Saturday 25 February 2012

POLIS DARI MALAYA PENJAJAH?

Oleh : OKK HASSNAR EBRAHIM

SAYA tertarik membaca cadangan dan ucapan Tan Sri Richard Malanjum yang disiarkan di sebuah akhbar tempatan Sabah bertajuk, 'Native Land Tribunal Proposed'; sementara satu lagi disiar di FreeMalaysia Today bertajuk, 'Crooked Court Give ‘Native Titles' To Foreigners', kedua-duanya diterbitkan pada 31 Januari 2012.


Saya juga berkesempatan membaca ulasan dan kenyataan Wakil Ketua Anak Negeri, Abdul Hamid Dulih yang disiarkan di Sabahkini.net atas tajuk 'Native Gate, Siapa Bela Lian Kee Chu?' pada 11 Februari 2012.

Cadangan menubuhkan Tribunal Tanah Anak Negeri itu telah diumumkan oleh Tan Sri Richard Malanjum ketika beliau menyampaikan ucaptamanya di 'Symposium On Sabah Native Land Rights: Issues, Challenges and The Way Forward'. Isu lebih menarik turut dibangkitkan adalah mengenai isu salahgunakuasa dan rasuah di Mahkamah Anak Negeri.

“There are citizen from Hong Kong and Taiwan who have been given the status of native (anak negeri). Judges of the native court gave them the 'Sijil Anak Negeri'. There are cases it is a fact”.

Dialih ke bahasa Malaysia, Malanjum mengatakan ada Hakim di Mahkamah Anak Negeri memberi Sijil Anak Negeri kepada Imigran dari Hong Kong dan Taiwan lalu mengiktiraf mereka sebagai Anak Negeri.

Mengulas kenyataan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak itu, Abdul Hamid Dullih pula merujuk satu kes yang telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sandakan sebagai contoh dan tanpa berselindung, mendedahkan nama pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian mahkamah itu; antaranya seorang 'lanun tanah' berbangsa Cina tetapi didakwa berjaya memindahmilik ratusan keping geran tanah 'Native Title' kepada namanya menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu.

Sebagai Mantan Ketua Daerah Sandakan, saya terpanggil membuat ulasan ini atas pelbagai sebab. Pertama isu penggunaan Sijil Anak Negeri oleh mereka yang tidak berhak seperti dibangkit oleh mereka di atas sudah berada di tahap bahaya dan boleh menyebabkan kaum Anak Negeri pupus dari bumi Sabah.

Kedua jika isu ini tidak segera ditangani, ekonomi kaum Anak Negeri yang bergantung kepada pemilikan tanah akan terjejas parah dan kesan padahnya akan pasti menimpa generasi muda Anak Negeri yang bakal mewarisi segala yang ada di bumi Sabah.

Semoga segala maklumat yang dihuraikan akan dapat membantu menyedarkan dan menjadi bahan rujukan kepada generasi muda Anak Negeri pada masa hadapan; untuk mengenal pasti siapa sebenarnya yang bertanggungjawab mengkhianati Anak Negeri dan wajib dipersalahkan.

Sebagai pembuka kata, terlebih dahulu saya menyokong kenyataan Malanjum bahawa sememangnya berlaku salahgunakuasa di kalangan sebilangan kakitangan Mahkamah Anak Negeri di Sabah. Gejala ini berlaku secara berleluasa sejak era pemerintahan Kerajaan USNO dan sehingga sekarang; tetapi tidak nampak ada usaha positif membendungnya.

Punca utama salahgunakuasa ini berlaku adalah disebabkan adanya 'Lanun-Lanun Tanah' berbangsa Cina yang menggelarkan diri mereka 'Konglomerat' dan mahu diri mereka diiktiraf sebagai Anak Negeri sanggup measuah kakitangan Mahkamah Anak Negeri.

Jika tidak, adalah mustahil seseorang Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Pegawai Daerah termasuk Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri sanggup membuat kerja-kerja tidak senonoh, jijik, khianat yang sekaligus menganiaya dan menderhaka kepada bangsa sendiri.

Berbagai kesan buruk terhasil akibat daripada perbuatan terkutuk kakitangan Mahkamah Anak Negeri berkenaan. Pertama ribuan kaum Imigran yang tidak layak tetapi diiktiraf menjadi Anak Negeri kini bukan sahaja telah menjadi taukey besar, tetapi juga menjadi pemilik berdaftar ke atas ratusan ribu ekar tanah di bawah syarat NT.

