Wednesday 1 February 2012

PENANTIAN 12 TAHUN BEGITU BERMAKNA



PETIK.....Azizah memetik suis elektrik sebagai tanda perasmian penyambungan bekalan elektik di SAR Kg Klias Baru, Beaufort sambil disaksikan Nurhain (dua kiri).

Oleh : ABU BAKARESAH

PENANTIAN selama 12 tahun Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kg Klias Baru, Beaufort untuk mendapatkan bekalan elektrik berakhir apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias, Datuk Azizah Mohd Dun bermurah hati menyediakan penyambungan bekalan elektrik ke sekolah itu.

Guru Besar SAR Kg Klias Baru, Nurhain Mallin yang berterima kasih atas bantuan itu berkata dengan adanya bekalan elektrik ke sekolah itu ianya akan memberi keselesaan belajar kepada murid-murid, di samping pihak sekolah dapat meningkatkan sistem pembelajaran.

“Pada hari ini sekolah ini telah mendapat bekalan elektrik selepas 12 tahun menanti. Bagi pihak sekolah saya amat bersyukur dan mengucapkan terima kasih atas perhatian dan keprihatinan Datuk Azizah sebagai wakil rakyat yang sentiasa memahami keperluan kami di sini,” katanya selepas menyaksikan Azizah memetik suis simbolik perasmian bekalan elektrik di sekolah itu, baru-baru ini.

Azizah yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah turut menyumbangkan bantuan kewangan sebanyak RM3,000.000 dan sebuah mesin rumput untuk kegunaan sekolah itu.

SUMBANG.....Azizah menyampaikan sumbangan mesin rumput kepada Nurhain bagi pihak SAR Kg Klias Baru, Beaufort.

36 comments:

  1. After 12 years of waiting, the students in SAR finally can enjoy electricity supply.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes indeed....it is definitely worth the wait.

      Delete
    2. ini pastinya amat bermakna dan dihargai.

      Delete
  2. Hope that the People's representative and the government will continue to help improve the infrastructure and facilities in the rural areas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. they must because its their responsibility towards the people.

      Delete
    2. itu sudah semestinya sebab ianya adalah tanggungjawab utama sesebuah kerajaan.

      Delete
    3. semoga kerajaan akan terus berusaha untuk memenuhi keperluan rakyat.

      Delete
  3. begitu lama juga mereka menanti ia disalurkan, akhirnya penantian mereka berakhir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berterima kasih dengan bantuan ini. Tapi penantian 12 tahun itu agak lama. Kerajaan dan pemimpin Sabah kena lebih proaktif.

      Delete
    2. syukurlah walaupun lambat tapi akhirnya dapat juga mereka merasai bekalan elektrik.

      Delete
    3. penantian mereka berakhir, ini pasti melegakan mereka kerana sudah lama menanti.

      Delete
  4. mana2 kawasan lain yang belum mendapat bekalan juga harus disalurkan bekalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan keluasan Sabah yang besar dan kedudukan geografinya..penyediaan bekalan elektrik ke semua tempat akan mengambil masa.

      Delete
    2. tapi sekurang2nya usaha berterusan akan dilakukan untuk menyalurkan bekalan elektrik ke semua kawasan di Sabah.

      Delete
    3. kerajaan akan menyalurkannya...ianya adalah salah satu dalam NKRA..

      Delete
    4. usaha harus sentiasa dibuat untuk menyediakan bekalan elektrik ke kawasan yang belum menikmati kemudahan tersebut.

      Delete
  5. Finally with the electric supply being connected to the school, the students will now have a much more conducive learning environment.

    ReplyDelete
  6. Hmmm, why only after 12 years the electricity supply are being connected???what took them so long??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian bagi mereka yang masih dalam penantian untuk menunggu bantuan tiba ke tempat mereka.

      Delete
    2. its better than the people in Kelantan who wait more than 20 years to have clean water.. but until now, there is no action taken by they state govt to solve the problem..

      Delete
    3. hanya pihak berkenaan saja yang tahu sebab sebenar..apa2 pun yang penting ianya telah selesai..

      Delete
  7. But i'm glad that after the long wait, the school finally have electric supply.

    ReplyDelete
  8. Akhirnya penantian mereka berbaloi dengan adanya bekalan elektrik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 tempat2 lain yang memerlukan kemudahan asas sebegini juga dapat perhatian sewajarnya. Saya yakin masih banyak tempat yang kekurangan bekalan elektrik serta kemudahan2 yg lain.

      Delete
  9. Terima kasih dengan pemberian tersebut. Terima kasih kepada kerajaan harap banyak tempat lagi yang akan menerima kemudahan seperiti ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi tempat yang memerlukan bekalan tenaga elektrik di kawasan luar bandar dan pedalaman..diharap keperluan ini akan segera disalurkan ke kawasan2 tersebut..

      Delete
  10. syabas kepada Datuk Azizah.. saya harap penjanaan elektrik di sekolah ini bukan dari bateri asid plumbum..

    ReplyDelete
  11. lama juga penantian mereka ini...seharusnya isu seperti ini diselesaikan dengan segera..tidak perlu menunggu hingga 12 tahun...diharap pihak berkuasa ambil perhatian tentang perkara seperti ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/pun lama, namun saya yakin ramai juga yang gembira kerana dapat bekalan elektrik. Tapi saya juga setuju, hal sebegini perlu diberi perhatian supaya rakyat tidak dibiarkan menanti terlalu lama.

      Delete
  12. Replies
    1. Yup. Semoga dengan adanya kemudahan elektrik sistem pembelajaran dan pengajaran akan lebih lancar.

      Delete
  13. tahniah..teruskan usaha seperti ini untuk memenuhi keperluan rakyat.

    ReplyDelete
  14. Baguslah tu... Syukur juga ada hasil:P hehehhee

    ReplyDelete
  15. Selepas ni teruskan usaha membantu rakyat dan mengurangkan beban mereka. Lengkapi keperluan rakyat supaya rakyat dapat hidup dengan lebih selesa.

    ReplyDelete