Wednesday 22 February 2012

PELABURAN CECAH RM110 BILION



PELABURAN swasta terhasil Malaysia tahun ini dijangka meningkat kepada RM110 bilion daripada kira-kira RM94 bilion pada 2011, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Selasa.

Beliau berkata pertumbuhan itu akan dirangsang oleh pelaburan langsung domestik (DDI) terutamanya dalam sektor minyak dan gas.

"Berdasarkan kemajuan yang dicapai setakat ini dan projek-projek yang akan dilaksanakan, kita yakin jumlah yang disasarkan akan dicapai. Sebahagian besar daripada pelaburan itu, iaitu kira-kira 40 peratus, adalah dari sektor minyak dan gas," katanya pada satu sidang media di sini.

Sementara itu, jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama tahun lepas melonjak 40.7 peratus daripada RM105.6 bilion (4,368 projek) pada 2010 dan mencecah RM148.6 bilion (4,964 projek) pada 2011.

Pelaburan-pelaburan ini dijangka mewujudkan kira-kira 149,496 peluang pekerjaan. Pelaburan domestik pada 2011 terus mengatasi pelaburan langsung asing (FDI), dengan menyumbang RM82.3 bilion atau 55.4 peratus daripada keseluruhan pelaburan yang diluluskan, manakala pelaburan asing mencapai jumlah RM66.3 bilion atau 44.6 peratus.

Industri elektrik dan elektronik (E&E) kekal sebagai industri peneraju dari segi bilangan projek yang diluluskan dan nilai pelaburan dalam sektor pembuatan, dengan Jepun, Korea, AS, Singapura dan Arab Saudi sebagai sumber-sumber utama pelaburan asing dalam sektor itu.

Mustapa berkata, tahun lepas kira-kira 72 peratus pelaburan asing adalah dari negara-negara Asia dan trend ini dijangka kekal dalam 2012.

"Tahun ini, kita boleh lihat peningkatan pelaburan sesama negara Asean serta pelaburan dari Jepun, Korea, China, India dan Timur Tengah. Negara-negara Eropah masih terus memperlihatkan minat, terutamanya Jerman, Itali, Perancis dan Sepanyol," kata beliau.

Bagi sektor utama, 161 projek dengan pelaburan berjumlah RM28.1 bilion diluluskan tahun lepas dan pelaburan asing menyumbang RM16 bilion atau kira-kira 57 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Sektor perlombongan menguasai agihan pelaburan terbesar dan prestasi teguh subsektor minyak dan gas menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi satu daripada hab minyak dan gas di rantau ini.

Mustapa berkata pengaliran masuk FDI ke Malaysia meningkat sebanyak 12.3 peratus kepada RM32.9 bilion tahun lepas daripada RM29.3 bilion pada 2010.

Sektor pembuatan menguasai sebahagian terbesar pengaliran masuk FDI, iaitu 50.1 peratus daripada keseluruhan FDI, diikuti oleh perkhidmatan (27.3 peratus), perlombongan dan kuari (22.2 peratus), manakala pertanian, perhutanan dan perikanan 0.4 peratus.

"Kita mencapai prestasi baik dalam FDI dan juga dari segi jumlah pelaburan. Keseluruhannya, 2011 merupakan tahun yang baik dan kita meramalkan yang tahun ini kita boleh mengekalkan angka itu," tegas Mustapa. (BERNAMA)

12 comments:

  1. Sounds like a improvement on the nation's achievement, hopefully more efforts will be made to help bring up the domestic investment.

    ReplyDelete
  2. More FDI will be good for the country, we need as much foreign investigation as possible to help boost our economy.

    ReplyDelete
  3. satu pencapaian yang baik, harp ia akan terus meningkat.

    ReplyDelete
  4. agaknya Malaysia setakat ini berada ditangga keberapa dalam penarikan FDI??

    ReplyDelete
  5. syabas dan teruskan usaha.. banyakkan wang masuk dan kurangkan wang keluar(penyelewengan)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. elakan amal salah guna kuasa untuk kepentingan sendiri

      Delete
    2. Heavy punishment for those who misuse their power. No one can be above the law.

      Delete
  6. dengan projek minyak dan gas yang dilaksanakan di Sabah saya pasti pelaburan akan tertumpu di sana.

    ReplyDelete
  7. satu perkembangan yang sangat baik. harap Malaysia akan terus berusaha untuk mengekalkan kepercayaan pelabur2 untuk melabur di negara ini.

    ReplyDelete
  8. Kita tidak boleh terlalu menyasarkan sesuatu perkara terlalu jauh dari apa yang kemampuan kita.

    ReplyDelete
  9. Namun pastikan ekonomi Negera kita akan terus dalam keadaan yang stabil dan kukuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. M'sia semakin maju dan diharap ekonomi negara akan semakin stabil

      Delete