Monday 13 February 2012

PEGUAM BESAR NEGERI SABAH CELUPAR



Oleh : MOHD FIRDAUS MUHD NOOR

PEMUDA PAS Sabah melahirkan rasa terkejut dan kekesalan terhadap kenyataan Peguam Negeri Sabah, Datuk Roderic Fernandez yang jelas bercanggah dengan Ordinan Tanah Sabah (OTS) berkaitan hak asasi Anak Negeri ke atas pemilikan tanah adat di Sabah.

Ketua Penerangannya, Mohd Julpikar Abd Mijan menyifatkan bahawa, tafsiran yang dibuat oleh Peguam Besar Negeri Sabah berhubung tuntutan hak asasi oleh Anak Negeri Sabah selepas 1930 sebagai tidak sah, adalah tindakan menghina keputusan-keputusan mahkamah sebelum ini yang mana telah mengiktiraf wujudnya hak asasi Anak Negeri walaupun selepas 1930.

“Kita (PAS) amat kesal dengan kenyataan Peguam Besar Negeri Sabah ini. Ini bakal menjerumuskan kesulitan anak Sabah mengenai pemilikan tanah di bawah undang-undang yang sedia ada,” ujarnya.

Menurutnya, PAS cukup sangsi dengan keupayaan beliau sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan Anak Negeri Sabah.

“Isu ini bukan perkara yang sepatutnya dibuat main-main oleh kerajaan. Ianya perlu dibawa ke muka pengadilan yang seadilnya bagi memastikan tanggungjawab kerajaan mempertahankan hak Anak Negeri Sabah tidak terabai dan dipandang rendah,” jelasnya.

PAS juga berpendirian bahawa, hak asasi Anak Negeri Sabah mesti dipertahankan dan meminta mana-mana pihak yang merampas tanah-tanah Adat Negeri sama ada melalui pemalsuan dokumen dan identiti diri dapat memulangkan semula hak Anak Negeri tersebut kepada pemiliknya.

“Hak Anak Negeri Sabah perlu dipertahankan dengan sebaik mungkin. Ini hak kita, ini tanah kita. Kenapa perlu mereka merampas hak kita? Dimana suara pemimpin-pemimpin kerajaan kita yang selama ini mendabik dada memperjuangkan hak. Dimana mereka ketika ini? Anak-anak Negeri Sabah hidup dibelenggu ketakutan dan ancaman,” jelas Julpikar.

13 comments:

  1. Hopefully the Native Land rights will be protected in the best way possible. Our leaders must fight for their rights.

    ReplyDelete
  2. If this is the case, hopefully Datuk Roderic Fernandez will give explanation to this statement which contradicts to the state's Land Ordinance.

    ReplyDelete
  3. The native land rights of legitimate individuals that can be called as 'natives' must be protected.

    ReplyDelete
  4. As a public figure, they must make sure to be careful when making statements to prevent controversies.

    ReplyDelete
  5. Datuk Roderic Fernandez perlu memahami keadaan di Sabah sebelum membuat kenyataan.

    ReplyDelete
  6. NCR adalah hak penduduk dan ia perlu dipertahankan.

    ReplyDelete
  7. Pemuda PAS memang bijak memancing undi. Isu ini dijadikan medium untuk memancing undi dengan memberi rasa kekesalan dan prihatin terhdap nasib2 Sabahans yang ada kaitan dengan isu NCR.

    ReplyDelete
  8. PBS has expressed full support and plan to bring the proposed setting up of the native land tribunal to the Barisan Nasional committee on land issues

    ReplyDelete
  9. Mungkin apa yang dikatakan oleh Peguam Negeri Sabah ini adalah pendapat peribadi saja. Kerana itu tidak ada diperkatakan oleh kerajaan Negeri sendiri. Sedangkan Kerajaan Negeri sendiri membantah kenyataan yang dibuat oleh peguam tersebut.

    ReplyDelete
  10. Maka jangan libatkan kenyataan ini dengan kerajaan. Kerana kerajaan tidak tahu akan perkara ini. Jadi kita harap penjelasan lebih dari peguam Datuk Roderic Fernandez mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  11. Roderic ni bukan orang tempatan Sabah.. beliau tidak tahu apa2 tentang Sabah.. beliau patut memohon maaf kepada rakyat di negeri ini kerana kenyataan beliau itu secara tidak langsung menafikan hak2 rakyat di negeri ini..

    ReplyDelete
  12. atau Roderick sebenarnya mempunyai niat untuk merampas tanah di negeri ini tetapi dihalang oleh status NCR??

    ReplyDelete
  13. Kenyataan beliau macam ada udang di sebalik batu.

    ReplyDelete