Sunday 26 February 2012

PENGARAH NFCORP PECAH AMANAH



Oleh : YOW HONG CHIEH (TMI)

POLIS telah memohon kepada Peguam Negara supaya Pengarah Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) didakwa atas kesalahan pecah amanah selepas pemimpin pembangkang mendakwa sebahagian daripada RM250 juta pinjaman mudah kerajaan telah digunakan untuk tujuan lain.

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengesahkan perkara itu petang tadi kepada beberapa organisasi media.

"Kami mencadangkan Pejabat Peguam Negara supaya semua pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah," katanya kepada The Malaysian Insider.

NFCorp, yang dimiliki oleh suami dan tiga anak Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

NFC mula menjadi topik hangat setelah syarikat itu tersenarai dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010.

Shahrizat tetap menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan projek berkenaan.

Sejak itu, PKR mula membuat pendedahan berterusan terhadap skandal NFC, termasuk tuduhan penyalahgunaan dana kerajaan jutaan ringgit untuk pembelian tanah, hartanah, dan perbelanjaan tidak berkaitan dengan projek ternakan lembu tersebut.

Namun demikian, baru-baru ini berhubung dakwaan pembelian dua unit kondominium bernilai RM34 juta di Singapura, di kawasan Marina Bay Suites, anak Shahrizat, Wan Shahinur Izmir menjelaskan syarikat berkenaan telah membuat keputusan untuk menggunakan wang tersebut dalam pelaburan hartanah ketika berehat daripada aktiviti perniagaan.

Penangguhan berkenaan jelas Wan Shahinur Izmir, adalah disebabkan siasatan yang dijalankan kerajaan ke atas NFCorp.

Menurut Tony Pua, Kementerian Kewangan ketika sidang Parlimen lepas menjelaskan tiada peruntukan dalam perjanjian pinjaman itu yang membolehkan NFCorp membeli hartanah.

Awal hari ini, Pua mendedahkan perjanjian pinjaman tersebut, yang mana dakwanya membuktikan syarikat itu telah melanggar syarat perjanjian bernilai RM250 juta.

Sejak pendedahan tersebut dibuat, Shahrizat telah berhadapan dengan tuntutan meletak jawatan termasuk daripada barisan kepimpinan Umno sendiri. Namun beliau enggan melakukan tindakan sedemikian sebaliknya tetap bertegas projek itu tiada kaitan dengan dirinya.

Ketua Wanita Umno itu turut membuat permohonan cuti selama tiga minggu daripada perdana menteri apabila tuduhan rasuah dibongkar. Beliau telah menyambung semula tugasnya sebagai menteri.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Putrajaya akan melantik juru audit bebas bagi menyemak dokumen kewangan NFCorp, namun enggan mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat NFC.

11 comments:

  1. hopefully this matter will be resolved at earnest.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope that we are able to see the light at the end of this tunnel soon, the NFC scandal must be resolved before the next general elections.

      Delete
  2. proper action should follow suit to address this matter.

    ReplyDelete
  3. Whomever that was involved in this breach of contract should bear the consequences.

    ReplyDelete
  4. harap siasatan SPRM ke atas NFC segera selesai. mereka yang terlibat dan disabitkan kesalahan wajar dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau salah tetap salah juga. tiada siapa yang boleh lepas dari undang2.

      Delete
  5. projek2 seperti ini sepatutnya tidak diberikan kepada sanak saudara atau keluarga menteri di masa akan datang. banyak sangat isu yang timbul. pihak pembangkang pun tidak henti2 untuk mencari kesalahan yang boleh dikaitkan dengan kerajaan.

    ReplyDelete
  6. jika benar bersalah, kenakan tindakan segera.

    ReplyDelete
  7. adalah mustahil Shahrizat boleh bertegas mengatakan projek itu tidak ada kaitan dengan dirinya sedangkan yang terlibat itu adalah ahli keluarganya sendiri..

    ReplyDelete
  8. akur sajalah dengan keputusan siasatan pihak polis.. apa2 hal jelaskan saja di mahkamah..

    ReplyDelete
  9. Seharusnya peruntukkan yang digunakan seharusnya digunakan sebaiknya dengan apa yang dirancang dan bukannya menyalahgunakan atau melakukan perkara lain.

    ReplyDelete