu kepada syarikat dan kontraktor Sabah yang berkelayakan.

Musa berkata penyertaan tempatan dalam projek besar itu menunjukkan "permintaan kami telah dimakbulkan dan menandakan kesungguhan Petronas dalam memberikan peluang kepada warga Sabah untuk turut serta dalam kerancakan industri minyak dan gas.

Syarikat-syarikat yang berpangkalan di dalam negeri akan diberikan kontrak yang berkaitan kejuruteraan sivil, pengangkutan pedalaman, keselamatan, pembinaan jeti dan bekalan tenaga manusia, kata beliau.

Projek SAMUR itu dijangka mewujudkan sekurang-kurangnya 400 pekerjaan untuk rakyat tempatan sebaik sahaja ia beroperasi sepenuhnya. (BERNAMA)

14 comments:

  1. Saya menjangka projek Samur ini boleh membawa pembagunan dan memanfaatkan penduduk setempat di Sipitang dan juga kawasan berhampiran dengannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diharap projek2 yang diwujudkan oleh Petronas akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat di Sabah, bukan hanya di Sipitang.

      Delete
  2. Diharapkan Petronas akan meneruskan projek-projek besar seperti ini di Sabah dan memberikan keutamaan kepada rakyat tempatan kita.

    ReplyDelete
  3. With the completion of this project, it will definitely create more job opportunities within the area as well as create more economical spin offs.

    ReplyDelete
  4. Hopefully this will be the starting point for the development of this area.

    ReplyDelete
  5. 'Projek SAMUR itu dijangka mewujudkan sekurang-kurangnya 400 pekerjaan untuk rakyat tempatan sebaik sahaja ia beroperasi sepenuhnya.'

    berita baik buat rakyat tempatan. ambillah peluang keemasan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penduduk tempatan harus ambil peluang ini untuk dptkan pekerjaan.

      Delete
  6. projek ini pasti akan memberi manfaat kepada penduduk sipitang dan Sipitang juga bakal menerima pembangunan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah semestinya. Projek tu pasti akan memberi banyak manfaat kepada rakyat Sabah terutamanya di kawasan Sipitang.

      Delete
  7. Diharap projek tu siap seperti yang telah dirancang dan tidak delay.

    ReplyDelete
  8. Semoga projek ini akan siap sepenuhnya pada masa yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  9. satu projek yang bertaraf dunia pasti mampu melonjakkan lagi negeri Sabah untuk dikenali diperingkat global.. ini adalah satu langkah positif kearah memajukan negeri ini setanding atau lebih dari negeri2 di semenanjung Malaysia..

    ReplyDelete
  10. saya harap projek mega ini berjalan dengan lancar dan mampu memberikan manfaat bukan sahaja kepada penduduk di kawasan itu malah seluruh rakyat di negeri ini..

    ReplyDelete
  11. Diharap manfaat daripada projek ini dapat dirasai oleh keseluruhan penduduk Sabah dan bukannya pihak2 tertentu saja.

    ReplyDelete