Friday 17 February 2012

NENEK BERUSIA 15 TAHUN?

TUNJUK....Puan menunjukkan kad pengenalannya bernombor 960412-02-0058 ketika ditemui di rumah anaknya di Kampung Padang Keria, Sanglang, Perlis.

PERISTIWA jatuh sakit selepas menyambut Aidilfitri pada tahun lalu telah membongkar rahsia seorang warga emas yang berusia lebih 90 tahun itu masih ‘belasan tahun’ berdasarkan nombor kad pengenalannya.

Dalam nombor kad pengenalan Puan Ahmad tertulis 960412-02-0058 yang jelas menunjukkan dia kini berusia 15 tahun dan akan menyambut hari lahir ke-16 pada 12 April ini .

Kesilapan tarikh lahir itu disedari ketika cucunya, Siti Noratikah Mohd. Usof, 21, semasa membawa dia ke sebuah klinik swasta bagi mendapatkan rawatan.

Jelas Siti Noratikah, kerani di klinik itu memanggilnya kerana pelik dengan usia neneknya ketika mencatatkan nombor kad pengenalan.

Puan juga memberitahu, mana mungkin dia masih belasan tahun kerana dia yang berkahwin ketika berumur 20 tahun telah mempunyai empat anak yang berusia dari 58 hingga 72 tahun.

”Alamat dalam kad pengenalan ini dari Kampung Tanjung, Mukim Belimbing Kiri, Kuala Nerang, Kedah kerana ketika membuat kad pengenalan baru sejak beberapa tahun lalu saya tinggal bersama anak kedua yang berusia 65 tahun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Keria, Sanglang, dekat sini, hari ini.

Puan yang dilahirkan di Tasik Melati, Perlis baru sahaja balik menetap di sini sejak tahun lalu

Siti Noratikah berkata, sebaik sahaja menyedari kesilapan tarikh lahir dalam kad pengenalan neneknya, dia terus mengunjungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perlis.

”Saya cuma dimaklumkan oleh pegawai yang ditemui bahawa tidak perlu membuat kad pengenalan baru kerana tidak akan memberikan apa-apa kesan kerana ini hanya kesilapan tarikh lahir,” katanya.

Dengan alasan semudah itu sebenarnya telah membuatkan nasib neneknya menjadi lebih malang.

Menurut anak ketiganya, Mat Yusop Kamis, 63, walaupun emaknya layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai warga emas tetapi sayangnya permohonan itu telah ditolak.

”Kemungkinan daripada salinan kad pengenalan yang diberikan itu menyebabkan permohonan itu disangka dari gadis berusia 15 tahun,” katanya.

Setelah gagal dalam permohonan pertama, Mat Yusop membuat rayuan tetapi masih lagi hampa kerana permohonan BR1M untuk ibunya sekali lagi ditolak.

13 comments:

  1. Why didn't the family members helped check to see if the MyKad is accurate before accepting it? Anyone would have done that.

    ReplyDelete
  2. If you notice that something is inaccurate, the MyKad should be sent back for amendment. Don't just keep quiet.

    ReplyDelete
  3. ”Saya cuma dimaklumkan oleh pegawai yang ditemui bahawa tidak perlu membuat kad pengenalan baru kerana tidak akan memberikan apa-apa kesan kerana ini hanya kesilapan tarikh lahir,” katanya.

    -This was the response from an officer in JPN? This person should be investigated

    ReplyDelete
    Replies
    1. why is her mykard was wrongly issued in the first place?

      Delete
  4. End of the day, the implications of this 'first two digits' on her mykard has a negative effect on her application for BR1M.

    ReplyDelete
  5. bagaimana boleh silap? JPN kena perbaiki mutu kerja mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MyKad tersebut perlu ditukar. kenapa pegawai tersebut memberi respon seolah2 ia bukan suatu masalah yang besar?

      Delete
  6. Mungkin JPN perlu memjelaskan berhubung kesilapan perkara ini.

    ReplyDelete
  7. perkara ini tidak boleh dipandang ringan. kesilapan hanya satu digit saja dalam MyKad memberi kesan yang besar kepada kehidupan nenek ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesilapan tu harus diperbaiki dan jangan diulang lagi. kalau tidak rakyat akan meragui kecekapan JPN.

      Delete
  8. wah..awet muda. JPN tidak sepatutnya melakukan kesalah tu. Tapi kenapa semasa ambil mykad tidak tengok dulu..

    ReplyDelete
  9. pegawai JPN itu tahukah bahawa sedikit kesilapan dalam IC boleh mendatangkan kesulitan yang besar kepada pemilik IC itu??

    ReplyDelete
  10. namun saya yakin bahawa kesilapan itu bukan disengajakan.. jika manusia yang buat kerja, pasti ada kesalahan (clerical error)dilakukan. sepatutnya, nenek itu atau ahli keluarga beliau sudah mengesan masalah ini sejak dari dulu lagi..

    ReplyDelete