Wednesday 8 February 2012

PENAHANAN HILMI, KENAPA GELABAH?



Oleh : AZMAN ARIFFIN

JARANG atau tidak pernah rasanya Sekretariat Media Pejabat Menteri Besar Selangor mengeluarkan kenyataan yang tidak berkaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri dan Menteri Besar sendiri.

Dah namanya Sekretariat Media Pejabat Menteri Besar Selangor, sudah tentulah ia berkenaan dengan kerajaan negeri dan pentadbirannya.

Tapi dalam hal penahanan seorang lelaki bernama ‘Azmin Hilmi’ kerana memalsukan pelbagai dokumen kerakyatan Indonesia dan tinggal lebih masa, Sekretariat Media Pejabat Menteri Besar mengeluarkan kenyataan yang antara lain berbunyi:-

“Kerajaan Selangor akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran negeri.

“Perkara ini juga akan dibawa ke mesyuarat biro politik PKR pada Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera,” katanya kenyataan itu.

“Kerajaan negeri juga berpendirian cubaan menyalahguna isu itu bagi mempertikaikan kredibiliti seseorang individu adalah tidak beretika.

‘Azmin Hilmi’ ialah lelaki yang dikaitkan dengan penyebaran gambar-gambar peribadi Exco Kerajaan Selangor, YB Elizabeth Wong pada tahun 2009 dan sekarang masih menjadi buruan polis kerana kes tersebut.

Persoalan penulis ialah, kenapa dan apa kaitan Kerajaan Negeri Selangor dalam hal penahanan Hilmi sehingga Pejabat Menteri Besar mengeluarkan kenyataan sedemikian?

Hasil dari penyelidikan penulis, tidak kurang 6 blog pro UMNO yang menuduh ‘Azmin Hilmi’ menetap di Indonesia atas pembiayaan PKR bagi mengelakkan kesnya itu menjejaskan PKR.

Sudah tentu apabila disebut ‘pembiayaan PKR”, maka ia akan juga membabitkan kerajaan Selangor kerana PKR adalah parti yang menguasai Selangor dan Exco terlibat juga dari Selangor.

Tuduhan ini pula berdasarkan sumber yang memetik kenyataan ‘Azmin Hilmi’ kepada pihak berkuasa Indonesia.

Apabila Pejabat Menteri Besar Selangor mengeluarkan kenyataan di atas, ia seolah-olah membenarkan persepsi bahawa dakwaan sedemikian ada kebenarannya!!

Penulis tidak nampak kewajarannya untuk Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor mengeluarkan kenyataan sedemikian yang boleh ditafsirkan bahawa dakwaan ‘Azmin Hilmi’ yang kehidupannya di Indonesia adalah dengan pembiayaan PKR itu adalah benar!!

Pada penulis, kes ini adalah kes polis Indonesia dan Malaysia, maka biar sahajalah polis yang menyiasatnya. Yang kita tiba-tiba kelihatan mengelabah tidak tentu pasal kenapa pula?

Lagipun kes ini adalah kes individu yang tidak melibatkan kerajaan Selangor secara langsung. Memanglah yang terlibat salah seorang anggota Exco Selangor, tapi ia adalah kes peribadi yang telah diakui sendiri oleh Exco terbabit.

Berkenaan dakwaan bahawa PKR yang membiayai kehidupan lelaki itu di Indonesia seperti yang dilaporkan media Indonesia, penulis beranggapan sesiapa sahaja boleh membuat dakwaan tapi kebenarannya belum tentu lagi.

Sewajarnyalah Sekretariat Media Pejabat Menteri Besar Selangor lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan di masa hadapan bagi mengelakkan salah faham berterusan yang boleh menjejaskan parti untuk jangka masa panjang.

8 comments:

  1. Betulkah dakwaan ini bahawa PKR membiayi lelaki ini untuk melakukan semua itu? Harap penyiasatan lanjut mengenai isu ini akan dijalankan.

    ReplyDelete
  2. Harap dakwaan ini akan dijelaskan oleh pihak yang terbabit supaya mana-mana salah faham yang ada akan dihentikan.

    ReplyDelete
  3. hal Azmin Hilmi tidak ada kaitan dgn pentadbiran negeri Selangor, harus tumpukan pada isu yang lebih penting.

    ReplyDelete
  4. Kalau ada agenda tersendiri macam2 boleh jadi

    ReplyDelete
  5. lebih baik siasatan lebih lanjut dijalankan ke atas Azmin untuk memastikan tuduhan tersebut benar atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  6. Sudah mula kedengaran yang kurang elok dengan Kerajaan Negeri Selangor yang berbangga selama ini dengan pengurusan yang bersih dan adil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mustahil betullah jika pentadbiran mereka itu bersih 100%.

      Delete
  7. adakah kenyataan Sekretariat Media Pejabat Menteri Besar Selangor itu mempunyai unsur2 penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan parti PKR??

    ReplyDelete