Kedua, di sebalik kejayaan dikecapi kaum Imigran, sejumlah besar ahli masyarakat kaum Anak Negeri telah dinafikan hak mereka daripada memiliki tanah yang sepatutnya hanya kaum Anak Negeri sahaja boleh miliki.

Persoalannya, jika kaum Anak Negeri hilang tanah mereka kerana perbuatan khianat beberapa kerat pegawai Mahkamah Anak Negeri yang korupsi; apakah wajar Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri atau Kakitangan Mahkamah Anak Negeri sahaja dipersalahkan?

Saya bangkitkan soalan di atas kerana apabila membincang soal Sijil Anak Negeri, wajib diketahui terdapat dua jenis Sijil Anak Negeri yang berleluasa digunakan di seluruh Sabah ketika ini.

Satu adalah sijil yang sah dikeluarkan oleh kakitangan Mahkamah Anak Negeri kepada kaum Imigran yang tidak layak. Satu lagi adalah Sijil Anak Negeri yang direka secara palsu, tetapi turut diguna dan diterima pakai oleh kakitangan Pejabat Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur sebagai sandaran untuk urusan memindahmilik tanah NT kepada kaum Imigran berkenaan. Malah jika untuk tujuan pindahmilik tanah, Surat Kuasa palsu juga diterima pakai oleh Pejabat Tanah Negeri Sabah.

Masalah penggunaan Sijil Anak Negeri Palsu adalah di luar bidang kuasa Mahkamah Anak Negeri. Agensi kerajaan yang ada 'authoriti' menangani masalah pemilikan Sijil Anak Negeri Palsu oleh kaum Imigran adalah Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Kes Guaman yang disebut oleh WKAN Abdul Hamid Dullih adalah satu contoh baik untuk dibincang. Malangnya kalau ada Sijil Anak Negeri Palsu yang diguna untuk memindahmilik tanah Anak Negeri kepada yang tidak berhak yang menjadi sasaran cacian ialah institusi Mahkamah Anak Negeri.

Sebelum menghurai dengan lebih terperinci, saya ingin memulakan bicara ini dengan menyatakan bahawa di Sabah, betapa berat sekalipun jenayah dilakukan oleh taukeh-taukeh besar Cina, mereka tidak akan didakwa; mungkin kebal oleh rasuah dan kuasa beli.

Sebagai Mantan Ketua Daerah Sandakan, saya ada menerima banyak salinan Sijil Anak Negeri yang kini dimilik dan digunapakai oleh mereka yang tidak layak. Saya akan dedahkan satu persatu sijil yang bermasalah dan sebelumnya saya sedia mengatakan anggota Polis Di Raja Malaysia yang di datangkan dari Semenanjung Malaysia adalah 'Dalang Durjana' sebenar yang bertanggungjawab memberi peluang kepada kaum Imigran ini merampas tanah Anak Negeri di Sabah.

Apa yang dinyatakan oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak itu adalah satu kenyataan yang tidak sesuai lagi dibincang secara berselindung atau sembunyi-sembunyi. Selama ini kaum anak negeri Sabah seperti berasa segan dan malu hendak membincangkan jenayah yang dilakukan oleh para taukeh yang berjaya merampas tanah-tanah mereka menggunakan dokumen yang tidak sepatutnya berada dalam pemilikan mereka.

Walhal ia adalah satu isu penting yang wajar dilindungi oleh Wakil Rakyat dan Kerajaan Negeri Sabah kerana soal hakmilik tanah adalah berkaitan dengan kehidupan kaum Anak Negeri yang sepatutnya diperjuangkan dan dipertahankan secara habis-habisan.

Membiarkan bukan Anak Negeri sewenang-wenangnya mengambil dan merampas tanah Anak Negeri secara berterusan hanya akan berkesudahan dengan kaum Anak Negeri menjadi pelarian di negeri sendiri.

Sekarang pun sudah dapat dilihat akibat perbuatan taukeh-taukeh berkenaan mengambil alih tanah Anak Negeri dengan bantuan dan perlindungan anggota PDRM; ramai kaum Anak Negeri merempat di negeri sendiri.

