Saturday 11 February 2012

PIKUL AMANAH KERAJAAN DENGAN KOMITED

Oleh : ABDUL BAKAR ESAH

PEMIMPIN perlulah memahami bahawa mereka adalah pemikul amanah kerajaan untuk membantu dan menjaga kepentingan rakyat.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, pemimpin masyarakat perlu menumpukan kerja-kerja mereka dengan penuh komited demi memastikan hasrat kerajaan membela rakyat tercapai.

“Sebagai pemimpin, termasuk saya sendiri, adalah orang yang memikul amanah kerajaan. Kita mestilah jelas tentang perkara ini. Pendek kata kita berperanan membantu rakyat bagi pihak kerajaan.

“Tumpukan kerja kita dengan penuh komited. Justeru itu pemimpin mestilah menghayati peranan masing-masing sebagai pemimpin yang diberi kepercayaan oleh kerajan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau menyeru agar semua peringkat kepimipinan mempunyai semangat kerja berpasukan dan mengelakan perpecahan sesama sendiri.

“Baik buruk adalah menjadi tanggungjawab dalam satu pasukan. Sekiranya ada permasalahan ianya mestilah dibincang bersama. Saya juga ingin mengingatkan bila ada sebarang masalah yang timbul, jangan menjaja cakap-cakap kerana ini akan menimbulkan lebih banyak masalah.Hindarilah sikap menuding jari antara satu sama lain,” katanya pada majlis perjumpaan dengan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) kawasan Dun Klias di Beaufort, kelmarin.

Hadir sama Ketua Daerah, Wong Samie, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Saidin Musih dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO), Amsir Dani.

Di samping itu, Azizah yang juga Adun Klias berkata, pemimpin mesti ada pendirian dan bersikap tegas agar tidak mudah dipermainkan.

“Jangan terikut-ikut dan terpengaruh oleh usaha-usaha ke arah merosakkan kerajaan BN tetapi sebagai pemimpin dalam kerajaan BN, kita mestilah mempertahankan kerajaan dengan memberi penjelasan yang benar,” katanya sambil meminta pemimpin mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap pemimpin dan kerajaan BN.

11 comments:

  1. A good leader must always fulfill their duty to the people as they are the ones who put them in that position.

    ReplyDelete
  2. The voters held high hopes for their leaders, do not ever let them down.

    ReplyDelete
  3. setiap pemimpin perlu tau tanggungajwab mereka dan laksanakan tanggungjawab mereka dgn baik.

    ReplyDelete
  4. jika tanggungjawab dipikul dgn baik, pasti rakyat akan terus memberi sokongan.

    ReplyDelete
  5. Hanya kerajaan saja yang boleh memikirkan dan pelaksanakan program bantuan sedemikian kreatif untuk rakyat. tidak seperti pembangkang yang hanya pandai brcakap dan mengelirukan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap rakyat tidak terpengaruh dengan janji2 manis pembangkang. teruskan menyokong kerajaan.

      Delete
  6. Pemimpin yang handal adalah pemimpin yang mampu mendapat sokongan dari rakyat.

    ReplyDelete
  7. pastinya rakyat dapat menilai pemimpin mana yang layak disokong untuk PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  8. Itu sudah semestinya. Pemimpin sedar semua itu. Mereka cuma menyampaikan apa yang kerajaan lakukan dan cuba untuk menyuarakan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

    ReplyDelete
  9. dan sekiranya timbul sebarang konflik dikalangan pemimpin2 BN, penyelesaian perlu dicapai melalui perbincangan di meja bulat.. bukannya melalui media..

    ReplyDelete
  10. Pemimpin kena jelas akan peranan mereka yang sebenar. Jika mereka gagal melaksanakannya dengan baik, bukan saja nama pemimpin yang tercemar malah parti yang diwakilinya.

    ReplyDelete