Sunday 12 February 2012

PDRM BERI KERJASAMA SAHKAN KEMATIAN MILITAN

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) bersedia memberikan kerjasama penuh kepada Filipina bagi mendapatkan kepastian tentang tiga rakyat Malaysia yang didakwa terbunuh dalam serangan ke atas kubu kuat kumpulan Abu Sayyaf di Sulu, wilayah selatan negara itu, awal bulan ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata pihak PDRM masih menunggu maklum balas daripada pihak berkuasa Filipina tentang status sebenar yang berlaku di situ.

Menurutnya, pihak berkuasa negara itu masih menghadapi kesukaran untuk mencari mayat-mayat yang terbunuh dan ujian DNA untuk mengesahkan identiti mayat masih tidak dapat dilakukan.

"Saya percaya pihak berkuasa Filipina sedang berusaha untuk mendapatkan sampel DNA mayat dan kami bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam apa jua perkara yang mereka minta," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja ke Pasar Pulau Tikus di sini hari ini.

Sebelum ini, tentera Filipina mengumumkan warga Malaysia, Zulkifli Abdul Hir @ Marwan yang juga pemimpin kanan Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiyah Singapura adalah antara yang terbunuh dalam serangan tentera Filipina ke atas kubu kuat kumpulan Abu Sayyaf dan pertubuhan Jemaah Islamiah (JI) itu.

Dalam laporan baru-baru ini menyatakan pihak berkuasa Filipina masih gagal menemui mayat Zulkifli bersama dua anggota Darul Islam Sabah, Amin Bacho dan Jeknal Adil dan mereka yang berkemungkinan masih hidup dipercayai telah meninggalkan Pulau Jolo.

Khalid yang tidak menolak kemungkinan mereka ini masih hidup, berkata segala persoalan akan terjawab apabila kerajaan Malaysia memperolehi keputusan DNA dari negara itu. (BERNAMA)

10 comments:

  1. Hope that the cooperation between both countries will help us discover the truth of this case.

    ReplyDelete
  2. Hopefully this acase will be resolve at earnest

    ReplyDelete
  3. Mereka yang jadi militan ini hanya membawa lebih banyak keburukan dan membahayakan nyawa orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kegiatan militan ini mmg tidak baik, tapi kita kena tau apa punca mereka menjadi begitu.

      Delete
  4. Masih belum ada keputusan yang sahih atas laporan kematian militan tersebut.

    ReplyDelete
  5. semoga pencarian ini berakhir dengan kejayaan memihak kepada pihak berkuasa Filipina.. pengganas seperti Marwan tidak boleh dibiarkan bebas menjalankan aktiviti mereka di mana2 negara..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Sya pelik dan terkejut sgt2 biler dgr ade rakyat malaysia yg sanggup menyertai kumpulan ABU SAYYAP GRUP di selatan filipina tu..sedangkan smua ektibiti kumpulan tersebut menyusahkn dan menjahannamkn rakyat, sbbtu sya ckp tdi mmg pelik sgt2..soalanye KENAPA dgn rakyat malaysia tu bole bersama penjenayah ASG...lain la klu sesiapa yg menyertai kmplan itu berperang mendapat kekayaan disana apabila mereka menang mgkin kita bole anggok dan fikir, Ooo patutlah mereka bermati-matian kerana bila pihak musuh bole di kalahkn, mereka bole dpt kekayaan kelak...yg peliknya lgi, sekiranya militan2 di filipina itu berjaya mengalahkn musuh dlm pertempuran nnti, tak mgkin la rakyat malaysia itu mendapat apa2..sdgkan kumpulan abu sayyaf tersebut mengadakan perang hanya krn mahukan barang yg boleh dijadikan duit utk menampung kehidupan harian mereka..So yg sya fikirkn knp mereka ini menyertai kumpulan itu? Lain plak ceritanya, biasanya yg kita dgr, militan2 ini sanggup buat apa sahaja termasuk la mati yg penting mereka bole dtg ke negara kita malaysia untuk mencari rezeki demi kehidupan mereka yg amat serbi kekurangan..jadi apa motive sebenar rakyat malaysia yg snggup pergi sana hanya semata mata bertempur dgn kerajaan filipina. klu ya pun pertempuran mereka tu dgn alasan kononya mereka ini di tindas oleh kerajaan filipina, so apa kena mengena dgn beberapa rakyat malaysia yg ikut sama berperang disana?? Klu ya pun disebabkan penindasan kaum mereka (militan)atau pun menagih keadilan, buat apa rakyat malaysia tu ikut sama? Bukanya negara mereka yg ditindas pun, adohaiii memalukan rakyat malaysia sahaja..sebenarnya, sya sendiri pun berketurunan dri selatan filipina, cuma sya di lahirkan atau tanah tumpanya darahku, di NEGERI DI BAWAH BAYU..sya sendiri tiada niat lgsg utk dtg sana apatah lagi klu menetap di negara yg penuh dgn kekacauan dan tak aman itu..dlm mimpi pun sya takkan pergi sna...disini kta hidup tenang dan damai..dan yg paling bestnya, tiada satu pun negara yg bole hidup aman, sederhana dan bersatu padu wlaupun berlainan agama bangsa dan jgk keturunan seperti negara malaysia..jadi org seperti ZULKIFLI dan rakan2nya itu, mmg tidak layak sama sekali utk menjadi warganegara ini ( malaysia ) smp disini sahajalah dulu, itu cuba andaian sya...dan sya minta maaf sekiranya ada siapa2 yg menyokong kpd rakyat malaysia yg menjadi ahli kpd kumpulan ABU SAYYAF di selatan filipina itu..SEKIAN TERIMA KASIH...

    ReplyDelete