Jika dibiarkan berterusan dan tidak dibela, yang pasti berlaku kaum Anak Negeri akan menerima nasib serupa seperti yang menimpa masyarakat Red Indian di Amerika.

Dalam teks ucapannya, Malanjum menyentuh mengenai banyaknya kes tanah yang kini diserah kepada Mahkamah untuk diadili. Namun, apa yang tidak disentuh Malanjum, kebanyakan daripada kes tanah yang menjadi subjek pertikaian di Mahkamah di Sabah adalah berkaitan tanah yang dipindahmilik melalui taktik penipuan.

Daripada penelitian saya, hasil penipuan dilakukan oleh para taukeh berkenaan kini ada di antara mereka sudah mencapai status 'Super Rich Person' di Malaysia yang sengaja tidak dimasukkan ke dalam Majalah Forbes. Persoalannya, bagaimana perkara sebegini boleh berlaku dalam sebuah negeri yang sudah hampir 50 tahun merdeka?

Bagi memudahkan perkara yang dibincang difahami, saya mengajak saudara pembaca sekalian supaya rujuk kembali kenyataan WKAN Abdul Hamid Dullih mengenai kes pertikaian tanah antara Joseph Paulus Lantip dengan Lian Kee Chu yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Sandakan dan berdaftar melalui Suit No S 22-45 Tahun 2001. Kes ini telah pun di bicarakan dan rekod bertulisnya boleh didapati daripada Registri Mahkamah Tinggi Sandakan.

Secara ringkasnya, kes ini berkisar mengenai beberapa keping tanah yang pada mulanya telah dijual kepada Joseph Lantip. Setelah selesai kerja-kerja mengukur, geran yang disediakan di bawah syarat NT telah diambil oleh Lian Kee Chu dan terus dipindahmilik.

Kini pemilik berdaftar ke atas semua tanah terbabit adalah atas nama Lian Kee Chu. Urusniaga tanah telah dilaksanakan bersandar kepada penggunaan satu Sijil Anak Negeri atas nama Lian Kee Chu yang kononnya telah dikeluarkan oleh kakitangan Mahkamah Anak Negeri Kota Marudu.

Setelah skandal pengambilan geran ini terbungkar, Joseph Paulus Lantip, selaku pembeli pertama tanah berkenaan, telah membuat siasatan dan mendapati Mahkamah Anak Negeri Kota Marudu tidak pernah mengeluarkan Sijil Anak Negeri kepada Lian Kee Chu.

Apabila kes penggunaan Sijil Anak Negeri Palsu ini terbungkar, Ketua Daerah Kota Marudu telah adukan kepada Polis supaya skandal penggunaan Sijil Anak Negeri Palsu tersebut diambil tindakan.

Kenyataan Abdul Hamid Dullih mendedahkan dua perkara penting. Pertama mengenai Sijil Anak Negeri yang digunakan oleh penama Lian Kee Chu. Kedua mengenai Akuan dibuat dan diikrar oleh seorang kakitangan Mahkamah Anak Negeri di Kota Marudu bernama WKAN Abd Karim Bin Yassin. Kandungan Akuan seperti disiar di Sabahkini.net, diikrar oleh WKAN Abd Karim Bin Yassin adalah seperti berikut:

SURAT AKUAN

Saya, ABD KARIM BIN YASSIN, No Kad Pengenalan 431114-12-5157 beralamat di KG. TAMBUN, JALAN PEKAN LAMA, 89100 KOTA MARUDU,SABAH dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa :-

1. Saya adalah Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) yang dilantik oleh kerajaan Negeri dari tahun 01.01.1981 ke tahun 11.11.1985 di Mahkamah Anak Negeri, Kota Marudu, Sabah.

2. Berhubung dengan Sijil Anak Negeri Kes No. 61/81 yang dikeluarkan pada 24hb Julai, 1981 kepada En. Lian Kee Chu, saya mengaku bahawa :-

a) Saya tidak hadir atau duduk di Mahkamah Anak Negeri untuk memutuskan Pemberian Sijil Anak Negeri kepada Lian Kee Chu

b) Tandatangan yang diturunkan dalam sijil tersebut bukan tandatangan saya.

3. Atas sebab-sebab di atas, saya mengatakan bahawa Sijil Anak Negeri yang dikeluarkan untuk Lian Kee Chu adalah palsu semata-mata.

