Tuesday 7 February 2012

PELAJAR IPT PERLU TUMPU KEJAYAAN ILMU



DATUK Saddi Haji Abdul Rahman berkata, para pelajar pusat pengajian tinggi di negara ini perlu memberi tumpuan kepada kejayaan ilmu dan kepakaran pelbagai bidang tanpa terikut-ikut berdemonstrasi semata-mata mengikut kehendak pihak tertentu bagi merubah Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU) di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau itu berkata, kedudukan paling tepat bagi golongan pelajar itu di menara gading ialah menguasai segala bidang berobjektifkan matlamat memajukan negara serta merubah ekonomi keluarga “Ingat dulu betapa susahnya keluarga serta kerajaan yang menjadikan impian para pelajar ke universiti menjadi kenyataan.

“Bukan apabila sudah di menara gading, pelbagai tuntutan dan demonstrasi dibuat untuk menunjukkan bahawa para pelajar kononnya mempunyai hak dan kepentingan melakukannya. Sedangkan matlamat asal mereka mahu menguasai ilmu dan kepakaran,” katanya.

Saddi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena menyambut lawatan lebih 50 pelajar Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) Cawangan Sarawak di Ocean King, sebuah restoran makanan laut terkenal di Pasir Putih dekat bandar ini, pada Sabtu.

Kata Pengerusi Koperasi Pembangunan Sabah (KPD) itu, para pelajar sama ada mewakili universiti awam dan swasta di negara ini harus menerima hakikat bahawa keputusan kerajaan meluluskan penubuhan sebuah pusat pengajian tinggi di negara ini adalah berlandaskan hak serta kepentingan pendidikan rakyat dan sejagat, bukan menerusi gerakan-gerakan subversif yang sesuka hati mengkhianati kerajaan dan perlembagaan negara.

Bagaimanapun Saddi merasa lega kerana penuntut yang mewakili UITM dan beberapa lagi IPTA khususnya di Sarawak dan Sabah tidak terlibat dalam berdemonstrasi bagi menuntut perubahan Akta AUKU yang diwujudkan kerajaan sejak 1971.

Sebaliknya, kata Saddi, para penuntut dari salah satu rangkaian universiti awam itu harus terus berbangga kerana tidak semua anak-anak bumiputera di negara ini memiliki peluang melanjutkan pelajaran ke menara gading atas pelbagai kekurangan dan kekangan yang banyak berpunca dari soal ekonomi keluarga.

Tambahan pula, katanya, penubuhan Institut Teknologi Mara (ITM) oleh kerajaan sejak awal tahun 70an yang kemudian dinaiktarafkan kepada sebuah universiti awam adalah dibuka khusus kepada kaum bumiputera di negara ini yang terus berjaya melahirkan ramai pemimpin dan pakar pelbagai bidang.

“Saya juga teruja kerana sudah dua tahun berturut-turut dikunjungi para pelajar UITM. Saya pun tidak nampak apa kedudukan saya di hati adik-adik pelajar. Namun pada masa akan datang saya menyarankan rombongan UITM ini supaya melawat pula ke kawasan Dewan Undangan Negeri Sukau.

“Pelajar yang berminat boleh menikmati keindahan flora dan fauna yang terdapat di Kampung Sukau yang merupakan salah satu destinasi pelancongan terkenal di Asia Tanggara yang kaya dengan kepelbagaian bio khususnya membabitkan hutan hujannya serta hidupan liar yang terdapat di dalamnya,” katanya.

Turut hadir pada majlis jamuan itu ialah Ketua rombongan UITM yang juga Pensyarah Kanannya, Klonel (B) Saiful Mohd Ali, Pengerusi Penganjur majlis, Shamrey Sher Mohamad dan kakitangan UPKR Dun Sukau.

Saddi mengharapkan agar majlis jamuan bersama pelajar itu merapatkan lagi hubungan bukan saja antara rakyat negeri ini dan Sarawak, tetapi hubungan pentadbiran wakil rakyat Dun Sukau dengan para penuntut cawangan UITM Sarawak yang berperanan sebagai jambatan membina perpaduan dan kemajuan kedua pihak di masa depan.

Wakil rakyat itu mengambil contoh, cawangan UITM Sarawak boleh mengadakan pelbagai kajian pembangunan terancang ke arah menjana sektor pelancongan, pembangunan serta pengurusan perkhidmatan rakyat di kawasan Dun Sukau yang luas dan terbahagi kepada dua pejabat pentadbirannya iaitu di bawah Pejabat Daerah Kinabatangan dan Majlis Perbandaran Sandakan sejak sekian lama.

13 comments:

  1. Students that manages to further their studies in higher institution should do their best especially if their parents worked hard to send them to University.

    ReplyDelete
  2. Higher Education are our best bet for Sabah to become a developed state.

    ReplyDelete
  3. The undergraduate should focus more in their studies and sharpen their minds as well as skills to better enhance themselves before entering the working world

    ReplyDelete
  4. once they have entered the working world, they can contribute to society to the best of their ability apart from their education qualifications

    ReplyDelete
  5. para pelajar harus utamakan dahulu pada pembelajaran mereka, itu lebih penting dari ikut perkara2 yang tidak patut.

    ReplyDelete
  6. jgn sia-siakan pengajian kerana terikut-ikut perkara yang tidak patut.

    ReplyDelete
  7. Para pelajar pada mana2 peringkat harus mengutamakan pendidikan ilmu dahulu dan jangan libatkan diri dalam sebarang bentuk politik. bukan masa yang sesuai untuk tu.

    ReplyDelete
  8. Para pelajar harus tidak sia2kan harapan ibu bapa yang mahu melihat anak2 mereka berjaya dalam pelajaran.

    ReplyDelete
  9. Itu sudah semestinya..Janganlah pelajar IPT terlibat dengan politik.

    ReplyDelete
  10. Tumpukan sepenuhnya kepada ilmu dan pembelajaran supaya suatu hari tidak akan menyesal.

    ReplyDelete
  11. sementara masih bergelar pelajar, bertindaklah sesuai dengan seorang pelajar.. jangan tunjuk sikap kurang ajar terhadap pemimpin negara..

    ReplyDelete
  12. bayangkan jika pelajar2 IPT dibenarkan aktif berpolitik.. entah dimana agaknya kedudukan institusi pendidikan negara selepas itu..

    ReplyDelete
  13. Sudah masuk U, perlakuan biarlah menampakkan seperti orang yang terpelajar.

    ReplyDelete