Saturday 18 February 2012

OCPD LAHAD DATU AGEN PAKATAN RAKYAT?

Oleh : AHMAD HAKIM MOHD LAKIM

TINDAKAN polis Lahad Datu, terutama Ketua Polis Daerah yang menghalang warga Lahad Datu menyampaikan surat permohonan dan sokongan; serta risalah kepada ahli UMNO menyebabkan ramai pihak mengecam Urusetia sambutan Perdana Menteri.

Ketua Cawangan UMNO Cawangan Tanjung Labian, Kunsul Nahul kesal dengan tindakan provokasi PDRM terutama anggota Cawangan Khas dan Polis yang merampas risalah menyokong Perdana Menteri yang dimuat turun daripada Sabahkini.net.

"Kita sebar risalah kepada ahli UMNO agar mereka faham dengan senario yang berlaku. Bukan semua berpeluang baca Sabahkini.net yang memuatkan dua isu penting, iaitu isu bantuan dana Yahudi kepada Anwar dan isu menghina Perdana Menteri di Majlis Thaipusam," kata Kunsul yang kesal kerana polis Lahad Datu tidak tahu undang-undang.

Menurut Kunsul, beliau membelanjakan banyak wang menyediakan buletin cawangan agar penduduk Lahad Datu faham senario politik yang berlaku di Semenanjung dan tekanan Pakatan Rakyat terhadap UMNO.

"Saya fikir mereka tidak tahu undang-undang. Saya sebar risalah cawangan dan tidak tertakluk dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Bukan baru, sejak zaman Tun Mahathir dan Pak Lah lagi cawangan Tg Labian ada Buletin," kata Kunsul yang menggesa Pesuruhjaya Polis Sabah menjalankan siasatan dan memohon maaf kepada cawangan Tg Labian.

Kunsul menarik perhatian, beliau telah mengedarkan dua risalah bertajuk 'Pas Jangan Keterlaluan Hina Najib' dan 'Dua KC Umno Lapor Kegiatan NED' yang dimuat turun daripada www.sabahkini.net; tetapi berpuluh orang SB dan Polis memungut kembali risalah yang telah ditabur oleh beliau dan ahli cawangannya.

Kata Kunsul lagi, beliau tidak pasti apakah OCPD Lahad Datu penyokong Pakatan Rakyat semata-mata kerana beliau daripada Kelantan, tetapi tindakan anggota polis di bawahnya menunjukkan ada campurtangan OCPD.

"Bukan saya sahaja menghadapi masalah serupa. Ketua Kampung Lok Buani juga dihalang menyampaikan surat kepada Perdana Menteri dan pihak berkaitan. Patut Urusetia atau Polis jadi urusetia sediakan tempat letak surat sokongan atau permohonan. Alang-alang sibuk, bagi jadi urusetia," ujar Kunsul dengan nada sinis.

Menurut Kunsul, di masa akan datang, rakyat tidak akan lagi berpusu-pusu menyambut Perdana Menteri jika terlalu banyak sekatan sehingga menghalang mereka menghampiri pemimpin kesayangan mereka; semata-mata kerana polis menjadi 'penyibuk' di acara politik.


No comments:

Post a Comment