Dan saya membuat surat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar, serta menurut undang-undang Surat Akuan 1960.

Apabila kes pertikaian tanah antara Joseph Lantip melawan Lian Kee Chu berdaftar Suit No S 22-45 Tahun 2001 tersebut dibicarakan, antara saksi yang memberi keterangan adalah dua orang yang nama mereka disebut sebagai penandatangan dalam Sijil Anak Negeri yang kononnya dikeluarkan kepada penama Lian Kee Chu dan mengiktirafnya sebagai Anak Negeri.

Mengikut rekod di Mahkamah Tinggi Sandakan, WKAN Abd Karim Bin Yassin bukan sahaja mengikrar Akuan seperti di atas dan menjadikannya bahan rujukan dan rekod Mahkamah Anak Negeri; tetapi telah dengan rela dan suci hati menghadirkan diri memberi keterangan bersumpah di hadapan Hakim Datuk Linton Albert, sekaligus telah eksibitkan Akuannya seperti di atas dan jadikannya bahan bukti dalam perbicaraan Saman Guaman tersebut.

WKAN Abd Karim Bin Yassin telah dengan jelas menyatakan sendiri kepada Hakim bahawa tandatangan atas namanya dalam Sijil Anak Negeri yang kononnya dikeluarkan dan digunapakai oleh penama Lian Kee Chu itu, bukan tandatangannya.

Turut memberi keterangan bersumpah dalam perbicaraan tersebut ialah bekas Pegawai Daerah Kota Marudu, Mohd Rahfee Bin Hj. Abdul Rauf. Mantan Pegawai Daerah itu juga telah dengan rela dan suci hati tampil memberi keterangan kerana nama Mantan Pegawai Daerah itu juga dicatat kononnya telah menandatangani Sijil Anak Negeri untuk mengiktiraf Lian Kee Chu sebagai Anak Negeri.

Dalam keterangan bersumpahnya di hadapan Hakim yang sama, Mantan Pegawai Daerah itu menyatakan tandatangan atas namanya seperti terkandung dalam Sijil Anak Negeri yang digunakan oleh Lian Kee Chu itu bukan tandatangannya.

Petikan nota prosiding Kes guaman Suit No. S 22-45 Tahun 2001 antara Joseph Latip melawan Lian Kee Chu dan 276 yang lain merekodkan kenyataan bekas Pegawai Daerah Kota Marudu, Mohd Rahfee Bin Hj Abdul Rauf apabila disoal oleh Peguam seperti berikut:

405 Q : Did you sign any Native Certificate while you were serving as the District Officer of Kota Merudu?

Answer : If I am not mistaken there was.

406 (Witness referred to page 61 of DBD - 1)

Q : Is the signature on top of the rubber stamp containing the words Pegawai Daerah Kota Marudu yours?

Answer : This is not my signature.

407 Q : Did the Police record any statment from you pertaining to the investigation of this document?

Answer : Yes

Dokumen yang dirujuk di muka Surat 61 di soalan No 406 adalah merujuk kepada Sijil Anak Negeri yang digunapakai oleh Lian Kee Chu. Logiknya jika dirujuk dua dokumen di atas (Akuan dan Nota Prosiding Mahkamah Tinggi) terdapat bukti mencukupi mengesahkan bahawa Sijil Anak Negeri yang digunapakai oleh penama Lian Kee Chu itu adalah satu dokumen palsu.

Oleh kerana Sijil Anak Negeri tersebut telah digunakan untuk memindahmilik tanah kepada namanya, maka terbukti Lian Kee Chu telah menggunakan satu dokumen palsu untuk menipu.

Oleh kerana saksi yang nama mereka terkandung dalam Sijil Anak Negeri tersebut masih hidup dan telah membuat pengakuan bahawa tandatangan atas nama mereka (WKAN Abd Karim Bin Yassin dan Mantan Pegawai Daerah Kota Marudu) dalam Sijil Anak Negeri yang digunapakai oleh penama Lian Kee Chu bukan tandatangan mereka; tentu sekali usaha mengenal pasti penjenayah yang melakukannya amat mudah. Oleh kerana dokumen berkenaan digunakan oleh Lian Kee Chu, tentunya penjenayahnya ialah Lian Kee Chu.

