Saturday 11 February 2012

POIC DAN PELANCONGAN RANGSANG EKONOMI SABAH

KERAJAAN Sabah bergantung kepada sektor kelapa sawit bagi merangsang ekonomi negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Dalam hubungan ini, beliau berkata kerajaan negeri menubuhkan Kelompok Industri Kelapa Sawit (POIC) di daerah pantai timur Lahad Datu dan Sandakan.

"Sebagai penanam utama kelapa sawit di wilayah itu, sektor berkenaan adalah antara tumpuan kami. Saya bangga menyatakan bahawa POIC semakin menarik pelabur, dari Malaysia dan luar negara," katanya dalam ucapan pada jamuan malam Aseansai Supreme Audit Institution, di sini Jumaat malam.

Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata Sabah juga memberi tumpuan terhadap pembuatan untuk mempelbagaikan ekonomi.

"Satu lagi bidang utama ekonomi ialah pelancongan, terutama pelancongan berasaskan alam sekitar. Saya gembira kerana ketibaan pelancong ke Sabah meningkat sebanyak 13.6 peratus kepada 2.84 juta pada 2011 berbanding tahun sebelumnya.

"Sejak 2003, Agenda Pembangunan Negeri dipacu oleh pertanian, pelancongan dan pembuatan, dan kami mula melihat hasil pelan jangka panjang ini," katanya.

Musa berkata ekonomi Sabah sebelum ini begantung kepada perolehan daripada balak, namun ini tidak berlaku lagi pada masa ini memandangkan kerajaan negeri sudah mengamalkan pengurusan hutan lestari yang melindungi ekosistem alam semula jadi.

"Sejak sedekad lepas, kami sudah mempelabagaikan asas pendapatan dengan meneroka sumber baharu seperti kelapa sawit dan getah. Selain sektor minyak dan gas, kami juga memberi penekanan terhadap inisiatif kerajaan negeri dan persekutuan untuk menawarkan produk nilai tambah dan perkhidmatan daripada sumber-sumber ini," kata Ketua Menteri.

Musa berkata prestasi kewangan Sabah kini adalah antara yang terbaik di Malaysia.

"Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengeluarkan Sijil Bersih kepada Kerajaan Negeri Sabah atas akaun awam sejak 10 tahun berturut-turut dari 2001 hingga 2010," katanya. (BERNAMA)

12 comments:

  1. Hopefully with these combination of POIC and tourism will continue to generate growth in the economy of the state.

    ReplyDelete
  2. Hopefully the state government can maintain the financial performance of our state this year, as it did last year.

    ReplyDelete
  3. Sabah has been one of the major producers of palm oil in the country and no doubt it has contributed a significant economic growth to our state.

    ReplyDelete
  4. The Sabah state government must try to do their best to improve the tourism sector as well so that more tourist will come to Sabah.

    ReplyDelete
  5. Sabah mempunyai keluasan ladang kelapa sawit terbesar di Malaysia, ini bererti Sabah adalah pengeluar utama kelapa sawit negara dan juga asia.

    ReplyDelete
  6. Sabah jg merupakan destinasi pelancongan yang terbaik, ia adalah penyumbang kedua pendaptan negeri selepas kelapa sawit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah tidak sepatutnya memegang gelaran negeri termiskin di Malaysia memandangan begitu banyak sumber pendapatan negeri untuk membantu para penduduk.

      Delete
  7. I believe with good infrastructure facilities like water and electricity, more investors would invest in POIC hence creating more employment opportunities for locals

    ReplyDelete
  8. POIC has a 15-year master plan to develop 2,083 hectares of industrial land in Lahad Datu by 2021. In time to come, this site will be teeming with factories producing products from palm oil. Large container ships and oil tankers loaded with cargoes will be plying in and out of Lahad Datu to South-East Asian ports, Japan, Europe and America. Jetties that can handle 20,000-dwt vessels have been built and two more with four berths that can take ships of 100,000-dwt have been planned.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan terus memastikan ekonomi Negeri Sabah akan terus meningkat dari masa kesemasa. Tambahan lagi keindahan alam yang terdapat di Sabah dapat menarik pelbagaik pelancong luar untuk datang ke Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah memang kaya dengan sumber bahan mentah dan khazanah alamnya. saya yakin ekonomi Sabah akan menjadi lebih baik dan setanding dengan negeri2 lain di Malaysia.

      Delete
  10. Semoga Sabah ditadbir dengan lebih cekap dan melalui perancangan yang sistematik akan membawa kemajuan yang lebih banyak di negeri ini.

    ReplyDelete