Saturday 11 February 2012

PENGAKUAN AMIRUDIN MEMALUKAN PKR



Oleh : AZMAN ARIFFIN

ADA sebab kenapa DUN Selangor mempunyai SELCAT (Select Committee for Competancy, Accountability and Transparency) atau dalam bahasa Melayunya, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor .

Tujuan mengadakan jawatankuasa itu ialah untuk menyiasat kepincangan dan penyelewengan yang di dakwa berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri, disamping tugas-tugas hakiki yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Asas, penulis menyatakan hal di atas ialah merujuk kepada pengakuan ADUN Batu Caves hari ini bahawa memang beliau ada mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat Double Dignity Sdn Bhd untuk mendapatkan kontrak kerja-kerja pengorekan pasir daripada kerajaan negeri Selangor.

Sedangkan dalam masa yang sama beliau juga adalah salah seorang pengarah Syarikat tersebut.

Penulis tidak faham bagaimana keadaan ini berlaku. Soal Double Dignity mendapat kontrak pasir atau tidak dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bukan isu, pembunuhan Datuk Patrick juga bukan isu tapi isunya ialah kenapa Amirudin menyokong surat permohonan dari syarikat yang dia sendiri mempunyai kepentingan? Tidakkah ini secara terang dan jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa?

Hasil semakan penulis, sudah ada blog-blog pro UMNO yang menuduh Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin telah mengarahkan KSSB untuk menghapuskan semua data berkaitan dengan Double Dignity dan menghantarkannya kepada pejabat Menteri Besar.

Walaupun tidak disusuli dengan sebarang bukti, tapi persepsi masyarakat ia bukan sesuatu yang sukar dilakukan, memandangkan KSSB adalah anak syarikat kerajaan negeri sendiri!!

Malah ada juga yang menuduh PKR sedang meniru strategi sama yang diamalkan oleh UMNO dalam usaha mendapatkan dana untuk aktiviti parti dengan mengambil sebahagian percentage dari kontrak kerajaan yang diberi kepada syarikat terbabit. Semua tanggapan sedemikian boleh menjejaskan parti kalau tidak dikawal dengan baik.

Penulis dengan ini menggesa Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Kim menghadapkan Amirudin ke hadapan SELCAT dan mendapatkan penjelasannya mengenai perkara tersebut dengan secepat mungkin. Rakyat perlu diberitahu akan keadaan yang sebenar dan kerajaan negeri sendiri perlu dilihat telus dalam hal ini. Di samping mematikan semua khabar-khabar angin yang berkaitan.

Penulis tidak berani lagi mengulas mengenai ADUN Seri Muda, Mat Shuhaime Shafei kerana ia melibatkan hal yang lebih teknikal seperti rakaman perbualan telefon dan sebagainya. Walaupun namanya juga tersenarai antara pengarah Syarikat tersebut, ia bukanlah satu isu besar kerana di Selangor, hanya Exco Kerajaan Negeri sahaja yang dilarang dari memegang jawatan dalam mana-mana syarikat.

Tapi tidak salah kalau bersiap sedia dari sekarang. Ini kerana, seperti yang diterangkan Raja Petra Kamarudin (RPK) di dalam blognya, ini hanya satu permulaan, akan ada lebih banyak lagi yang datang.

9 comments:

  1. If it is true, the people have the rights to know. PKR should not try to cover up anything!

    ReplyDelete
  2. Cakap tak serupa bikin. Apa baiknya PKR ni? Sama juga amalkan rasuah.

    ReplyDelete
  3. Yang penting dia jujur ba. hehee..terang2 ada salah guna kuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau semua disiasat mesti ramai lagi yang terlibat dalam salahguna kuasa ni.

      Delete
  4. Nampaknya kerajaan Negeri Selangor dalam delima masalah.

    ReplyDelete
  5. bukti kukuh bahawa Pakatan tidak akan lari dari melakukan penyelewengan sekiranya berjaya merampas tampuk pemerintahan negara.. itu baru sebuah negeri dan projek diperingkat negeri.. bagaiman pula dengan negara dan projek2 mega negara??

    ReplyDelete
  6. mana pemimpin2 pakatan yang sebelum ini lantang memperjuangkan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan sehingga tidak henti2 menyerang Sharizat berkenaan dengan skandal NFC??? kenapa senyap bila pemimpin sendiri yang melakukan penyalahgunaan kuasa??

    ReplyDelete