Sunday 12 February 2012

PAS JANGAN KETERLALUAN HINA NAJIB

SAKSIKAN HEBATNYA ANWAR MENARI

Oleh : HAJI SABDIN HAJI MUHAMMAD

PAS dan NGO di Malaysia disaran agar tidak keterlaluan dan mencurahkan minyak ke api perkauman dengan memperdagangkan agama untuk kepentingan politik sehingga mencambahkan benih permusuhan antara kaum.

Ketua Cawangan UMNO Tg Labian, Kunsul Nahul membuat saranan berkenaan sebagai mengulas laporan Malaysiakini bertajuk 'Najib di Batu Caves: NGO, PAS Mahu Fatwa Jelas'

"Tindakan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan meminta Majlis Fatwa menyatakan pendirian berhubung tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menghadiri majlis sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves pada 7 Februari lalu dengan lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda sambil ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor; adalah keterlaluan dan menghina pemimpin negara," kata Kunsul yang kesal kerana Pemuda PAS seolah-olah boleh disewa untuk menyerang Barisan Nasional.

Kunsul turut menggesa agar Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar tidak mengeluarkan pandangan yang mengelirukan masyarakat majmuk Malaysia kerana jumaat lalu beliau melahirkan rasa terkilan dengan sikap Perdana Menteri yang didakwa 'menggadai akidah' dengan hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves.

Pandangan peribadi Harussani terhadap Najib, kata Kunsul adalah keterlaluan kerana menuduh Najib melakukan perbuatan perbuatan syirik sedangkan Najib hanya hadir berjumpa rakyat dan tidak ada kena mengena langsung dengan sebarang perbuatan syirik, termasuk patung yang didirikan di sebelah Dewa Murugan.

"Kalau tindakan Najib salah, kenapa PAS dan Harussani tidak menegur perbuatan Anwar Ibrahim yang menghadiri Sambutan Perayaan Deepavali sambil menari ketika umat Islam bertakbir di Masjid pada Aidiladha tahun lalu," tanya Kunsul yang meminta umat Islam menonton Videoklip di Youtube bertajuk 'Takbir AidilAdha Anwar Ibrahim 2011'.


Sikap PAS, Mufti Perak dan NGO Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) melalui Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid mempersoalkan kehadiran Najib di Batu Cave sebagai terlalu fanatik tanpa memikirkan bahawa Najib bukan Perdana Menteri untuk orang Islam sahaja, malah untuk penganut agama lain juga.

"Sebagai Ketua Cawangan UMNO saya kesal kerana PAS, NGO dan Mufti Perak boleh menutup sebelah mata dengan apa sahaja amalan buruk Anwar Ibrahim tetapi sengaja mencari isu peribadi Najib yang semakin diterima rakyat Majmuk Malaysia sekalipun dilempar pelbagai tohmahan termasuk melakukan amalan syirik," kata Kunsul yang mengakui serangan peribadi terhadap Najib telah melukai hati rakyat Sabah yang hidup harmoni dan mengamalkan toleransi agama.

7 comments:

  1. Hope that the religious and racial issues will not be played up as it will cause controversy and disputes among races.

    ReplyDelete
  2. Najib hnya menghadiri tapi tidak menyertai mana2 ritual, hal ini tak perlu nak dibangkitkan.

    ReplyDelete
  3. Jangan wujudkan sentimen perkauman. Jangan juga mempolitikkan agama. Lebih baik PAS dan NGO menegur sikap Anwar yang penuh dengan kontroversi porno.

    ReplyDelete
  4. Saya tidak akan salahkan Najib pun dalam hal ini. Kerana itu adalah tanggungjawab beliau untuk tahu dan mendekati rakyat..

    ReplyDelete
  5. syabas Kunsul kerana berjaya mendedahkan sikap hipokrit pemimpin2 PAS..

    ReplyDelete
  6. beginilah sikap pemimpin2 pembangkang.. buat kenyataan semberono sampai tidak sedar terludah muka sendiri.. patut la tidak ada kecacatan yang dilakukan oleh pemimpin2 mereka kerana semuanya dihalalkan.. tapi kalau pihak lawan yang buat, habis dikritiknya sampai masuk bab2 agama..

    ReplyDelete