Friday 17 February 2012

PENERBANGAN EHSAN TUDM SELAMATKAN BAYI



USUNG.....Anggota TUDM sedang mengusung masuk bayi yang terkena jangkitan itu ke dalam pesawat.

Oleh : RUZAINI ZULKIFLI

SATU penerbangan ehsan menggunakan Charlie dilakukan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam usaha menyelamat nyawa seorang bayi berusia 10 hari yang mengalami jangkitan kuman pada darah.

Pegawai Pediatrik Hospital Labuan, Dr Satzalina Safar berkata, Adlie Fairuz yang lahir pada 4 Februari lalu terpaksa diterbangkan dari hospital itu ke sini bagi mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas.

Katanya, bayi lelaki itu yang diterbangkan bersama ibunya, Rahima Ahmad, mula mengalami jangkitan kuman sejak dua hari lepas, bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan diletakkan dalam inkubator.

“Bayi yang berada dalam keadaan stabil telah diterbangkan dari Labuan pada jam 8.10 pagi dan tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 8.30 pagi,” katanya yang ditemui di sini.

Menurutnya, kes seumpama itu kebiasaannya memungkinkan Adlie ditahan lama di wad bagi mendapatkan rawatan lanjut, ekoran bayi itu juga lahir tidak cukup bulan.

Jelasnya, Adlie sekurang-kurangnya perlu mencapai berat sehingga 1.7 kilogram dan sihat sepenuhnya daripada jangkitan kuman itu sebelum dibenarkan keluar dari wad.

Dalam pada itu, Rahima mengucapkan terima kasih kepada pihak TUDM kerana sudi melakukan penerbangan ehsan membawa dia dan bayinya ke Kota Kinabalu.

Katanya, bayi yang kini menghidap jangkitan kuman itu hanya mempunyai berat 900 gram pada Khamis lalu, turun sebanyak 200 gram berbanding pada tarikh kelahirannya.

“Dalam keadaan yang terdesak ini, TUDM sudi menghulurkan bantuan kepada saya sekeluarga bagi menerbangkan bayi sulung saya ini dengan kadar segera ke Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya (Utusan Borneo).

8 comments:

  1. Thanks to TUDM for helping the mother and child to get treatment. Good job.

    ReplyDelete
  2. Hopefully the hospital will be able to give the proper treatment for the baby's condition.

    ReplyDelete
  3. amat diharap, semoga bayi tersebut dpt diselamatkan.

    ReplyDelete
  4. Jasa baik TUDM tidak akan dilupakan.

    ReplyDelete
  5. mungkin Labuan perlu memperlengkapkan lagi perkhidmatan dan kemudahan di hospital mereka supaya tidak perlu pergi ke hospital di Sabah untuk mendapatkan rawatan.

    ReplyDelete
  6. khidmat penerbangan ehsan oleh TUDM pasti diperlukan lagi pada situasi2 kecemasan seperti ini.

    ReplyDelete
  7. syabas kepada TUDM.. namun lagi baik jika Labuan juga mempunyai hospital yang mempunyai kelengkapan bagi merawat jakitan seperti ini..

    ReplyDelete