Saturday 11 February 2012

PEMIMPIN PENYELESAI MASALAH



Oleh : ABU BAKAR ESAH

SESEORANG yang bergelar pemimpin, mestilah mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dan bukannya menjadi orang yang menimbulkan masalah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata seorang pemimpin mestilah berkecenderungan memikirkan pelbagai kaedah untuk membawa pembangunan dan bantuan yang disalurkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menepati keperluan.

“Inilah sebenarnya tanggungjawab pemimpin iaitu menyelesai masalah dan sentiasa ingin memperbaiki keadaan tetapi bukannya menimbulkan masalah kerana ianya akan menjejaskan kebajikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan dengan Pengerusi-pengerusi JKKK dan Ketua Kampung serta Ketua Masyarakat China kawasan Montenior di sini, kelmarin.

Hadir sama Ketua Daerah, Wong Samie, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Saidin Musih dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO), Amsir Dani.

Azizah yang juga Adun Klias berkata pemimpin mestilah memperkukuhkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan dengan memberi penerangan yang jelas terhadap program kerajaan BN bagi menghindarkan rakyat dikelirukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Sebagai pemimpin kerajaan BN, adalah menjadi tanggungjawab utama kita untuk mempertahankan BN. Lantaran itu berilah penerangan yang jelas kepada rakyat mengenai kebaikan dan pembangunan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan BN, agar rakyat tidak mudah terkeliru. ” katanya.

Beliau berkata, sikap dan kata-kata pemimpin BN mestilah menggambarkan Kerajaan BN.

“Sebagai pemimpin BN jangan sekali-kali memburuk-burukkan kerajaan. Setiap masalah perlu disampaikan kepada kerajaan bukan mengeluarkan kata-kata kutukan,” katanya.

Azizah juga berharap agar pemimpin jangan membuang masa dengan isu-isu remeh dan tidak berfaedah seperti isu calon pilihanraya kerana ianya bukan tanggungjawab pemimpin masyarakat peringkat akar umbi.

“Saya juga ingin menyeru agar semua pemimpin BN bersatu padu untuk menjaga kepentingan kerajaan BN. Jangan mahu dijadikan alat untuk memecah belahkan BN,” katanya sambil mentuh keyakinan yakin BN akan terus memerintah di negara dan negeri ini.

Beliau juga memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan khas Sentuhan Kasih sebanyak RM500,000.00 kepada setiap Adun.

“Ini membuktikan kemampuan Kerajaaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman. Justeru itu saya berharap agar semua pemimpin akar umbi proaktif mengenal pasti bantuan yang diperlukan penduduk,” katanya sambil memberitahu Dun Klias akan membelanjakan kira-kira RM100,000 sebulan daripada peruntukan itu bagi membantu rakyat yang memerlukan.

13 comments:

  1. Hopefully all leaders on the ground will take note of this.

    ReplyDelete
  2. This is the role of the leader to take on the responsibility and find solution to the people plight as well as to meet aspiration of the people

    ReplyDelete
  3. It's a leaders responsibility to listen to the people's plight and help them resolve their problems in the best way possible.

    ReplyDelete
  4. The Sentuhan Kasih allocations for each ADUN should be used to help the people, make sure that the allocations are spend in the right way.

    ReplyDelete
  5. pemimpin kenalah selalu turun padang untuk mendengar permasalahan rakyat. bukan hanya mengikut musim atau tempoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. para pemimpin harus melaksanakan tugas dan peranan mereka dgn baik.

      Delete
  6. mmg menjadi peranan pemimpin dalam membantu rakyat dan selesaikan masalah rakyat.

    ReplyDelete
  7. Pemimpin perlulah memahami bahawa mereka adalah pemikul amanah kerajaan untuk membantu dan menjaga kepentingan rakyat

    ReplyDelete
  8. Pemimpin juga harus berusaha menunaikan janji2 yang telah dijanjikan.

    ReplyDelete
  9. Pemimpin sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan seharusnya melakukan kerja dengan baik. Kerana pemimpin adalah wakil untuk kerajaan membantu rakyat.

    ReplyDelete
  10. pemimpin yang menimbulkan masalah bukan sahaja menjejaskan kebajikan rakyat, malah menjejaskan imej kerajaan dan juga parti yang diwakilinya..

    ReplyDelete
  11. Azizah sememangnya layak menasihati pemimpin2 lain berkenaan dengan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin masyarakat.. kerana beliau telah menunjukkan teladan yang baik sebagai seorang wakil rakyat..

    ReplyDelete
  12. Nama pun pemimpin, maka individu ini yang bertanggungjawab untuk memastikan keadaan terkawal.

    ReplyDelete