Monday 20 February 2012

PENJENAYAH MEMBURU 'WHISTLEBLOWER'?



Saudara Pengarang,

KEADAAN di lokasi pembalakan YS307(2) Hutan Simpan Pinangah agak tegang dan heboh kerana semua ingin mencari angkara siapa yang membuat onar membongkar aktiviti pembalakan haram mereka.

Sila lihat cetusan rasa di wall facebook Zamirul Hamid (gambar), yang merupakan kerani besar Runlong, orang kuat Law Sie Hing @ ahieng (yang pernah di soal siasat oleh SPRM suatu ketika dahulu atas kes yang sama) di Facebooknya.

Kerja-kerja menyembunyikan bahan bukti sedang giat dijalankan pada masa ini oleh kontraktor-kontraktor yang terlibat dan aktiviti menumbang dihentikan buat sementara waktu. Semua pkerja dalam keadaan berjaga-jaga kerana sebahagian besar (90%) daripada mereka adalah pendatang asing tanpa izin dan yang memiliki dokumen/pasport yang sah hanya boleh dihitung dgan jari.

Memandangkan kebocoran maklumat ini dicurigai daripada orang dalam, maka mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan dengan mengawal gerak geri semua pekerja dan semua kereta orang kampung yang masuk untuk memburu.

Kesemua mereka ini adalah berpotensi untuk dicurigai sebagai penginitip, namun mereka masih mampu mendabik dada mengatakan hal seperti ini hanya hal biasa dan boleh diatur.

Rupanya operasi 'Tumbang Sapsai' ini direncanakan secara besar-besaran kerana mengejar masa sebelum pilihanraya akan datang ini, dikhuatiri sekiranya kerajaan BN yang sedang goyah ini tumbang, maka peluang untuk membalak secara halal/haram akan terbatas atau hilang sama sekali.

Salam Hormat,

SERENITY PINKY

No comments:

Post a Comment