Friday 17 February 2012

PEMIMPIN AKAR UMBI BN SERTAI STAR



UPKO....Damcha Ismail, Pegawai Penerangan UPKO Kinabatangan menyerahkan borang keahlian STAR kepada James Ait, Ahli Jawatankuasa Negeri STAR Sabah.

TIMBALAN 1 Ketua Pemuda PBS Kinabatangan, Lius Meliton, hari ini telah mengambil keputusan untuk meninggalkan PBS dan menyertai STAR. Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada James Ait dalam satu upacara sederhana selepas mesyuarat persediaan pelancaran parti STAR peringkat Kinabatangan.

"Saya telah kehilangan keyakinan kepada kerajaan Barisan Nasional yang dikuasai UMNO. Kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO gagal melaksanakan tanggung jawabnya terhadap rakyat.

"Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk mempengerusi tuntutan NCR di kawasan Minusuh, saya merasa terbeban untuk memperjuangkan hak NCR bangsa kita. Parti-parti tempatan dalam BN gagal memperjuangkan hak Orang Asal walau pun mereka tahu, bahawa rakyatlah yang memilih mereka menjadi pemimpin. Parti STAR sedang dalam perjuangan itu, sebab itu saya memilih untuk berjuang melalui parti STAR," ujar Lius.

Turut mengambil keputusan menyertai parti STAR ialah beberapa orang pemimpin akar umbi parti dari PBS, PKR dan UPKO.

Mereka ialah ahli UMNO Atee Jumpi; Pegawai Penerangan UPKO Kinabatangan Damcha Ismail; mantan Ketua Ranting PKR Linayukan Jomisol Samun; Timbalan Bendahari PBS Kinabatangan Maljum Harun dan Mohd Daud @ Dius Pipil, seorang Ketua Cawangan.

James Ait berkata STAR dan beliau sendiri mengalu-alukan penyertaan pemimpin akar umbi berkenaan dan berharap lebih ramai Orang Asal akan menyertai STAR yang dipimpin oleh Datu Dr Jeffrey Kitingan.

PBS.... Lius Meliton, Timbalan 1 Pemuda Bahagian PBS Kinabatangan menyerahkan borang keahlian STAR kepada James Ait.

CAWANGAN.... Mohd. Daud @ Dius Bin Pipil, Ketua Cawangan PBS Kg. Tanjung Bulat, Sinar Jaya Kinabatangan menyerahkan borang keahlian STAR kepada James Ait.

UMNO...Atee Jampi, Ahli UMNO Kinabatangan daripada Kg. Entilibon Asal, menyerahkan borang keahlian STAR kepada James Ait.

BENDAHARI....Maljum Harun, Timbalan Ketua Bendahari PBS Kinabatangan, menyerahkan borang keahlian STAR kepada James Ait.

PKR....Jomisol Samun, bekas Ketua Ranting PKR Kuamut Kinabatangan, menyerahkan borang keahlian STAR kepada James Ait.

12 comments:

  1. There is no stopping any one who wanted out from the party or hop from one party to another.

    ReplyDelete
  2. Currently there is no laws preventing any members from jumping parties, but is it okay to let them come and go as they like? Maybe there should be some enforcement that prevent them to hop out or hop in without control.

    ReplyDelete
    Replies
    1. indeed. This is a democracy ang not a totalitarian nation after all

      Delete
  3. Its seems that STAR is gaining momentum

    ReplyDelete
  4. makin ramai jg sertai Star.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keahlian boleh datang dan pergi. STAR masih perlu untuk menimba banyak pengalaman di Sabah.

      Delete
  5. tapi ia tak bermakna yang Star menjadi pilihan rakyat Sabah kerana laluan star masih jauh lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang perlu dilakukan oleh STAR ialah membuktikan keupayaan mereka untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah. jika gagal berbuat demikian, tidak mustahil ada ahli STAR yang juga kan lompat parti di kemudian hari.

      Delete
  6. Nampaknya STAR cuba untuk menarik perhatian dengan memberikan pendaftaran baru sebagai tarikan mereka.

    ReplyDelete
  7. Tapi bagi saya, saya masih meragui kemampuan STAR, tapi tengok saja la pencapai STAR pada PRU13.

    ReplyDelete
  8. siapa yang menggerakkan PBS kalau bukan pemimpin2 akar umbinya?? jadi kegagalan PBS dalam memperjuangkan hak2 orang Sabah adalah juga kegagalan pemimpin2 akar umbi dalam memperjuangkan hak2 orang Sabah..

    ReplyDelete
  9. STAR tidak sepatutnya menerima pemimpin2 yang telah gagal berjuang untu rakyat Sabah.. terlalu mudah pemimpin2 ini meletakkan kegagalan mereka kepada parti sedangkan bukan parti yang bekerja untuk rakyat..

    ReplyDelete