Tuesday 7 February 2012

PAKATAN BERKABUNG 3 TAHUN TUMBANGNYA PERAK




By : ANDREW ONG (MKINI)

PAKATAN Rakyat Perak kelmarin berkabung di bawah sepohon pokok di Ipoh setelah genapnya tiga tahun pemerintahannya; selepas tiga ahli dewan undangan negeri (DUN) berpaling tadah dengan keluar parti dan menyokong BN.

Perhimpunan ringkas di Medan Istana, tempat mereka mengadakan 'Sidang DUN' pada 3 Mac 2009 menyaksikan kesemua anggota dewan memakai pakaian hitam dan bertafakur seketika.

Selepas menyanyikan lagu Negaraku dan sebahagian mereka berucap, kumpulan itu melepaskan belon hitam ke langit yang menurut mereka melambangkan kebangkitan demokrasi.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas itu, Bekas Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, tarikh 6 Februari akan sentiasa diingati sebagai titik hitam dalam sejarah Malaysia.

Tiga tahun lalu, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir daripada Umno dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baru selepas istana memutuskan Nizar gagal mendapat sokongan majoriti dalam DUN.

12 comments:

  1. Lebih baik fokus kepada hal2 rakyat daripada membuang masa berkabung.

    ReplyDelete
  2. Perkara biasa bagi ahli2 politik lompat parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. True Hinamori, party hopping is really nothing new in politics, what is there to mourn for?

      Delete
  3. berkabung untuk apa jg pun.. buang masa saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seems like PKR is more concern of those who left rather than making the best of those who still remains.

      Delete
    2. tapi bagus sikitlah dari mengadakan demo/perhimpunan jalanan.

      Delete
  4. lebih baik berusaha tumpukan pada negeri2 yang masih ditadbir sekarang. tidak usah mengenang masa lalu.

    ReplyDelete
  5. Berkabung seperti menantikan kekalah akan datang.

    ReplyDelete
  6. Kita tunggu saja pada PRU13 ini adakah PR akan terus mempertahankan kerusi dan negeri yang mereka tawan atau tidak.

    ReplyDelete
  7. tajuk artikel mengelirukan.. sepatutnya bukan berkabung 3 tahun, tetapi berkabung selepas genap 3 tahun..

    ReplyDelete
  8. tumbangnya Perak membuktikan pemimpin2 Pakatan terdiri dari pemimpin2 yang tidak mempunyai pendirian tetap dan mudah goyah..

    ReplyDelete
  9. Berkabung tapi ber'peace-peace'? Hmmm...

    ReplyDelete