Ringkasannya, saya ulangi secara kronologi kes di atas;

Lian Kee Chu telah tukar nama pemilik ratusan geran di bawah syarat NT menjadikannya sebagai pemilik berdaftar. Setelah disiasat disahkan 'TIDAK ADA' Sijil Anak Negeri dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri Kota Marudu kepada penama Lian Kee Chu.

Laporan Polis telah dibuat oleh Ketua Daerah. Dua kakitangan yang nama mereka disalahguna telah dengan rela hadir dan memberi keterangan bersumpah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi menyatakan tandatangan atas nama mereka seperti terkandung dalam Sijil Anak Negeri digunapakai oleh Lian Kee Chu 'BUKAN' tandatangan mereka. Oleh itu, bukti yang macam mana lagi yang Polis mahu?

Sepanjang pengetahuan saya, sehingga kini tidak ada satu tindakan pun telah diambil oleh pihak Polis mengheret Lian Kee Chu ke muka pengadilan. Kenapa? Apa yang pasti kalau pemilik asal tanah atau mana-mana wakil pemilik asal tanah bertindak memasuki tanah yang dirampas Polis dari Malaya tidak akan berfikir panjang; bertindak tangkap kaum Anak Negeri yang lakukannya atas alasan alasan yang sengaja direka-reka oleh Polis!

Kalau jenayah dengan bukti seperti di atas, di lakukan oleh kaum Anak Negeri Sabah, saya pasti mereka yang melakukannya telah lama diheret ke Mahkamah dan didakwa? Tetapi oleh kerana jenayah di atas dilakukan oleh seorang Taukeh besar, jelas kalau ditanya kenapa tidak ada tindakan, Polis akan reka pelbagai cerita dongeng supaya penjenayah terbabit terus mendapat perlindungan dan jenayah mereka lakukan dibela!

Apakah ini bukan bukti 'PENJAJAHAN' orang dari Malaya ke atas kaum Anak Negeri Sabah?

20 comments:

  1. Hopefully the land tribunal will be set up at earnest.

    ReplyDelete
    Replies
    1. well, just wait for the cabinet discussion results.

      Delete
    2. Hope the cabinet highly consider and be able to setup the tribunal.

      Delete
  2. This is crucial so that any issue pertaining to land ownership can be resolved.

    ReplyDelete
  3. Apart from that, with this tribunal, the unfortunate incident that has been highlighted within this article will not repeat itself.

    ReplyDelete
  4. The native land tittle should not be given to other than the natives themselves.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It wouldn't be called a Native Land Title if the titles are given to non-natives.

      Delete
  5. Hopefully those who are involve in this atrocity will be brought to face justice.

    ReplyDelete
  6. They are traitors to the state and the natives.

    ReplyDelete
  7. The NCR issue seems to be hot in the media and alternative media recently, hopefully there will be a solution for this problem and not just politicking.

    ReplyDelete
  8. Those who are involved in simply giving the native land title to the non-native should be punished.

    ReplyDelete
  9. hnya kerana segelintir sahaja, seluruh nama polis terjejas. masih ramai lagi polis yang baik. sebagai polis mereka harus telus dalam menjalankan tugas.

    ReplyDelete
  10. Masalah tanah lama timbul dan sehingga kini tiada cara penyelesaiannya.

    ReplyDelete
  11. Tindakan harus diambil terhadap golongan yang salah menggunakan kuasa dan memberi tanah kepada yang tidak berkelayakan.

    ReplyDelete
  12. Tuduhan harus bersamaan dengan bukti juga. Semoga pihak berkuasa membuat siasatan yan gdiperlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk mengukuhkan lagi tuduhan harus la ada bukti dan berasas.

      Delete
  13. Bawa je kemahkamah dan biarkan mahkamah yang menentukannya.

    ReplyDelete
  14. tidak semua polis dari Malaya atau Sabah bersifat penjajah.. mungkin ada segelintir sahaja yang sering menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi..

    ReplyDelete
  15. penggunaan 'polis Malaya' seolah2 melabelkan semua polis di semenanjung bersifat penjajah.. bukankah kenyataan itu bersifat provokasi?? kalau ada bukti, buat saja laporan polis dan serahkan sekali bukti2 kukuh..

    ReplyDelete
  16. Polis perlu memberikan yang terbaik bagi memastikan perkhidmatan mereka tidak diragui.

    ReplyDelete