Wednesday 1 February 2012

PEMBANGUNAN BUKAN PEMBERIAN PEMIMPIN



BANTUAN......Seorang warga emas menerima bantuan daripada Azizah.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

PEMBANGUNAN dan bantuan yang dinikmati penduduk selama ini sebenarnya daripada kerajaan Barisan Nasional dan bukannya pemberian seseorang pemimpin.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata pemimpin hanyalah berperanan merancang dan berusaha untuk mendapatkan serta membawa peruntukan pembangunan ke kawasan di bawah pimpinan masing-masing di negara ini.

“Siapa pun pemimpin yang membawa pembangunan itu, samada Ahli Parlimen, Adun atau pegawai-pegawai kerajaan ianya adalah pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan BN,” katanya ketika merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg Ulu Klias, Beaufort, baru-baru ini.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Beaufort, Jufri Etok; Ketua Daerah Dun Klias, Wong Samie; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Klias Kecil/Manalan, Dualy Rusdi dan pengerusi penganjur Moktar Maslin.

Azizah yang juga Adun Klias berkata pemimpin masyarakat dan pemimpin badan-badan sukarela hendaklah mempunyai semangat muafakat bagi memasti pembangunan di kampung dapat dilaksanakan dengan baik dan menepati keperluan penduduk.

“Saya amat berharap semua pemimpin di sini samada pemimpin masyarakat, Ngo dan pemimpin belia hendaklah sentiasa bekerjasama dalam apa jua program kerana hanya dengan semanagat maufakat satu-satu perancangan itu dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang,” katanya sambil mengingatkan agar penduduk memberi sokongan padu dalam setiap program yang dilaksanakan oleh pemimpin mereka.

“Penduduk juga perlu menyokong usaha pemimpin mereka dengan memberi kerjasama dan lontaran idea dalam menjayakan satu-satu program yang telah dirancang,” katanya.

Pada majlis itu Azizah yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort telah merasmikan gelanggang takraw Kg Ulu Klias dan menyempurnakan balingan bola takraw sebagai simbolik perasmian Pertandingan Sepaktakraw yang diadakan sempena majlis itu.

Selain itu beliau juga menyampaikan hadiah kepada pemenang dan menyerahkan bantuan peralatan sukan kepada belia kampung itu.

Seramai 32 penduduk pula menerima bantuan beras dan keawangan terdiri daripada warga emas, keluarga kurang mampu, ibu tunggal dan anak yatim.

LAMBUNG......Azizah melambung bola takraw kepada tekong sebagai simbolik perasmian pertandingan sepak takraw Kg Ulu Klias, Beaufort.

TERIMA......Wakil belia kelihatan gembira menerima sumbangan daripada Azizah.

47 comments:

  1. Developments are a government's responsibility and duty to its people, hope that they will continue to do their best for the state.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan sentiasa menunaikan tanggungjawabnya untuk membangunkan negeri sabah.

      Delete
    2. usaha harus dibuat berterusan untuk melaksanakan pembangunan.

      Delete
  2. Cooperation between the government and the people are needed to ensure that all efforts for developments are done smoothly.

    ReplyDelete
    Replies
    1. not only that, there must be a constant communication between the government and the people in order to gage the people's need as well as the difficulties.

      Delete
    2. Couldn't agree anymore. I'm sure the govt is aware with that matter and doing their best to achieve it.

      Delete
    3. ya...kerjasama dari rakyat juga perlu untuk membantu kerajaan mengenal pasti bentuk pembangunan yang perlu di sesuatu kawasan..

      Delete
    4. semua pihak harus bekerjasama untuk melaksanakan pembangunan.

      Delete
  3. mmg menjadi peranan kerajaan memberi bantuan kepada rakyatnya terutama pada mereka yang amat memerlukannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ianya adalah tanggungjawab kerajaan...jika kerajaan sekarang mengabaikan tanggungjawab ini, sudah pasti rakyat memilih pihak lain..tapi sehingga sekarang, rakyat tetap memilih kerajaan BN disebabkan BN melakukan tanggungjawab ini dengan baik..

      Delete
    2. kerajaan harus sentiasa berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

      Delete
  4. segala bantuan yang diberikan oleh kerajaan harus kita hargai.

    ReplyDelete
  5. The collective role of the government that has brought the current state of development that is being enjoyed by the people.

    ReplyDelete
  6. Government is aware and concerned and open to listen to problems faced by the people

    ReplyDelete
    Replies
    1. responsibility of BN leaders towards listening to problems faced by the people and efforts to resolve them is not seasonal but rather a continuous process

      Delete
  7. BN was concerned, every promise made to the people would be fulfilled

    ReplyDelete
    Replies
    1. if can't fulfilled the promise, just stop giving promise to the rakyat.

      Delete
  8. Development only happens when there is a good planning.

    ReplyDelete
    Replies
    1. True. And also when the development is free from corruption.

      Delete
  9. Setuju Jason. Tak kisahlah siapapun yang handle asalkan bijak buat plan pasti semuanya OK:)

    ReplyDelete
  10. Walaupun saya rasa apa yg si Azizah cakap ni macam mengampu, namun tak dinafikan ada juga kebenaran kata-katanya:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat yang bayar cukai pun penyumbang kepada sumber pendapatan negara.

      Delete
  11. Memang sudah jadi t/jawab kerajaan utk bantu rakyat. Justeru setiap bantuan yang dihulurkan haruslah dihargai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, apa yang kerajaan buat adalah untuk kepentingan rakyat juga.

      Delete
  12. Biarpun masih banyak kekurangan, namun saya yakin Sabah pasti akan terus membangun dari semasa ke semasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangunan bukan dibuat dalam masa sehari. Ianya proses yang berterusan.

      Delete
    2. semoga peruntukan pembangunan akan terus disalurkan kepada Sabah.

      Delete
  13. Selebihnya terpulanglah pada setiap individu utk menilai hal2 sebegini.

    ReplyDelete
  14. its the government responsibility towards the people to make sure that the state is well developed. So far, Sabah is seen to be more developed than it was few years ago.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun kerajaan dihentam, tipulah kalau langsung tiada pembangunan di Sabah ni..

      Delete
    2. that is a good progress. we hope to get our right too.

      Delete
  15. Hopefully by 2020, sabah will be known as one of the richest and well developed state in malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. that is our hope. let the PATI kicked out from Sabah!

      Delete
  16. Itu sudah semestinyan. Pemimpin hanya melaksanakan tugas mereka untuk membantu rakyat dengan pelbagai sumbangan dari Kerajaan.

    ReplyDelete
  17. Kita percaya pemimpin yang ada sekarang ini menjalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Pilihlah pemimpin yang benar-benar mampu memberikan yang terbaik.

    ReplyDelete
  18. Kerajaan BN telah banyak membantu rakyat Sabah.Harap selepas ini akan lebih banyak pembangunan yang akan di buat.

    ReplyDelete
  19. namun tanpa pemimpin2 yang mewakili kawasan2 tertentu di negeri ini, pembangunan yang di bawa oleh kerajaan itu tidak akan sampai dibanyak kawasan di negeri ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemimpin juga harus sentiasa berusaha untuk melaksanakan pembngunan di kawasannya.

      Delete
  20. saya harap kerajaan akan sentiasa bersedia menyalurkan lebih banyak pembangunan di negeri ini bukan sahaja atas desakkan ahli parlimen atau adun, malah atas desakan rakyat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...bukan itu saja, malah kerajaan juga harus mendengar suara rakyat berhubung masalah yang dihadapi..antaranya ialah PATI/PATAI yang berkeliaran di sabah dan tuntutan RCI..

      Delete
  21. maka para wakil rakyat harus melakukan tugas mereka dengan sentiasa turun padang untuk melihat dan mendengar masalah rakyat agar dapat disampaikan kepada kerajaan untuk diselesaikan..kalau wakil rakyat bersikap 'tidur' memang patut rakyat memilih calon lain..

    ReplyDelete
  22. Semua perlu berusaha bukan kerajaan sahaja.

    ReplyDelete
  23. Projek pembangunan harus berterusan juga.

    ReplyDelete
  24. Harus berterima kasih sumbangan dan usaha WR kepada rakyat. Jika sering mempertikaikan, motivasi juga semakin berkurangan.

    ReplyDelete
  25. Seharus membuka satu forum supaya rakyat boleh bersuara masalah yang mereka hadapi. Saluran tersebut memainkan peranan yang penting antara WR & rakyat.

    ReplyDelete
  26. Pembangunan Sabah adalah tanggung jawab kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  27. semoga Sabah akan menjadi lebih membangun pada masa akan datang.

    ReplyDelete