Sunday 19 February 2012

NRC KELAB UNTUK TARZAN DAN CHIMP?

Oleh: GONOD SUNDA

CARA berpolitik di alaf baru sudah jauh berbeza dengan kaedah yang digunakan ketika orang Murut di Pensiangan masih bercawat, tetapi masih ramai tokoh politik zaman UMNO menggunakan kaedah 'Tarzan' memikat 'Jane' seperti Presiden KDM Malaysia, Datuk John Ambrose.

Penubuhan Najib Razak Club (NRC) umpama mengajak Najib ke Zaman Batu untuk ber 'huha dan hulahop' bersama Chimpanzie dan teman wanita Tarzan, Jane ketika Najib sudah melangkaui Twitter, Skype, Face Book dan pelbagai laman sosial lain yang boleh mengumpul ahli dan menghantar maklumat ketika mata keranjang John Ambrose belum sempat berkelip.

Sebagai Ketua Bahagian UMNO Penampang, walaupun rekod John Ambrose sebelum ini buruk, termasuk ditohmah sebagai 'Bapa Ayam' tetapi tidak ada orang mengganggu sikap 'Mulau' (gila-gila) beliau sehinggalah dengan penubuhan NRC yang disifatkan masyarakat sebagai 'Sarjana Agung' dalam bidang puji memuji dan jilat menjilat ludah!

Sifat John Ambrose bukan sahaja tidak disenangi oleh majoriti masyarakat KDM di negeri ini kerana sanggup mempersendakan nama dan menjual martabat KDM; kononnya ingin membantu KDM mendapatkan beberapa bantuan kerajaan tetapi belum pun sempat mencapai sasaran, John Ambrose kini menubuhkan NRC.

Sekiranya tujuan John Ambrose menubuhkan NRC untuk mendekatkan dirinya dengan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak dengan tujuan tertentu (kemungkinan sahaja); tiada siapa yang boleh menghalangnya kerana itu adalah haknya, tetapi John perlu menjelaskan rasionalnya kepada Pertubuhan KDM Malaysia atau pun menceraikannya terlebih dahulu.

Rakyat Sabah khususnya masyarakat KDM sudah muak dengan kelibat John Ambrose dan rakan-rakannya kerana ramai cendikiawan KDM sudah menyelami rasional di sebalik penubuhan KDM Malaysia yang sekadar dijadikan alat oleh Umno untuk memecahbelahkan parti-parti serpihan KDM dalam BN terutamanya PBS, UPKO dan PBRS.

Bagaimana pun, misi KDM Malaysia agak terhalang kerana John terpaksa mengepit najis yang hampir terburai kerana tidak ada jalan pintas selain 'mengubah hala' KDM Malaysia seperti Tun Mustapha menjaga USNO, Salleh Said dengan USBO atau Pairin dengan PBS.

Masyarakat KDM di seluruh Sabah tidak mungkin mampu diperbodohkan John Ambrose termasuk yang menggelarkan dirinya sebagai C.E.O kerana dari riak-riak perjuangan; mereka sanggup sujud di kaki pemimpin Umno demi sesuap nasi, sedangkan tapak yang mereka duduki merupakan tanah tumpah darah masyarakat KDM yang bersumpah setia di Nunuk Ragang.

Apakah kurangnya Huguan Siou, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang memimpin PBS kini dalam kerabat BN; Tan Sri Dompok Presiden UPKO dan Tan Sri Kurup Presiden PBRS yang juga semuanya dalam kerabat BN.

Mengapa ada lagi spesis 'Chamelion' (sumpah-sumpah) seperti John Ambrose dan dibenarkan Umno menubuhkan KDM Malaysia; malah i diberi peruntukkan bergerak ke kawasan-kawasan KDM, seolah-olah sama tarafnya dengan sebuah parti politik.

Sekiranya kerajaan membenarkan NGO seperti KDM Malaysia diberi peruntukkan untuk bergerak membantu ahli dan masyarakatnya, mengapa pula tidak diberi bantuan yang sama kepada NGO seperti USDA, PMS, KDCA dan banyak lagi persatuan di Sabah yang mana matlamatnya adalah sama dengan KDM Malaysia?

Pendeknya, penubuhan NRC yang diilhamkan Datuk John Ambrose sebagai 'jambatan emas' bagi John Ambrose mendekati pemimpin No.1 negara semata-mata bertujuan untuk kepentingan peribadinya. Semoga Najib dan Musa Aman dapat menyingkap hijab yang menutupi kelakuan buruk 'Badot Sarkas' John Ambrose dan tidak terpedaya dengan lakonannya yang kelak akan memusnahkan masyarakat KDM sendiri.

No comments:

Post a Comment