Saturday 4 February 2012

PENGGUGURAN 42,025 PEMILIH TIDAK SELESAI MASALAH



TAKLIMAT.... Taufick sedang memberikan taklimat kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail mengenai perjalanan pendaftaran pemilih baru yang dijalankan oleh Biro tersebut.

Oleh : KREW SABAHKINI.NET

"PENGGUGURAN 42,025 nama pemilih yang meragukan oleh SPR sama sekali tidak boleh menyelesaikan isu pengundi hantu yang menjadi salah satu punca Bersih 2.0 dianjurkan," kata Pengerusi Biro Pendaftaran Pemilih Parti Keadilan Rakyat Sabah, Taufick Haji Ruschi di Kota Kinabalu sebentar tadi.

Beliau berkata demakian ketika mengulas pengumuman Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd.Yusof yang telah menyatakan bahawa pihak SPR mengeluarkan 42,025 nama pemilih yang meragukan.

"Jumlah pengundi yang digugurkan itu tidak menepati jumlah pengundi meragukan yang telah kami kemukakan semasa Pendengaran Awam penambahbaikan Perjalan Pilihanraya baru-baru ini," kata Taufick lagi.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Beaufort menggesa kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi mengekang kemelut pendaftaran pemilih yang kebanyakannya disertai oleh mereka yang mempunyai Kad Pengenalan yang meragukan.

"Hanya dengan penubuhan RCI dapat menyelasaikan isu ini dan kita berharap kerajaan tidak berdolak dalih mengenai cadangan penubuhan RCI ini," katanya.

Beliau menambah, jika RCI ditubuhkan kelak, kerajaan melalui RCIyang di tubuhkan itu harus memanggil beberapa orang yang ada kaitan mengenai perkara ini seperti Haji Jabar Khan Napi, Datu Akjan (Sultan Sulu), Shamsul Alang Hamsah, Andy Bandu Pilo, Tun Dr.Mahathir dan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman.

Sambil merujuk buku-buku tulisan Mutalib M.D bertajuk IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah; PENGUNDI Untuk Disewa; IC PROJEK-Agenda Tersembunyi Mahathir dan 007-Lelaki Malaysia Terakhir? telah memperincikan dengan jelas apa yang menggusarkan fikiran rakyat Sabah.

"Mutalib juga perlu dipanggil sekali lagi untuk memberikan keterangan bagi mengukuhkan hujjahnya dalam buku itu di hadapan RCI kelak dan selepas itu Kerajaan Persekutuan wajar mengadakan forum terbuka bagi rakyat Sabah menyampaikan pandangan berhubung isu yang semakin meruncing ini," kata Taufick.

No comments:

Post a Comment