Tuesday 28 February 2012

PAIRIN KATA JEFFREY TIDAK DENGAR NASIHATNYA

TIMBALAN Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan merasa kesal dengan tindakan adiknya, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang sanggup tidak mendengar nasihat abang kerana memperjuangkan kepentingan peribadi.

Katanya, beliau (Jeffrey) lebih percaya cakap orang lain yang tukang kipas dan tukang angkat kaki daripada abangnya sendiri.

“Tidak dapat dinafikan memang beliau berhak berjuang dalam politik tetapi kita nampak perjuangannya tidak ikhlas untuk rakyat,” kata semasa berucap merasmikan penutupan Majlis Penerangan Penerangan Perdana Peringkat Zon 4 Keningau, Ranau, Tenom dan Pensiangan di dewan masyarakat di Keningau, kelmarin.

Hadir sama di Majlis Penerangan itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Haji Hajiji Haji Noor yang juga Bendahari Perhubungan Umno Sabah; Exco Penerangan Sabah yang juga Ketua Penerangan Umno Sabah, Datuk Sapawi Haji Ahmad; Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ketua Umno Bahagian Keningau, Datuk Haji Sairin Haji Karno selaku pengerusi penganjur; Ketua Umno Bahagian Tenom yang juga Adun Kemabong, Datuk Rubin Balang; Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin; Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Radin Malleh; Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Bobbey Suan; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Ellron Alfred Angin; Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi dan Pegawai Daerah Keningau, Amat Mohd. Yusof

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Ahli Parlimen Keningau yang mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata perjuangan adiknya itu tidak konsisten kerana tidak mempunyai wadah perjuangan yang sebenar.

“Beliau telah diberi peluang dilantik Senator dan Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan tetapi dia keluar dan bertanding menentang Datuk Dr. Maximus Ongkili di kawasan Kota Marudu pada suatu ketika dahulu.

Pada waktu itu dia tidak dengar nasihat saya sebagai abangnya maka saya berkempen untuk Dr. Maximus dan dia (Dr. Jeffrey) tewas,” jelas Pairin.

Ini katanya, menunjukkan Dr. Jeffrey tidak mendengar nasihat dan menghormati beliau sebagai abangnya.

“Sekarang pun dia (Dr. Jeffrey) mahu lawan saya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di Parlimen Keningau. Ini membuktikan bahawa dia benar-benar tidak menghormati saya kerana semata-mata memperjuangkan kepentingan peribadi,” kata Pairin.

Yang amat menyedihkan kata Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu, ialah Dr. Jeffrey memberitahu penyokong-penyokongnya bahawa saya mahu bercuti enam bulan untuk memberi peluang kepadanya.

“Ini adalah satu pembohongan yang dilakukan oleh Dr. Jeffrey terhadap abangnya sendiri. Penyokong-penyokong Dr. Jeffrey melemparkan fitnah dalam laman sosial facebook yang kononnya saya mengatakan bahawa beliau (Jeffrey) sudah jadi mendiang. Ini adalah fitnah yang besar,” tegas Pairin.

Justeru itu, kata Pairin, rakyat perlu berhati-hati dan jangan terpengaruh dengan kata-kata Dr. Jeffrey dan penyokong-penyokong kerana sanggup bercakap apa saja dan membangkitkan isu-isu yang sebenarnya boleh dibangkitkan oleh pemimpin- pemimpin Barisan Nasional (BN).

Tambah Pairin, Dr. Jeffrey memang pandai bercakap seperti juga Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mahir mengemukakan hujah-hujah yang mencuit hati tetapi perjuangan mereka adalah semata-mata untuk mahu menjadi pemimpin nombor satu.

Katanya, Anwar bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri dan begitulah juga cita-cita Jeffrey yang mahu jadi Ketua Menteri,” kata Pairin yang melahirkan kekesalannya terhadap adiknya itu.

“Selama lebih kurang 30 tahun, saya tidak menimbulkan semuanya, tetapi ini kali saya timbulkannya supaya rakyat tahu apa sebenarnya perjuangan Jeffrey,” kata Pairin.

Pada masa ini, katanya, Jeffrey melaung-laungkan Pakatan Borneo yang menggunakan parti STAR sebagi topeng perjuangan.

“Jika mengikut Perlembagaan STAR, ia tidak boleh mengembangkan sayapnya di Sabah. Ini bererti parti yang ditubuhkan di Sarawak itu tidak sah dikembangkan di Sabah dan boleh dianggap haram,” jelas Pairin.

Lebih kurang 2,000 orang terdiri dari pemimpin-pemimpin parti komponen, pemimpin-pemimpin masyarakat dan ketua-ketua jabatan hadir pada majlis itu

12 comments:

  1. pendirian JK ni nampak selalu berubah2. mungkin benar kata Pairin, JK hanya mengejar kepentingan dirinya sendiri saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika beliau tidak mementingkan diri sendiri, sudah lama dia terbuka hati untuk bekerjasama atau bergabung dengan SAPP..

      Delete
  2. kalau dalam STAR sendiri JK masih rasa belum mencapai hasratnya, tidak hairan jika dia akan lompat parti atau menubuhkan lagi parti yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fokus beliau sekarang ialah jawatan Ketua Menteri Sabah..

      Delete
  3. macam2 boleh berlaku bila wujud perbezaan fahaman politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan macam2 juga boleh berlaku bila sifat tamak menguasai diri..

      Delete
  4. Jeffrey mmg keras kepala, agenda perjuangannya sering berubah, kerana itu dia sering lompat parti.

    ReplyDelete
  5. kerana agenda politiknya, Jeffery sanggup tidak menghormati abangnya sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin itu dalam politik saja.. bila ahli keluarga berkumpul, saling hormat menghormati tu tetap ada..

      Delete
  6. Jadi, STAR tu parti haram la. perkara tu harus disiasat dengan teliti.

    ReplyDelete
  7. JK memang jelas mempunyai agenda tersebunyi.. jika tidak, kenapa perlu beliau membawa masuk parti luar ke negeri ini sedangkan di sabah sendiri mempunyai parti tempatan yang memperjuangkan agenda yang sama dengan STAR??

    ReplyDelete
  8. JK berjuang sebenarnya hanya untuk memastikan dapat menjadi KM. Itu sudah pasti kerana tengok saja dari beliau keluar BN sehingga sekarang. Beliau cuma ingini menjadi ketua dalam parti.

    ReplyDelete