Tuesday 14 February 2012

NFC CORP WAJAR BAYAR BALIK RM250 JUTA

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz menasihatkan ahli keluarga rakan kabinetnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya bagi menjalankan projek ternakan lembu itu.

Bercakap kepada wartawan di kawasan parlimennya di Padang Rengas, semalam, Mohamed Nazri berkata tindakan itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Beliau (Shahrizat) tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan,” katanya dipetik akhbar Sinar Harian hari ini.

Menurut Nazri, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC tetapi mencadangkan tender terbuka dijalankan bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini.

NFC dibidas pelbagai pihak termasuk dari Umno, apabila PKR membuat pendedahan demi pendedahan bahawa syarikat itu, di mana suami Shahrizat, Datuk Seri Mohd Salleh Ismail, adalah pengerusinya menyalah gunakan dana RM250 juta yang diperuntukkan sebagai pinjaman mudah oleh kerajaan.

Ini termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, tiga lagi unit kondominium mewah di Singapura, dua bidang tanah di Putrajaya, pembelian kereta mewah serta pakej percutian untuk keluarganya.

NFC sepatutnya untuk membekalkan lembu bagi memenuhi permintaan daging temapatan untuk rakyat di negara ini. Pada masa ini, syarikat itu sedang disiasat Unit Jenayah Komersial, Bukit Aman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno juga dipanggil oleh SPRM pada hari Rabu lalu untuk membantu siasatan yang diklasifikasikan di bawah seksyen 23 Akta SPRM atas kemungkinan tuduhan salah guna kuasa.

9 comments:

  1. Harap NFC akan membayar balik peruntukan RM250 Juta tersebut setelah menggunakan peruntukan tersebut dengan cara yang kurang betul.

    ReplyDelete
  2. A harsher punishment is deemed necessary.

    ReplyDelete
  3. What is being recommended is is more like a slap on the wrist

    ReplyDelete
  4. Adakah percutian keluarga dianggap satu pelaburan untuk NFC? Tidak masuk akal.

    ReplyDelete
  5. RM250 juta mmg pinjaman kepad NFC, NFC pasti akan membayarnya.

    ReplyDelete
  6. hanya dikehendaki membayar RM250 juta?

    ReplyDelete
  7. kemungkinan pertuduhan salah guna kuasa, kes masih lagi disiasat.

    ReplyDelete
  8. bayar balik itu kita tunggu sehingga keputusan lengkap mengenai siasatan ini. Orang yang bersalah saja yang perlu membayarnya.

    ReplyDelete
  9. kalau tidak mampu bayar balik, rampas saja semua aset2 NFC.. saya rasa, aset2 NFC lebih dari cukup untuk membayar pinjaman rm250 juta itu..

    ReplyDelete