Sunday 12 February 2012

NCR, JANGAN SAMPAI RAKYAT TERSALAH HUKUM

Saudara Pengarang,

SAYA sangat terkejut dengan kenyataan yang disampaikan oleh Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Roderic Fernandez berhubung peruntukan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di dalam Ordinan Tanah Sabah (SLO) sebagai 'Tiada tanah NCR selepas 1930."

Jika inilah tafsiran yang beliau berikan, maka ini secara langsung menyebabkan kesahihan keputusan mahkamah bagi mana-mana perbicaraan lampau berkaitan dengan Tanah Adat sebagai diragui. Oleh itu, saya menganggap tafsiran ini sebagai tafsiran pribadi dan bukannya tafsiran rasmi.

Bagaimanapun saya melihat ini sebagai satu isu sensitif dan memberikan senjata kepada pembangkang untuk menawan Sabah dan perlu ditangani segera. Di luar sana terdapat berpuluh ribu penuntut Tanah Adat. Jika isu ini tidak ditangani dengan bijaksana dan tiada tafsiran undang-undang yang berwibawa dibuat, saya risau akan wujud keadaan tidak terkawal.

Justeru itu, sebagai pemimpin yang sentiasa berdamping dengan rakyat, saya memohon agar isu berkaitan tafsiran ini dibangkitkan segera dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri. Kita tidak mahu menghukum sesiapa. Kita hanya mahukan agar kebenaran diputuskan.

Kita juga mahu Majlis Peguam mampu memberikan pandangan profesional dan merujukannya dengan sebarang keputusan Mahkamah sebelumnya.

Sebagai pemimpin yang dilantik mewakili sekitar dua ribu lebih penuntut Tanah Adat penduduk asal dari Kemabong, tafsiran ini mewujudkan rasa tidak selamat dan kecewa penduduk. Saya menerima banyak pertanyaan, pandangan, keluhan dan tidak kurang juga menerima tempias kemarahan penduduk terhadap BN.

Saya bersyukur, kerana Datuk Seri Maximus Ongkili prihatin dan secara terbuka memperjuangkan tuntutan Tanah Adat menerusi Parti Bersatu Sabah. Terus terang, jika itu tafsiran undang-undang (tentang Tanah Adat) itu seperti yang dikatakan oleh Peguam Besar Negeri Sabah, maka sewajarnya satu pindaan perlu dibuat bertujuan melindungi dan memelihara hak asasi orang asal yang mempunyai tuntutan tanah adat.

Saya dapat tahu isu berkaitan Tanah Adat ini menjadi isu pembangkang. Saya merayu agar wakil rakyat BN berusaha untuk menjaga kebajikan rakyat seperti yang diterapkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi konsep 1Malaysia: 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'.

Pada pandangan saya, biar pemimpin tersalah tafsir, jangan sampai rakyat tersalah hukum. Kami sayangkan BN tetapi apa daya kami membantu jika rakyat membuat keputusan yang silap kerana marah dengan Tafsiran Peguam Negeri yang agak celupar!

Salam Hormat,

SABINI BINTI ANSUMOR

Ketua Bahagian PBS Kemabong

13 comments:

  1. Those who does not adhere to the rules in order to protect the Natives must have strict actions taken against them.

    ReplyDelete
  2. Public figures must be careful when making statements in public and media.

    ReplyDelete
  3. Clearly the statement made by Datuk Roderic Fernandez has a ripple effect on the general public.

    ReplyDelete
  4. hopefully this issue will be clarify as soon as possible before further damage be done

    ReplyDelete
  5. apa yang dikatakan Datuk Roderic Fernandez mengenai Ordinan Tanah Sabah telah menaikkan kemarahan penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  6. Datuk Roderic Fernandez harus berhati-hati semasa keluarkan kenyataan.

    ReplyDelete
  7. Seluruh rakyat Saah terkejut dengan kenyataan peguam negeri Sabah tu. Adakah setakat tu saja kenyataan dari dia sebab ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Roderic

    ReplyDelete
  8. Bukan saja pemilik yang terkejut malahan ramai lagi pihak berkuasa terkejut dengan apa yang dinyatakannya.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan Negeri sendiri pun tidak setuju dengan kenyataan peguam negeri itu. Kerana masih tidak ada kepastian sebab kenapa dia memberikan kenyataan sebegini.

    ReplyDelete
  10. kenyataan balas Datuk Maximus membuktikan bahawa kenyatan Roderick ini tidak menggambarkan pendirian kerajaan..

    ReplyDelete
  11. Roderick perlu memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat di negeri ini kerana kenyataan beliau ini bermaksud untuk menafikan hak2 rakyat di negeri ini..

    ReplyDelete
  12. Roderick sudah tentu bukan berasal dari negeri ini. oleh itu saya nasihatkan beliau supaya berhati2 dalam membuat kenyataan berkenaan dengan sejarah negeri ini..

    ReplyDelete
  13. So, who is telling the truth?? People get confused and became victims for this land problems.

    ReplyDelete