Wednesday 22 February 2012

PAS JANGAN HANYA TAHU MEMBANGKANG

Oleh : SYED MU’AZ SYED PUTRA

KETUA Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata menuju cabaran 10 tahun akan datang, parti itu perlu menumpukan perhatian kepada dua skim kualiti bagi menjamin masa depan yang baik selain perlu keluar dari 'kepompong pembangkang yang hanya tahu membangkang.'

Selain itu, kata beliau, PAS juga perlu perhatian kepada polisi urus tadbir kerajaan sebagai persediaan awal untuk menjadi kuasa pemerintahan negara.

“Menuju cabaran 10 tahun akan datang, PAS perlu menumpukan kepada dua skim kualiti. Pertama kualiti pada figure sama ada anggota atau pemimpin yang mampu serta layak menyandang amanah di mana posisi ia ditugaskan. Bukan figure yang hanya melakar publisiti melalui kepetahan berpidato tetapi lemah dalam tindakan.

“Kedua ialah kualiti pada organisasi dan penstrukturannya agar dilihat lebih kemas, sistematik dan menepati piawaian sebuah organisasi moden yang mampu menangani saingan gerakan semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Nasrudin menambah parti Islam pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu mempersiapkan diri untuk menjadi kerajaan dan keluar dari 'politik membangkang.'

“Sebagai sebuah gerakan Islam, PAS adalah alternatif untuk menggagas masa depan negara yang sejahtera, menepati sebuah pemerintahan urus tadbir yang baik, bebas korupsi dan diredhai oleh Allah. Menyedari harapan ini, PAS sebagai sebuah wadah perjuangan umah mesti dipersiapkan agar hadir dan tampilnya menepati tuntutan semasa.

“PAS selayaknya mula menguasai polisi ke arah mempersiapkan dirinya untuk menjadi kerajaan yang mengurus tadbir negara, bukan lagi terjerat dalam kelompok pembangkang yang hanya tahu membangkang tanpa solusi yang efektif,”katanya.

Jelas beliau, bermula dari sekarang PAS perlu menyusun barisan kepimpinan parti yang layak untuk menerajui pentabdiran negara.

“Bermula dengan menyusun saf kepimpinan parti yang terdiri dari kalangan figure mampu dan layak menggalas amanah kepimpinan, bukan sahaja kepimpinan parti tetapi juga kepimpinan negara.

“Andai sukar untuk memiliki figure kepimpinan sedemikian, mungkin juga boleh mengambil kaedah barisan kepimpinan, iaitu kepimpinan yang mengurus parti dan satu lagi ialah kepimpinan yang mengurus negara. Namun kedua-dua barisan kepimpinan ini berada di dalam satu majlis pemesyuaratan parti,” katanya.

Jelas Nasrudin, untuk menjadi parti yang lebih matang parti Islam itu perlu bijak untuk menguruskan segala masalah atau konflik yang berlaku selain tidak melayan perkara yang remeh-temeh.

“Usaha pengkaderan mesti kemas dan diberi perhatian utama oleh parti untuk melahirkan anggota dan kepimpinan parti yang komited dengan dasar perjuangan sekaligus mampu mendokong aspirasi parti.

“Parti mesti bijak serta pantas mengurus masaalah, konflik dan tekanan agar tidak membuang terlalu banyak masa melayan karenah masaalah atau konflik yang timbul sedang perkara fundamental seperti melahirkan anggota dan kepimpinan parti yang berkualiti tinggi terabai,” katanya.

10 comments:

  1. Don't let it be said that Pembangkang can only Membangkang.

    ReplyDelete
  2. Good advice to all parties to improve in solving problems, conflicts and pressures so that time will not be wasted in insignificant issues.

    ReplyDelete
  3. jgnlah hnya tau membangkang tapi tiada ada tindakan atau idea untuk memperbaiki kelemahan.

    ReplyDelete
  4. itupun kalau 10 tahun akan datang PAS masih releven dan diterima rakyat.. kalau tidak baik bubarkan saja.. dalam pilihanraya umum akan datang pun belum tentu lagi PAS boleh lepas..

    ReplyDelete
  5. “Parti mesti bijak serta pantas mengurus masaalah, konflik dan tekanan.."

    pantas mengurus masalah?? masalah air kenapa tangguh sampai 2027??.. konflik?? dimana letaknya bijak mengurus konflik jika mana2 pemimpin yang mengkritik kepimpinan parti akan dipecat serta merta?? kebebasan suara langsung tidak diamalkan.. tekanan?? bila pemimpin2 PAS tertekan, tidak ada tempat lain selain jalan raya atau tempat2 awam untuk mereka luahkan tekanan..

    ReplyDelete
  6. Itulahyang kita dapat tahu. PAS cuma tahu membangkang namun tidak ada perlaksanaan yang menarik mereka lakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lebih PAS tumpuhkan perhatian untuk membangunkan Kelantan saja.

      Delete
  7. Baguslah kalau sedar sudah dengan cara pembangkang yang tidak berkesan dan hanya tahu berkata-kata. Sehinggakan parti itu mula huru-hara dengan pemimpin dalaman sendiri.

    ReplyDelete
  8. Memang pembangkang hanya tahu membangkang saja. Apa pun usaha kerajaan sentiasa dikritik. ada saja yang tidak kena pada hal mereka hanya kritik tapi tiada tindakan.

    ReplyDelete
  9. Bukan figure yang hanya melakar publisiti melalui kepetahan berpidato tetapi lemah dalam tindakan.

    Agreed. Don't be like an empty can.

    ReplyDelete