Wednesday 15 February 2012

PENDIRIAN NIK AZIZ DIKECAM



Oleh : AZMAN ARIFFIN

PENULIS hilang kata-bila dimaklumkan bahawa Majlis Syura Ulama sebagai badan tertinggi dalam PAS, mengutus surat penjelasan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya untuk melindungi keselamatan Israel yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (TWSJ) pada Januari.

Penulis kurang pasti apa yang berlaku sepanjang masa dari sejak temubual itu diadakan sehingga Majlis Syura Ulama mengadakan mesyuarat semalam, tidakkah ada seorang pun kepimpinan tinggi PAS yang meluangkan sedikit masa bertanyakan hal sebenar berhubung kenyataan tersebut dengan Anwar sendiri?

Walaupun surat tersebut tidak ada signifikan dari segi Pakatan Rakyat itu sendiri, tetapi dari sudut moral dan politiknya, ia melambangkan kewujudan perpecahan dalaman yang serius sedang berlaku dalam Pakatan Rakyatnya.

Satu hal yang lain, penulis tidak nampak keperluan PAS memberikan altimatum kepada Anwar, sama ada menarik balik kenyataan tersebut atau menyaman TWSJ jka akhbar tersebut telah memutar belitkan kenyataannya.

Membincangkan soal Anwar di dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama itu sendiri pun sudah agak keterlaluan (Anwar bukan ahli PAS), apatah lagi mengutuskan surat dan memaksa beliau untuk membuat pilihan mana yang perlu diikutinya.

Kelihatan Majlis Syura Ulama menari mengikut rentak putar belit yang gendangnya dipalu UMNO berhubung dengan perkara tersebut. Penulis sudah sebutkan bahawa kenyataan Anwar itu perlu dilihat dari konteks yang betul, iaitu berkaitan dengan konsep Penyelesaian Dua Negara yang diterima semua negara-negara Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sendiri!

Penulis sedar PAS sedang terdesak untuk turut sama bersetuju dalam hal ini dengan Anwar kerana isu Israel ini dijadikan perkara yang terlalu sensitif pada satu masa untuk menentang UMNO dan BN terutama pada dekat 80-an dan 90-an. Hakikatnya banyak perkara telah berubah sejak itu dengan lebih banyak negara Islam kini mengiktiraf kewujudan negara Yahudi tersebut.

Mesir yang pernah berperang dengan Israel itu pun telah menjalinkan hubungan diplomatik lebih 30 tahun dengan Israel dan banyak membantu negara itu menyekat bekalan senjata yang cuba dihantar kepada pejuang Palestin.

PAS perlu sedar, permusuhan tidak akan menyelesaikan perbalahan yang wujud sekian lama dalam konflik Israel-Palestin. Datuk Seri Anwar sebagai seorang tokoh Islam yang pandangannya diterima banyak pihak di kalangan dunia Arab, menggunakan pendekatan diplomasi yang sama kerana matlamat utamanya ialah kewujudan negara Palestin itu sendiri.

Penulis dapat merasakan bahawa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, telah diberi maklumat yang salah berhubung dengan pandangan ini sehingga membawa kepada keputusan itu.

Penulis juga kesal kerana Nik Aziz tidak menggunakan pertimbangan yang betul sebelum membuat keputusan demikan, di samping masih lagi menggunakan media UMNO seperti Utusan Malaysia untuk menyatakan pendirian parti.

Untuk dua perkara ini sahaja Nik Aziz, Majlis Syura Ulama dan Pas sendiri sudah sewajarnya diberikan surat tunjuk sebab oleh kepimpinan Pakatan Rakyat sendiri.

Ada masanya penulis tidak faham kenapa Nik Aziz tidak menggunakan pendekatan biasa dalam mendapatkan penjelasan dari Anwar? Penulis rasa cukup dengan berbisik di telinga masing-masing pun semua kekeliruan dapat diurai. Tidak perlulah surat-surat semua ini pun.

12 comments:

  1. Namun begitu, Anwar masih perlulah menjelaskan kenyataan beliau bahawa PKR menyokong Israel itu.

    ReplyDelete
  2. Ini memberikan imej bahawa parti komponen dalam PR tidak mampu menyelesaikan ketidaksefahaman mereka dengan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PR memang tiada kesatuan dalam parti mereka.

      Delete
  3. This shows that the components within pakatan rakyat are not on the same page regarding this issue.

    ReplyDelete
  4. Not only that, the same can be said regarding the oil royalty issues.

    ReplyDelete
  5. so with this fractions going on, how can they take over Putrajaya?

    ReplyDelete
  6. Nik Aziz sendiri tidak setuju dgn kenyataan Anwar, Anwar kena perjelaskan hal ini.

    ReplyDelete
  7. Akhirnya Nik Aziz bersuara dengan hal tu

    ReplyDelete
  8. Apa kata PAS?? Ramai yang menanti jawapan dari ulama Islam PAS sendiri. Adakah sudah kaku untuk menegakkan kebenaran atau pun bersubahat dengan Anwar?

    ReplyDelete
  9. kenyataan pemimpin PAS itu ditujukan kepada Anwar, kenapa bukan Anwar saja yang jawab?? kenapa perlu penulis sibuk membela Anwar??

    ReplyDelete
  10. Anwar sebagai Ketua Umum Pakatan tidak semestinya apa sahaja yang beliau katakan itu WAJIB dipersetujui oleh penyokong dan pemimpin2 bawahannya..

    ReplyDelete
  11. Bawa masalah parti ke meja rundingan. Bukan menyelar mana2 individu dalam mana2 ucapan.

    ReplyDelete