Saturday 18 February 2012

POIC TARIK PELABURAN RM4.5 BILION

VIDEOKLIP POIC

KLUSTER Industri Minyak Sawit (POIC) telah menarik pelaburan berjumlah RM4.5 bilion sejak penubuhannya pada 2008, kata Ketua Pegawai Eksekutif POIC Sabah Sdn Bhd, Datuk Dr Pang Teck Wai, Jumaat.

"Kita juga menyaksikan tumpuan terbesar syarikat utama Malaysia dan pelaburan pada satu lokasi geografi di Sabah," beliau dipetik sebagai berkata dalam taklimatnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di ibu pejabat POIC di sini.

Selain kepantasan POIC menarik 39 pelabur, kata beliau, daya maju komersial projek milik kerajaan negeri itu baru-baru ini diakui oleh Petronas, yang melabur dalam terminal penggasan semula dan Tenaga Nasional Bhd yang membina loji kuasa 300MW yang dijadualkan mula beroperasi pada 2015.

Pang berkata sebuah pelabuhan kontena sedang dirancangkan untuk menarik pelaburan perindustrian berjumlah RM100 bilion dalam 20 tahun akan datang dan meningkatkan pendapatan per kapita penduduk Sabah.

Beliau berkata POIC berhasrat memanfaatkan lokasi geografinya dalam Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan pelabuhan laut dalam semula jadinya untuk memperluas kegiatan dengan menceburi sektor minyak dan gas, serta membangunkan sebuah hab logistik serantau. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment